Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 26, 2012

Cinta Tanpa Syarat...




Begitulah diriku, bilamana ada kegusaran, pasti punya kekuatan untuk menulis. Ya Allah, sungguh aku rindu pada Ummi dan Abah di Mekah, Balqis Ali dan anak-anak susuanku di Yemen, Baihaqi di Jordan serta Along di Sertik. Aidiladha kali ini pastinya berbeza. Sayu, hiba dan rindu silih berganti.

Kalian semua sungguh dekat dihatiku. Allah Maha Besar, kita bukan sahaja punya pertalian darah, tapi kita sefikrah, ukhuwwah fillah. Tiada apa yang bisa memisahkan kita. Kita berukhuwwah kerana Allah. Inilah cinta tanpa syarat. Sungguh, aku rindu dan sayang kalian kerana Allah.

Hebatnya rasa hati seorang ibu yang Allah kurniakan, sebentar tadi baru sahaja menerima panggilan Ummi dari Mekah. Seperti ketahuan aku sedang lemah, perlukan peringatan, nasihat dan kasih sayangnya. Di hujung talian, aku menitiskan air mata, membayangkan Ummi memelukku.

Walaupun kalian jauh dari pandangan mataku, aku masih ada along di Malaysia. Tadi, dapat melepaskan keluh kesah pada abang sulungku yang amat aku kasihi. Bukan aku sahaja, rupanya dia juga punya ujian yang sama. Kami saling ingat memperingati, kuat menguatkan. Along beri suntikan kesabaran buat diriku. Hebatnya, tatkala kegusaran, dia mampu meredakan keresahanku. Itu lah along yang ku kasihi.

Ya Allah, tautkanlah hati- hati kami keranaMu ya Allah. Hidupkan dan matikan kami dalam iman dan islam. Kurniakan kami zuriat- zuriat yang soleh, solehah, musleh, muslehah. Generasi pewaris penyambung kerja- kerja da'wah. Ameen.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

No comments:

Post a Comment