Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts

July 4, 2011

BABYLAND Cloth Diaper: Tempahan dibuka untuk 2nd Batch Order (29 Jun - 8 Julai)


Assalamualaikum,

U Kids mendapat banyak permintaan untuk buka kembali tempahan cloth diaper babyland.  Oleh kerana itu, kami ingin buka sekali lagi tempahan kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, ibu bapa serta para pelanggan sekalian.  Bagi sesiapa yang tak sempat nak order waktu 1st batch dulu, boleh order sekarang ye.  

Alhamdulillah, Allah izin kami jumpa juga dengan CD yang menggabungkan ciri-ciri yang kami inginkan.  Harga yang mampu milik dengan kualiti yang baik.  Mawaddah dan Hafiz benar-benar jatuh hati dengan CD Babyland ni.  Asalnya, kami guna jenama X & Y, tapi tak berapa puas hati walaupun masing-masing ada kelebihan tersendiri.  Akhirnya, ketemu jua CD yang menggabungkan kelebihan CD jenama X & Y...

Order ini dibuka selama seminggu, bermula dari 29 Jun sehingga 8 Julai.  Mawaddah harap kawan-kawan semua dapat buat tempahan awal ye (supaya Mawaddah tak kelam kabut macam 1st batch order dulu..hehe..salah sendiri..).  Harga masih seperti dahulu, boleh lihat di U Kids.  Tentang bayaran, boleh runding.  Boleh buat `full payment` atau deposit 60% dari jumlah keseluruhan untuk `secure booking`.  Selebihnya boleh dijelaskan bila barang dah sampai.  Kalau nak tunggu gaji bulan julai pun boleh juga.  Cuma bagitahu Mawaddah je ye.  InsyaAllah, Mawaddah faham.

Jika berminat, boleh buat order di U Kids.  Mawaddah dah upload dalam database, jadi kawan-kawan boleh add item ke shopping bag untuk permudahkan urusan..

Untuk tempahan kat link ni ye (klik di sini)

Sebarang pertanyaan boleh SMS 013-6329304 atau email ukidsmart@gmail.com....

July 1, 2011

Gunung Tahan & 2nd Batch Order (Babyland CD)



Assalamualaikum Uwais al-Qarni,

Esok ayah akan mendaki Gunung Tahan bersama aki, abah dan pak cik syahrul.  Ayah pergi lima hari tau sayang. Ummi harap, Uwais jangan meragam ye.  Jangan merengek nak ayah. Nanti ummi risau (ke ummi yang rindu terlebih nanti..hehe).  Anak ummi kan anak yang soleh dan sabar, hari selasa atau rabu depan, ayah baliklah sayang.  Jadi, sepanjang ketiadaan ayah ni, ummi akan uruskan segalanya untuk Uwais tau.  InsyaAllah, ummi tak lupa mandikan Uwais waktu petang walaupun ini telah menjadi rutin ayah.  Kontrak bersihkan CD, sidai CD dan lipat CD serta basuh poo poo Uwais pun akan ummi ambil alih sementara.  Hehe.  Kantoi ummi selalu dimanjakan ayah kan.  Bukan manja, ayah yang yang suka melayan Uwais.

p/s:  Tempahan utk CD bulan Julai ini telah dibuka bermula 29 Jun-8 Julai.  InsyaAllah akan sampai dalam 1-2 weeks time. Full payment or 60% deposit required upon booking.  Boleh runding, kalau nak tunggu gaji bulan julai pun.  Cuma perlu inform mawaddah je ye.  

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di U Kids
Untuk tempahan, klik di sini.



June 23, 2011

CD Babyland: Tempahan ditutup

Assalamualaikum,

Secara rasminya, tempahan CD Babyland telah ditutup.  Mawaddah minta maaf sangat pada ibu-ibu yang tidak berkesempatan kali ini (Julai nanti boleh beli lagi ye).  Tak menang tangan Mawaddah dibuatnya. hehe.  Serius, rasa sangat tak bersedia, sekali bila kena serbu kelam kabut Mawaddah.  Dulu ummi dah cakap, `angah tak nak jual CD ke?`....Mawaddah kata dengan ummi, `Tak sampai hati lah ummi.  Kalau jual murah bolehlah`.  Bila sudah macam ni, ummi cakap balik, `Tu lah, dari dulu ummi dah suruh jual CD.` .hihi...Mawaddah mampu tersengih je....Alhamdulillah, anakanda Uwais sangat memahami umminya yang workaholic ni.

Mawaddah sungguh gembira, ramai ibu-ibu muda yang berazam serta berhasrat memakaikan CD untuk anak-anak.  Bukan kerana mengikut trend, tapi atas kesederan memelihara bumi yang semakin tua ini selain dari penjimatan yang berganda.  Jika dahulu, ibu-ibu kita memakaikan kita lampin biasa.  Mereka bisa aja memberus lampin anak-anak.  Masakan kita tidak dapat melakukan sebegitu dengan kemudahan yang ada.  Mesin basuh automatik dan kain lampin yang moden.

