Beberapa 'vocab' baru:
Cucun - susun
Mik - ambil
Ais (yang ni memang agak kelakar) - Uwais
Atik - adik
Ati - Aki
Pah - Opah
Anak lelaki nampaknya agak lambat sedikit bercakap berbanding anak perempuan sehingga menimbulkan kegusaran di hati Ummi. Ummi cakap dengan Ayah, Ummi risau jika anakanda Uwais jadi seorang yang pendiam. Semestinya Ummi mahu putera sulung ini membesar menjadi seorang daie yang berkeyakinan tinggi, mampu memberikan pengucapan awam dalam menyempurnakan kerja-kerja dakwah.
Adik-beradik Ummi juga, kesemuanya jenis yang banyak cakap dan boleh 'public speaking'. Ayah juga, walaupun dahulunya seorang pendiam, tapi lepas kahwin dengan Ummi, sudah semakin ramah. Mana tidaknya, keluarga besar Ummi sering berkumpul bersama. Bila bersama, banyak perbincangan dan komunikasi yang berlaku.
Televisyen memang jarang sekali ditonton di rumah Opah Aki ini asbab kami semua tidak biasa menonton TV. Bila berkumpul, TV langsung tidak dibuka atau sengaja dipadamkan kerana tiada yang menonton pun. ASTRO pun baru dipasang di rumah Opah Aki tika Ummi sendiri sudah berusia 26 tahun. Itu pun kerana cucu-cucu dan Opah Aki serta seluruh ahli keluarga suka dengan astro OASIS.
Ummi sendiri merasakan perlu ada batasan dalam membenarkan anak-anak menonton TV. Sewaktu kecil, Ummi dibesarkan tanpa TV. Mungkin sebab itu, Uwais juga kurang minat terhadap TV. Walaupun Ummi bagi tengok kartun, nampaknya anak kecil ini lebih suka kepada sesuatu yang lebih realistik berbanding fantasi.
Semoga Allah bantu Ummi dalam mentarbiyyah anak-anak ya..
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)
xsangka dapat jumpa uwais masa kenduri kat restoran sri melayu kl beberapa bulan yg lepas... kirim salam kat hafiz ye... (",)
ReplyDelete