Alhamdulillah, pencarian selama ini telah berakhir. Puas sudah Ummi Ayah mencari rumah yang menepati keperluan sekeluarga dan bisnes Ummi , tapi harganya yang tak sesuai buat Ummi Ayah. Akhirnya pencarian berakhir. Allah ketemukan dengan rumah baru, belum berpenghuni dan beli terus dari developer. Harganya sangat mampu dimiliki kerana ianya adalah lot bumiputera yang masih belum dijual walaupun tinggi di atas awan (yelah tu). Hanyalah sebuah apartment kos sederhana untuk keluarga kecil ini. Mula-mula Ummi masih ragu-ragu, tapi Ayah kata ni aset pertama kita, dari menyewa, lebih baik memilikinya terus. Lagipun nak duduk setahun dua je.
Alhamdulillah, secara rasminya kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru itu. Makbul doa Ummi. Dulu selalu main-main cakap dengan Ayah, kalau apartment ni Ummi nak lah.
Proses nak pindah juga bukan mudah rupanya, bukannya seperti masuk rumah sewa di Kuantan dahulu. Semua perabot dan alatan elektrik kena beli baru sebab waktu pindah Kuantan-KL, Ummi Ayah telah dah jual kesemuanya.
Walaupun dah pindah ke sana, Ummi selalu di rumah Opah Aki yang hanya 500 meter jaraknya memandangkan Ayah sibuk selalu.
Semoga ada rezeki nanti, boleh beli rumah di Alam Damai, dekat dengan pusara anakanda sulung tercinta. Ini cita-cita Ummi Ayah.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
Alhamdulillah..kat mana pun, asalkan kita bersama dengan keluarga, adalah bahagia kan..
ReplyDelete