Alhamdulillah, banyak misi yang tercapai kali ini.  Mawaddah tak kisah andai ada yang bertanya, tapi tidak membeli. Itulah misi Mawaddah, mendekati para ibu-ibu di luar sana terutamanya rakan-rakan yang hampir sebaya.  Ya, bukan mudah untuk mengambil keputusan tentang CD ni.  Satu masa dulu, mawaddah juga ragu-ragu dengan diri sendiri.  Rasa tak yakin dengan diri sendiri.  Duit yang hendak dilabur bukan sedikit, jadi perlukan keazaman yang tinggi.  Rasanya, tidak semudah membuat keputusan untuk BF baby.

InsyaAllah, julai nanti U KIDS MART akan sediakan ready stock yang secukupnya untuk para ibu di luar sana.  Doakan agar segalanya dipermudahkan.  InsyaAllah, bagi yang dah tahu harga, mawaddah akan kekalkan harga itu.  Bagi yang tidak tahu, mawaddah tak boleh reveal di sini atau secara terbuka (maaf ye).  Mawaddah sekadar ingin membantu, terutamanya ibu-ibu yang baru hendak mula.  Itu niat asal mawaddah dan hafiz.

Ok, ibu-ibu semua.  Mawaddah perlukan rehat sekarang.  Penat sungguh rasanya 2-3 hari ini.  Macam mana awal tahun depan bila dah mula bekerja nanti. huhu.

Erm sebelum terlupa, ada iklan sedikit ni...Jemputlah ziarah blog shop ummi mawaddah U Moms` Mart (klik di sini).  Ada banyak Patchwork and Quilted Bedspreads (Abstract & Floral Designs) dan Bedskirts Set (belum upload lagi rasanya).  Comforter Set pun ada. Semua 100% cotton dan 200++ threadcounts ye.  Apa yang menariknya, FREE Poslaju.  Jika berminat, SMS/call Ummi Mawaddah 019-6436106 atau email asi862@yahoo.co.uk / umomsmart@gmail.com.

U Moms` Mart (Klik di sini)

June 14, 2011

Cloth Diaper: Ketahanan dan Pengurusannya


Assalamualaikum,

Mawaddah ingin menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Tetamu.  Maaf ye kalau ada kekurangan sewaktu perkongsian nanti kerana Mawaddah baru ada pengalaman selama 9 bulan sahaja.  Cuba untuk jawab sebaik yang mungkin.

# Soalan 1: Ketahanan CD ni, mengikut jenama jgk ke?
Semestinya, `price do the talking` kan. Memang banyak jenama dari luar negara yang mahal-mahal.  Tidak dinafikan, pasti ada perbezaannya.  Namun, jika ada yang murah lagi berkualiti, mengapa harus kita membelanjakan sebegitu banyak wang, sedangkan `it serves the same function`.  Mawaddah sendiri guna jenama yang biasa tetapi punya fungsi yang tip top.  Mawaddah tak kisah dan Uwais pun ok.  Susah nak bocor dan tiada ruam.  Yang penting Uwais selesa.  Tapi, ada juga dalam perancangan untuk tambah yang branded punya.  hehe.
Ada cara juga untuk meningkatkan ketahanan CD seperti sentiasa basuh guna laundry bag dan guna sabun basuh yang sesuai.  Atupun tambah jumlah CD.  Rasionalnya, bila CD banyak, kurang dari segi basuhan dan boleh tahan lebih lama.

# Soalan 2:  Senang ke nak guna CD kalo anak tinggal di nursery?
Maaf, yang ni Mawaddah memang tiada pengalaman kerana Mawaddah work-at-home mom.  Tapi Mawaddah pernah terbaca blog ibu-ibu yang bekerja bagaimana mereka menguruskan CD.  Nampaknya, tidak susah sebab pengasuh hanya diminta untuk buangkan najis sahaja dan letakkan CD ke dalam wet bag atau plastik yang disediakan ibu.  Ibu akan uruskan CD di rumah sendiri.  Bezanya di sini, selain dari buang ke dalam tong sampah terus, ianya di buang najis dan dimasukkan dalam wetbag.  Senang bukan?

# Soalan 3:  Tak menyusahkan orang nursery ke?
Rasanya dah terjawab dalam soalan kedua.hehe. Memang ibu kena jihad sikit lah bila anak pakai CD.  Tambahan pula untuk meyakinkan pihak nursery kan.  InsyaAllah, jika diberi penerangan dengan baik, pihak nursery akan faham dan beri kerjasama...

Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Happy Cloth Diapering!!!