Assalamualaikum,
Secara rasminya, tempahan CD Babyland telah ditutup. Mawaddah minta maaf sangat pada ibu-ibu yang tidak berkesempatan kali ini (Julai nanti boleh beli lagi ye). Tak menang tangan Mawaddah dibuatnya. hehe. Serius, rasa sangat tak bersedia, sekali bila kena serbu kelam kabut Mawaddah. Dulu ummi dah cakap, `angah tak nak jual CD ke?`....Mawaddah kata dengan ummi, `Tak sampai hati lah ummi. Kalau jual murah bolehlah`. Bila sudah macam ni, ummi cakap balik, `Tu lah, dari dulu ummi dah suruh jual CD.` .hihi...Mawaddah mampu tersengih je....Alhamdulillah, anakanda Uwais sangat memahami umminya yang workaholic ni.
Mawaddah sungguh gembira, ramai ibu-ibu muda yang berazam serta berhasrat memakaikan CD untuk anak-anak. Bukan kerana mengikut trend, tapi atas kesederan memelihara bumi yang semakin tua ini selain dari penjimatan yang berganda. Jika dahulu, ibu-ibu kita memakaikan kita lampin biasa. Mereka bisa aja memberus lampin anak-anak. Masakan kita tidak dapat melakukan sebegitu dengan kemudahan yang ada. Mesin basuh automatik dan kain lampin yang moden.
Alhamdulillah, banyak misi yang tercapai kali ini. Mawaddah tak kisah andai ada yang bertanya, tapi tidak membeli. Itulah misi Mawaddah, mendekati para ibu-ibu di luar sana terutamanya rakan-rakan yang hampir sebaya. Ya, bukan mudah untuk mengambil keputusan tentang CD ni. Satu masa dulu, mawaddah juga ragu-ragu dengan diri sendiri. Rasa tak yakin dengan diri sendiri. Duit yang hendak dilabur bukan sedikit, jadi perlukan keazaman yang tinggi. Rasanya, tidak semudah membuat keputusan untuk BF baby.
InsyaAllah, julai nanti U KIDS MART akan sediakan ready stock yang secukupnya untuk para ibu di luar sana. Doakan agar segalanya dipermudahkan. InsyaAllah, bagi yang dah tahu harga, mawaddah akan kekalkan harga itu. Bagi yang tidak tahu, mawaddah tak boleh reveal di sini atau secara terbuka (maaf ye). Mawaddah sekadar ingin membantu, terutamanya ibu-ibu yang baru hendak mula. Itu niat asal mawaddah dan hafiz.
Ok, ibu-ibu semua. Mawaddah perlukan rehat sekarang. Penat sungguh rasanya 2-3 hari ini. Macam mana awal tahun depan bila dah mula bekerja nanti. huhu.
Erm sebelum terlupa, ada iklan sedikit ni...Jemputlah ziarah blog shop ummi mawaddah U Moms` Mart (klik di sini). Ada banyak Patchwork and Quilted Bedspreads (Abstract & Floral Designs) dan Bedskirts Set (belum upload lagi rasanya). Comforter Set pun ada. Semua 100% cotton dan 200++ threadcounts ye. Apa yang menariknya, FREE Poslaju. Jika berminat, SMS/call Ummi Mawaddah 019-6436106 atau email asi862@yahoo.co.uk / umomsmart@gmail.com.
U Moms` Mart (Klik di sini) |
salam...ihik...
ReplyDeletetak sabar nak tggu cd sampai..=)