Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 28, 2012

Sempurna Tempoh Penyusuan selama 2 Tahun buat Uwais




Uwais yang Ummi kasihi,
alhamdulillah, hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 7 Syawal, sempurna sudah tempoh penyusuan Uwais dengan Ummi selama 2 tahun. Ummi telah tunaikan hak Uwais dan Ummi minta maaf jika ada yang terkurang dalam memenuhi hak Uwais.

Proses 'wean off' BF
Sepanjang Ummi mengandung Haniyya, Ummi masih menyusui kamu dalam penat, lelah dan payah. Ummi tak sampai hati dan Ayah juga memberi semangat pada Ummi agar terus menyusukan kamu sehingga umurmu genap 2 tahun pada 7 Syawal nanti.

Di samping itu, Ummi sering berdoa agar proses menceraikan susu ini tidak memberikan tekanan pada jiwa dan perasaan kamu mahupun Ummi. Ummi ingin kita berdua berasa senang dan tenang sekali untuk proses ini. Manakan tidak, 2 tahun kita sentiasa berdamping, pasti Ummi akan merindui saat-saat indah itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Ummi. Mudah sungguh proses ini dan ianya berlaku secara automatik. Ummi sangat berterima kasih pada mujahid Ummi yang sorang ini kerana sangat memahami. Sewaktu Ummi discharge dari hospital, kamu masih minta susu dari Ummi, tapi Aki mencadangkan agar proses ini sudah boleh dimulakan. Pada mulanya, Ummi hampir tewas dengan pujuk rayu kamu, tapi dengan semangat dari Opah, Aki dan Ayah ummi bersetuju, proses menceraikan susu ini harus dimulakan sebulan sebelum usiamu genap 2 tahun pada 7 syawal.

Bila kamu minta susu je, semua orang bantu Ummi alihkan perhatian kamu sehinggalah sampai satu masa kamu telah akur bahwa susu hanya untuk adik. Alhamdulillah,dengan izin Allah semua ini berlaku.

Perasaan Ummi
Ummi sedih tapi Ummi juga gembira melihat kematangan dan perkembangan yang positif bilamana kamu tidak lagi menyusu dengan Ummi. Perasaan kamu? Ummi masih nampak kamu rindu Ummi. Kamu masih datang mencium rakan baik kamu bila adikmu tidur. Hehe.

Terima kasih Uwais sebab jadi best friend Ummi selama 2 tahun tempoh penyusuan ini. Isk isk, sedihnye. Sekarang ini pun Uwais masih best friend Ummi kan? Best friend yang sangat matang , insyaAllah.

Semoga Uwais jadi mukmin yang kuat serta hamba Allah yang bertaqwa. Ameen.

Ummi saaaaaaayang Uwais al-Qarni.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

4 comments:

  1. AsSalam,

    bergenang air mata me baca. me de2 hero ween off sendiri. depa tanak tanak tanak...

    Elia ni tatau la macam mana nanti :P

    ReplyDelete
  2. slm. sedih sgt bca entry ni. mngalir air mata saya saat bca en3 ni coz sy jga bygkn saat sy perlu melalui situasi ini nnti. slm perknlan dr saya:-))

    ReplyDelete
  3. slm. sedih sgt bca entry ni. mngalir air mata saya saat bca en3 ni coz sy jga bygkn saat sy perlu melalui situasi ini nnti. slm perknlan dr saya:-))

    ReplyDelete
  4. slm. sedih sgt bca en3 ni.mengalir air mata saya saat bca en3 ni. moga bila tba wktu sya nnti ianya juga bleh brlaku ngan tenang..amin.. slm perknalan utk admin:-))

    ReplyDelete