Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

July 4, 2012

7th ANC: Little Mujahidah @ 35w

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, minggu ini Ummi hanya menunggu masa saja untuk melahirkan Little Mujahidah ni. Minggu ini, genap 36 minggu.

Hujung minggu lepas, Ummi menjalani rutin biasa dengan Dr Khairiah. Dr. Khairiah memang tak pernah tulis bila next appointment Ummi dengan dia sebab dia kata Ummi mesti dah tau punye. Selepas 32 minggu, check-up 2 minggu sekali dan selepas 36 minggu, check-up setiap minggu. Sepatutnya minggu ini Ummi check-up lagi, tapi Dr Khairiah suruh Ummi check sendiri je kat rumah. Lagipun, Mak Long boleh tolong Ummi. Hehe.

Alhamdulillah, baby sihat. AFI sudah kembali normal. Bacaan yang lepas, 19. Little Mujahidah sudah engaged sedikit, sekurang-kurangnya ada progress walaupun masih di station 5. Kepala pun sudah tidak floating lagi. Kiranya dah tetap di situ, insyaAllah. Lega hati Ummi.

Semoga Allah permudahkan proses kelahiran kali ini. Abang Ukasyah, lahir pada 39 minggu, Along Uwais 38 minggu dan Dr Khairiah berseloroh dengan Ummi, mungkin Little Mujahidah 37 minggu. Sekali makbul cakap Dr Khairiah kan. Hehe..

Ummi ayah tak sabar nak jumpa Little Mujahidah.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

5 comments:

  1. salam
    semoga Allah mudahkan segalanya buat Mawaddah dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Ya Ya Yay!
    AsSalam Sis...

    Semoga Allah permudahkan segalanya.
    Lepas ni rutin hidup akan lebih bz skit dari biasa. Kami suami-isteri pun agak dapat jarang berjemaah bersama sebab kena gilir-gilir jaga Elia. Sedih jugak tapi bila tengok muka anak, rasa lega skit la... hihihi...

    All the best to you and family, amin~

    ReplyDelete
  3. seronoknya..dah ade sepasang ummi uwais kan> puteri dan putera.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Merasa pula ada baby puteri.hehe..

    ReplyDelete
  5. Waalaikmussalam sis nurul aznil,

    Yup, pastinya lebih mencabar kan bila ada 2 orang anak nanti. Waktu tu pasti rindu nak berjemaah dengan suami. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Sis, comelnyeee elia..geram sangat tengok dia.

    ReplyDelete