Assalamulaikum Mujahid kedua yang Ummi Ayah sayangi,
Semoga Uwais sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ya. Ummi minta maaf, beberapa hari lagi Uwais akan genap 11 bulan, tapi baru hari ini ummi berkelapangan untuk menulis tentang perkembangan Uwais al-Qarni di usia 10 bulan. Sungguh, anak ummi ayah ini adalah pengubat & penghibur hati ummi dan ayah.
Uwais telah makin dewasa. Sekejap sungguh rasanya Uwais jadi baby. Eh, sekarang masih baby kan? Tak lama lagi dah jadi `toddler` plak.hehe. Pelbagai ragam dan perangai baru yang Uwais dapat.
- Uwais masih maintain `bam bam` walaupun dah aktif. Selera makan macam biasa. Makan apa yang ummi ayah makan, Cuma elakkan yang bergaram dan bergula je. Uwais sangat sukakan sayur. Kalau dah bagi sayur, alamatnya memang tak mau makan benda lain. Perangai baru Uwais, bila ummi suap Uwais luah balik. Lepas itu, Uwais kutip dan suap kembali ke mulutnya dengan tangan sendiri. Waduh, anak ummi nak makan sendiri rupanya. Ummi bagi Uwais makan sendiri, Cuma bila nak cepat, ummi kena suap juga. Faham jelah, bila makan memang comot anak ummi ni, jadi ummi ayah akan tanggal dulu baju Uwais dan tinggalkan CD je.
- Uwais sudah boleh berdiri dan jalan-jalan jatuh, namun merangkak paling laju. Sudah laju naik tangga sendiri, Cuma turun masih perlahan. Ummi ada belikan `push walker` untuk Uwais praktis berjalan, tapi Uwais tetap suka tolak bakul dan kerusi plastik. Hehe. Sekarang ini ayah tengah train Uwais turun katil pula, Alhamdulillah ada peningkatan.
- Sekarang ini Uwais paling teruja untuk bercakap dan membebel. Ummi pun tak faham apa yang dibebelkannya, tapi ummi layan kan je supaya Uwais tak kecewa. Yelah, hati anak yang kecil jangan sesekali dihampakan. ^__^
- Uwais dah boleh buka seluar sendiri. Bila dia `poo poo`, dia akan buka seluar dia. Waktu ni ummi fahamlah, maksudnya Uwais nak ummi bersihkan. Hehe. Tapi bila di tandas memang bahaya. Uwais tak mau duduk diam bila ummi bersihkan dia. Risau yang amat dibuatnya. Ada je benda yang Uwais nak capai. Sebab itu bila ada ayah, memang ummi serah pada ayah. Tak larat ummi sebab Uwais makin berat.
- Uwais suka Al-Quran. Bila ummi ayah baca Al-Quran, Uwais akan duduk diriba ummi ayah dan pegang Quran yang tengah kami baca tu sambil mulutnya terkumat-kamit meniru bacaan ummi ayah. Kalau tengah menangis, Uwais akan berhenti bila dengar azan atau bacaan Quran. Ummi ada ajarkan Uwais `iqra`. A Ba Ta, Uwais akan sebut `Ta`. Mungkin itu yang paling mudah untuk anak kecil seusianya.
- Uwais sayangkan haiwan, persis ummi dan ayah juga. Bila Nampak kucing, Uwais akan kejar sampai dapat dan kusut badan kucing (kadang-kadang diramasnya sampai kucing cakar dia..tapi dia tak nangis kena cakar.). Bila bangun pagi setelah baca doa bangun tidur sama-sama Uwais akan berdiri di jendela untuk melihat burung-burung berkicauan dan berterbangan. Bila ummi tanya, “ Uwais tengok nughair (burung) ye. Ada ke nughair pagi ni?” dan Uwais akan balas dengan senyuman, tandanya adalah tu. Waktu ummi pregnant Uwais, ummi pun begitu, suka melihat burung-burung dan pemandangan.
- Uwais anak ummi sudah mula membentuk peribadi dan identitinya sendiri. Dari pengamatan ummi, Uwais ini sensitive orangnya, tapi mudah mengalah. Bila abang Mus`ab ambil mainannya, dia tidak marah dan jauh sekali menangis. Tapi bila Aki balik kerja tak dukung dia, dia akan menagis hiba. Atau pun bila kita bercakap dengan nada yang kuat, Uwais akan menangis. Anak ummi, anak ummi. Bab mengalah itu persis ayah dan yang super duper sensitif itu macam ummi...hehe.
- Alhamdulillah, Uwais masih fully BF. Allah murahkan rezekinya sampai ummi masih perlu pump lagi. Mungkin kerana Ummi masih menyusukan Mus`ab dan Tholhah. Bila ada hari yang Mus`ab dan Tholhah tak menyusu dengan ummi, maka akan `engorge`. Jadi, Uwais memang ada stok dalam peti.. kalau ada `emergency case` ,ummi tak risau.hehe. Uwais fully cloth diapering, Alhamdulillah. Jadi expenses untuk Uwais setiap bulan ummi ayah salurkan kepada pendidikan Uwais je.^__^
Setakat di sini dahulu coretan ummi hari ini. Moga membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh, murabbi dan daie ilallah. Doa ummi agar kita semua graduasi dari Madrasah Ramadhan dengan jayanya.
Our `future pharmacist`. Suka sangat baca `drug dictionary` ayah. Sanggup panjat katil sebab nak buku ni.hehe. |
Anak ummi yang selalu orang tanya, `boy ke girl`? Uwais tak cukup macho ke? hehe. Ummi cakap dengan ayah, Uwais `awww (lelaki lembut)` macam ayah. hehe. Marah ayah.^__^ |
assalamualaikum..
ReplyDeleteakk ske baca coretan adik..ade rse ktnangan...akk ske cara adik didik anak2.akk skung tgh rsaukan ank akk yg darjah 1.adakah klo akk tukar sek dia ke sek agama private dia boleh berubah.?nak kata nakal sgt tu tak..tp rsau dengan persekitaran skung...
uwaish yg comel :D
ReplyDeleteuwais dah makin besar..semoga mnjdi anak soleh ummi dan abah yea..=)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewah dah besa uwais