Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 8, 2010

Pengalaman Bersalin: Rindu datang Bertamu...

Uwais al-Qarni di usia 21 hari...


Assalamualaikum,
Setelah sekian lamanya ummi menyepikan diri, kini ummi rindu untuk kembali menulis di blog anak-anak ummi ini…Ummi rasa ingin mencoretkan dulu kesinambungan kisah melahirkan Uwais al-Qarni…

Selepas selesai segala proses di labour room, ummi ditolak ke `open ward` semula…Hilang sudah segala kesakitan tika melahirkan Uwais al-Qarni…Ummi dengan kudrat sendiri, mengalihkan diri sendiri ke katil ummi di wad…Ayah pula menjenguk Uwais al-Qarni di nursery…Selesai  staff nurse uruskan ummi, ayah pula datang menemani … Sebelum ayah solat Subuh, ummi awal-awal lagi sudah berpesan supaya ayah segera bawa Uwais al-Qarni kepada ummi supaya ummi dapat menyusukannya…Habis je ayah solat, staff nurse  terlebih dulu hantar Uwais al-Qarni kepada ummi dan ayah...


Ummi menitiskan air mata saat mendakap Uwais al-Qarni  di dalam pelukan ummi…Kelihatan ayah juga punya perasaan yang bercampur-baur..Teringat ummi pada `Ukasyah…Terbit rasa rindu lagi sayu…Saat kelahirannya…Setahun yang lalu…Tanggal 31 ogos, Hari Merdeka…Di hospital yang sama…Labour room yang sama…Doktor dan staff nurse yang sama…Juga di katil dan bilik yang sama…Remuk hati ini mengenangkannya…Pahit sangat kisah itu untuk diceritakan…Bukan ummi ayah tidak gembira dengan kelahiranmu wahai anakku, Uwais al-Qarni, tetapi wajahmu saling tidak tumpah seperti abang `Ukasyah yang kami rindui…Sesungguhnya kehadiranmu juga amat ummi ayah nantikan…Pengubat hati ummi ayah…


Tepat jam pukul 7 pagi, staff nurse datang untuk membantu ummi pergi ke tandas dan membersihkan diri….Tetapi, ummi katakan padanya yang ayah ingin membantu ummi…Ummi faham staff nurse itu sudah sangat penat berjaga malam…Ummi tidak mahu membebani  beliau…Ummi pun nurse juga….Faham sangat dengan kepenatan selepas delivery…Lagipun ummi lebih selesa jika ayah yang uruskan ummi…Terharu ummi dengan ayah tau…Sudahlah penat sepanjang malam menemani ummi di labour room, kena pula uruskan ummi dan Uwais al-Qarni …Jazakallah ayah di atas pengorbananmu…


Waktu ummi dan ayah hendak ke tandas, kami risaukan Uwais al-Qarni yang ditinggalkan dalam baby cot…Dari dalam tandas, kami dok pasang telinga…Yelah, kot Uwais al-Qarni menangis pula nanti…Keluar je ummi ayah dari tandas, kelihatan opah dan aki telah sampai…Opah sedang memangku Uwais al-Qarni, manakala aki pula menerpa kearah ummi…Waktu ini ummi memang sudah berjalan sendiri tanpa bantuan…Ummi salam aki…Aki pula peluk dan cium dahi ummi sambil mengucapkan tahniah kerna melahirkan Uwais al-Qarni…Saat berpelukan ini, ummi dan aki menangis bersama…Rupa-rupanya, bukan ummi dan ayah je yang rindu dan terkenangkan `Ukasyah, tetapi aki opah juga berperasaan begitu..Opah yang sedang memangku Uwais al-Qarni juga mengesat air mata yang jatuh berguguran…Tangisan kami membelah keheningan pagi…Begitulah rindu yang kami pendam selama ini…


Lebih kurang pukul 9 pagi, paklong, khaulah, ammu, pak cu dan Mus`ab sampai…Semuanya gembira…Cuma ada beberapa kali ummi menangis depan pak long dan khaulah…Alhamdulillah, ummi sungguh bertuah kerna dikurniakan ibu bapa dan adik-beradik yang sangat mengerti perasaan ini…Sungguh diri ini rasa sangat dihargai…
Ummi sudah boleh keluar wad pada hari tersebut, tapi ummi ayah buat keputusan untuk stay lagi semalaman di bilik Khadijah…Bilik seorang, bukan `open ward`…Bukannya apa, ummi ayah mahu semua ahli keluarga ummi berehat di rumah dan ummi ayah gunakan masa ini sebaik mungkin untuk taaruf dengan Uwais al-Qarni… Uwais al-Qarni  tidak duduk langsung kat nursery…24 jam duduk kat bilik dengan ummi ayah sebab hendak menyusu lebih mudah …Lagipun, tekanan darah ummi sangat rendah…Staff nurse pun suruh ummi banyakkan rehat sebab pada ramai yang datang menziarahi ummi…


