Alhamdulillah, akhirnya tersiar juga hasil temubual ummi bersama wartawan Salwani Md Zain . Pagi tadi ayah yang call ummi beritahu tentang temubual itu, katanya sudah tersiar. Ayah yang excited sebab gambar Uwais keluar sekali.hehe. Ayah cakap gambar ummi dan Uwais dekat buai. Ummi pun tak ingat sangat, tapi sempat cakap dengan ayah, "oh, nasib baik gambar tu abang, tak nampak gemuk kan...hehe". Waktu hantar opah pergi kerja, baru ummi singgah petronas, beli satu akhbar Sinar Harian.
Ummi bersyukur sangat kerana diberi peluang pada U Kids untuk dapat free advertisement sebegini. Moga Allah redha. Terima kasih juga buat Madam Hayati, Bekas Pensyarah ummi sewaktu di Matrikulasi UIA...