Assalamualaikum,
Mawaddah terpanggil untuk menceritakan kisah baju hijau kerana mendapat perhatian ana liyana...Terima kasih ana liyana kerana selama ini Mawaddah dan Hafiz sendiri tidak perasan tentang perkara ini. Kebetulan yang tidak dirancang.
Baju ini sebenarnya Mawaddah beli di Kuantan Parade, sewaktu baru walimah dengan Hafiz. Tak tahu la kenapa beli baju hijau ini, tapi yang pastinya sebab waktu itu kami sekeluarga merancang untuk `familymoon` di Cameron Highlands selepas Majlis Walimah kami nanti. Buktinya, gambar di bawah ini. Bila Uwais dah besar nanti, mesti gelak kalau tengok gambar ni kan. Malunya.. Macam budak-budak sekolah je rasanya.
Sewaktu `familymoon`, tahun 2007, tahun ke-2 di UIA, umur 21 tahun..Patut nampak muda remaja..hehe... |
Sebenarnya, untuk setiap kelahiran anak-anak, Mawaddah dan Hafiz memang merancang secara teliti untuk banyak perkara. Boleh kata, kami siapkan checklist untuk keperluan. Siap sekali bila nak aqiqah, tahnik, menamakan anak-anak, tentang BF, room in dan sebagainya. Termasuklah nak pakai baju apa nanti waktu discharge. Mawaddah memang akan siapkan khas baju untuk Mawaddah dan Hafiz pakai di hospital termasuklah baju untuk discharge. Dan kami memang tak perasan langsung bahwa baju ini menjadi pilihan untuk kedua-kedua kelahiran mujahid sulung dan mujahid kedua kami, sehinggalah ana liyana beritahu.
Ayah dan `Ukasyah...Miss you my lil baby... |
Saat-saat bahagia menerima kehadiran mujahid sulung, `Ukasyah...Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam...
Ayah dan Uwais al-Qarni...Pengubat rindu... |
Sekali lagi, Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam... Saat-saat yang membuatkan hati ini sebab tatkala mengigatkan bahwa Allah masih beri peluang buat Mawaddah dan Hafiz untuk menjadi ibu dan bapa buat kali kedua..Kehadirannya setahun 2 minggu selepas kelahiran `Ukasyah...Kelahiran yang dinantikan...Itulah kebetulan yang tidak dirancang. Cantiknya susunan Allah. Seringkali Mawaddah cakap dengan Hafiz bahwa Mawaddah menginginkan setiap kelahiran anak-anak kami disambut secara istimewa, terancang. Baik yang sulung, kedua dan seterusnya. Semuanya Mawaddah inginkan yang terbaik. Ingin mereka merasakan bahwa mereka semua no 1 di hati ummi ayah dalam segala aspek. hehe.. Yang ketiga nanti, nampaknya kenalah pakai uniform macam ni jugak ye... |
suka baca story dlm blog nie...sgt2 mnyentuh ati...:)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDelete"sweet memory":-)
wah shadunya baca..benarlah smuanya dalam perancangan Allah...
ReplyDelete