14 December 2012
Plan untuk pergi Big Bad Wolf (BBW) hari itu menjadi tetapi strategi bertukar di saat akhir. Ummi Ayah dapat shopping buku-buku dengan aman lagi tenang sebab Opah Aki suruh tinggalkan Uwais yang sudah tidur. Mulanya opah aki ingin turut serta, tapi dah pukul 1 pagi baru Ayah sampai rumah. Jadi, hanya Ummi, Ayah dan Haniyya. Sampai di MIECC lebih kurang 1.15pagi. Alhamdulillah, memang amat tenang sebab hari jumaat, orang tak larat nak pergi midnight sale. Ummi dan Ayah siap boleh duduk di antara tables lagi nak pilih-pilih buku. Haniyya, nyenyak tidur dalam stroller. Pukul 4 pagi, baru siap bayar semua. Total damage for 2nd trip is RM331 but we managed to buy more books compared to the 1st trip.![]() |
Buku anak-anak yang paling banyak. Kedua Ummi dan yang sponsor paling sikit bukunya. hehe. |
15 December 2012
Trip kali ke-3 memang tak dirancang sebab Opah Aki ajak pergi lepas kami makan malam di Bangi Kopitiam. Kesian pula kalau nak hantar kami balik rumah dulu sebab pergi satu kereta je. Dengan rela terpaksa (padahal suka sebab boleh tambah buku lagi), kami pun ikut walhal anak-anak dah tido. Pak long dan Maklong turut serta. Waktu ni memang ramai, maklumlah orang bercuti hari Sabtu. Puas Ummi menahan nafsu, tapi kat BBW dah tak banyak choices. Buku-buku yang best dah habis. Total damage is cheaper, RM44 only. Last minute, we decided to buy Nigella Lawson Books since we already have Jamie Oliver Collection.
2 buku Ummi dan 2 buku Haniyya |
Ummi akan sambung lagi untuk final entry BBW, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment