Assalamualaikum,
Ummi ingin menjawab pertanyaan seorang 'ummu ahlul jannah' iaitu sis nurul aznil kepada Ummi tentang jawapan Ummi tatkala orang bertanya jumlah anak Ummi dan Ayah.
Selalunya, orang akan tanya Ummi, anak ke berapa ni? Ummi pasti tanpa berselindung memberitahu bahwa ini yang ke-3. Biasanya orang terkejut juga sebab diorang kata muka macam baru kawin, muda sangat. Yelah, Ummi dan Ayah tak cukup ketinggian.hehe. Bila Uwais datang, Ummi perkenalkan, " Inilah anak ke-2 saya". Pasti ramai orang yang bertanya lagi, " Mana yang sulung? Tak ikut ke?". Bila Ummi ceritakan hal sebenar tentang 'Ukasyah, mereka serba salah pula. Ada yang marah dan sebagainya. Ada yang trauma sebab mereka bekerja dan pelbagai macam perasaan.
Itulah, Ummi cakap dengan Ayah. Ummi tidak mahu lagi terfikir atau teringat tentang tragedi tu. Ummi yakin dengan segala aturan dan takdir yang telah Allah tetapkan buat anakanda sulung, 'Ukasyah. Ummi hanya ingin berasa gembira bila memikirkan bahwa Ummi pernah melahirkan seorang ahli syurga, menyusukan dia dengan susu ibu dan menjaga serta mentarbiyyah dia sebaik mungkin. Pokoknya, melaksanakan segala amanah yang telah Allah berikan pada Ummi dan menunaikan hak- hak 'Ukasyah.
Adakalanya, hati Ummi terguris sekali dengan respon orang bila mengetahui tentang 'Ukasyah. Persoalan mereka pada Ummi sangat mengguris hati. Bilamana Ummi sendiri redha dengan pemergiannya, orang lain pula mempersoalkannya. Redha, itulah yang terbaik. Redha itu membuahkan ketenangan. 'Ukasyah adalah hadiah dari Allah buat Ummi dan Ayah, alhamdulillah. Ummi yakin, pastinya akan bertemu dengannya di syurga nanti, insyaAllah.
p/s: 'Ulya Haniyya sangat mirip raiut wajah 'Ukasyah.
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)
kan Ummi..mama pun selalu kena tanya..
ReplyDeleteAsSalam,
ReplyDeleteTerharunya... terima kasih.
Itulah, kengkadang kita cool, tapi yg tanya plak over.
Ada juga yang salahkan kekami mcm tak cukup usaha. Apakah?
nak jer angkat tangan then kata, "whatever" hahahhaha, tapi tak smpi hati :P
Subhanallah bagusnya entry kali ini. Setiap kali ana baca blog anti, ada semangat & hamasah utk jadi begini, buat begini, nak plan begini.. Tabarakallah utk mawaddah & akhi. Ya, meredhai & mengakui wujudnya 1 jiwa di dalam rahim yg pernah kita kandung itulah yg terbaik. Xkan nak dinafi pulak. Takkan nak diangkat taraf anak kedua sbgi anak pertama, wlupun di dunia tiada, hakikatnya dia hidup di SANA. Mabrook pada anti!! teruskan memberi inspirasi dgn keizinan fikrah dari Ilahi.. Ana follow & teraspirasi dari jauh..Jazakillah ukhti!!
ReplyDeleteFatimah Adi