Keesokan harinya, ummi dan Uwais al-Qarni  discharge dari hospital…Pak long dan pak cu datang menjemput ummi, ayah dan Uwais al-Qarni  …Opah dan aki pula menunggu kami semua di rumah…Begitulah sedikit sebanyak kisah kelahiran anak kedua ummi ayah, Uwais al-Qarni  …


Ummi tidak sangka sudah punya dua anak lelaki di usia 24 tahun ini….Ummi kepada `Ukasyah dan Uwais al-Qarni …Kasih ummi pada kalian berdua tiada tolok bandingnya…Anak-anak adalah harta yang paling berharga buat ummi ayah…Perlu dijaga supaya menjadi hamba Allah yang bermanfaat pada ummah…Perlu ditarbiyyah…`Ukasyah telah menjadi tiket untuk ummi ayah ke syurga yang abadi…Tinggallah Uwais al-Qarni  sebagai amanah buat kami…Dididik menjadi murabbi…Tinggi sungguh cita-cita ummi…InsyaAllah, ini lah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan demi menuju kehidupan yang lebih hakiki…ameen…



10 comments:

  1. Bergenang air mata akak membacanya...betul...wajahnya saling tak tumpah mcm ukasyah...,moga kehadirannya mampu menceriakan hdp kalian berdua...

    ReplyDelete
  2. nanti citer pasal pengalaman berpantang pulak ok.. :D.

    ReplyDelete
  3. Salam akak.. tahniah atas kelahiran.. happy for u!! :D

    ReplyDelete
  4. salam mawaddah..
    alhamdulillah, selamat sudah melahirkan Uwais Al-Qarni. Doakan ain juga yer yang bakal bersalin bila2 masa sahaja. InsyaAllah, Mawaddah dapat mendidik Uwais menjadi khalifah Allah yg taat. Suka tgk gambar Uwais, mmg saling tak tumpah wajah 'Ukasyah...pasti 'Ukasyah pun gembira menyambut kelahiran adiknya...

    ReplyDelete
  5. salam...tahniah dengan kehadiran si kecil ini...moga dia menjadi anak yang mulia pada ibubapa & agamanya..

    ReplyDelete
  6. Assalam,

    Semalam masa tengah masak dinner, me terpk, eh apa citer mummy ukasyah ye? tup-tup sudah kluar lah! nama baby sedapnya... Uwais...

    Eiman masa kluar tak nampak rupa Ewan, tapi dah besaq ni, Allah hai... warna kulit jer lain. mmg kengkadang sebak wooo dada.

    anyway... kita kenang yang hepi-hepi jer! alhamdulillah Allah permudahkan segalanya to you...

    ReplyDelete
  7. salam..

    alhamdulillah uwais dah lahir sebagai pengubat rindu kepada abangnyae..

    agaknya itulah juga perasaan akak kalau arwah faris dpt adik lagi..:)

    ReplyDelete
  8. Alhamduliilah..
    Uwais bakal menjadi murabbi..
    juga pengubat duka lara ayah dan ummi..:)

    ReplyDelete
  9. kerikil kehidupan:
    betul kak, wajahnya seiras sungguh..alhamdulillah, Allah mendengar suara hati ini...doa seorg ibu...take care kak...semoga bahagia di samping anak2 yg comel...

    puterihannan:
    ok...tp saya pantang biasa2 je...pantang org moden konon...hehe

    Chanana:
    thanx syaz...nnti syaz dpt baby comel gk nnti...akak plak happy utk syaz...

    Ain:
    InsyaAllah ain, mawaddah doakn agar Allah permudahkn segalanya utk ain...

    ieda:
    jazakillah akak...ameen

    nurul aznil:
    thanx akak...Allah Maha Penyayang, beri yang lebih kurang serupa, namun kerinduan itu ttp sama kan...

    mama farra and farris:
    insyaAllah, saya doakan agar Allah kurniakan akak pengubat rindu jua...

    asmidar:
    insyaAllah, ameen

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH....kelahiran yg mbawa erti kehidupan...semoga uwais mjadi anak yg soleh suatu hari nti....
    didikan yg baik pasti mdpt hasil yg baik...

    ReplyDelete