Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 14, 2011

Cloth Diaper: Ketahanan dan Pengurusannya


Assalamualaikum,

Mawaddah ingin menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Tetamu.  Maaf ye kalau ada kekurangan sewaktu perkongsian nanti kerana Mawaddah baru ada pengalaman selama 9 bulan sahaja.  Cuba untuk jawab sebaik yang mungkin.

# Soalan 1: Ketahanan CD ni, mengikut jenama jgk ke?
Semestinya, `price do the talking` kan. Memang banyak jenama dari luar negara yang mahal-mahal.  Tidak dinafikan, pasti ada perbezaannya.  Namun, jika ada yang murah lagi berkualiti, mengapa harus kita membelanjakan sebegitu banyak wang, sedangkan `it serves the same function`.  Mawaddah sendiri guna jenama yang biasa tetapi punya fungsi yang tip top.  Mawaddah tak kisah dan Uwais pun ok.  Susah nak bocor dan tiada ruam.  Yang penting Uwais selesa.  Tapi, ada juga dalam perancangan untuk tambah yang branded punya.  hehe.
Ada cara juga untuk meningkatkan ketahanan CD seperti sentiasa basuh guna laundry bag dan guna sabun basuh yang sesuai.  Atupun tambah jumlah CD.  Rasionalnya, bila CD banyak, kurang dari segi basuhan dan boleh tahan lebih lama.

# Soalan 2:  Senang ke nak guna CD kalo anak tinggal di nursery?
Maaf, yang ni Mawaddah memang tiada pengalaman kerana Mawaddah work-at-home mom.  Tapi Mawaddah pernah terbaca blog ibu-ibu yang bekerja bagaimana mereka menguruskan CD.  Nampaknya, tidak susah sebab pengasuh hanya diminta untuk buangkan najis sahaja dan letakkan CD ke dalam wet bag atau plastik yang disediakan ibu.  Ibu akan uruskan CD di rumah sendiri.  Bezanya di sini, selain dari buang ke dalam tong sampah terus, ianya di buang najis dan dimasukkan dalam wetbag.  Senang bukan?

# Soalan 3:  Tak menyusahkan orang nursery ke?
Rasanya dah terjawab dalam soalan kedua.hehe. Memang ibu kena jihad sikit lah bila anak pakai CD.  Tambahan pula untuk meyakinkan pihak nursery kan.  InsyaAllah, jika diberi penerangan dengan baik, pihak nursery akan faham dan beri kerjasama...

Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Happy Cloth Diapering!!!

2 comments:

  1. dik,untuk memudahkan pengasuh..akak tak minta pengasuh buat apa2 pun..hehehhe pengasuh hanya perlu masukkan cd yang ada najis @ kencing bayi dalam wet beg dan balik baru akak kerjakan semua tu..mudahkan?

    lagipun bau cd bb tidakler busuk sangat mcm bau najis org tua...


    p/s: akak setuju bab cd - harga yang rendah tidak semestinya tidak berkualiti..akak lebih suka beli yg rendah harganya dan leh beli banyak2..dari beli 1 cd berharga rm100..

    ReplyDelete
  2. boleh share tak which brand yang harga ok dan kualiti tip top.. ain pon tgh plan tuk pakaikan baby newborn (insyaallah) jadi tengah pilih yang terbaik..

    ReplyDelete