Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

October 20, 2010

Kisah Semalam…

`Ukasyah, mujahid sulung ummi dan ayah...Kami semua rindukan kamu...Semoga bertemu di syurga nanti...Ameen..


Assalamualaikum…


Salam sayang buat anak-anak dan suami tercinta…Kerinduan terhadap `Ukasyah semakin menebal…Entahlah, rindu sangat rasanya…Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya kan…Walaupun anak semakin bertambah, kasih sayang juga semakin bertambah…Setiap seorang darinya punya tempat di hati ummi…


Al-kisahnya, suatu hari, di pagi yang hening, ummi telah tersalah menyebut nama Uwais…Waktu itu awal pagi, dalam pukul 4 pagi rasanya…Ayah memang sudah bangun, jadi ummi nak minta tolong ayah alihkan Uwais ke sebelah kanan ummi…Sebelum ni, Uwais tidur sebelah kiri…Uwais menyusu badan, sebab tu asyik kena tukar kiri kanan…Sambung balik kisah tadi…Ummi masih mamai waktu tu dan dalam keadaan separa sedar tu ummi cakap dengan ayah, “Abang, tolong alihkan `Ukasyah kat sebelah sini”…Ayah pun terkejut gamaknya dengar permintaan ummi…Ummi terus  tersedar dan cakap kat ayah, “Ya Allah, bukan…Uwais lah”….Ummi dah tersasul cakap macam tu…


Ummi sangat rindukan `Ukasyah…Baru-baru ini juga ummi telah ketahui satu cerita yang dirahsiakan dari ummi…Pada hari `Ukasyah kembali pada Allah, rupa-rupanya Opah ada belikan dia sepasang kasut…Kasut tersebut telah disorokkan oleh Opah dan Opah telah berikan pada Khaulah supaya Khaulah bawa balik Yaman…Waktu ummi tahu cerita tu, hari macam dah nak masuk waktu solat maghrib…Ayah pun baru pulang dari kerja…Naik bilik, ummi terus cerita pada ayah pasal kasut tu, dan ummi menangis teresak-esak sambil memangku Uwais…Ummi nampak, mata ayah juga merah dan berkaca…Ayah pun pujuk ummi…Ayah kata, pastinya Allah telah mengatur sesuatu buat kitaUjian untuk mendekatkan kita padaNya…Ummi ni bila sedih memang tidak boleh tahan, kena nangis juga…Lepas itu ummi akan elok balik…


Begitulah kasih sayang ummi ayah pada anak-anak…Baik `Ukasyah, mahupun Uwais…Sungguhpun Uwais telah hadir dalam hidup ummi dan ayah, namun kami tidak pernah melupakan cinta hati kami yang pertama…Sungguh bertuah kerna ummi ayah dikurniakan `Ukasyah dan diuji dengan pemergiannya…Moga Allah tetapkan hati-hati ummi, ayah dan uwais di atas jalanNya…`Ukasyah, janjinya syurga…Ummi ayah belum ketahuan lagi…Namun, harus berusaha untuk kembali bersatu dan bersama di dalam syurga yang kekal abadi…amen…Semoga Allah perkenankan hasrat hati ini…Ummi sayang kalian semua….

6 comments:

  1. sedih saya baca entry ni...
    pasti ummi uwais lebih sedih.
    redhalah dik....

    ReplyDelete
  2. salam, mawaddah,akak terharu sangat baca entry ni..akak doakan yang terbaik buat mawaddah sekeluarga. tahniah atas kehadiran adik 'ukasyah, uwaiys. Anak bukan mengganti antara yang lain, tapi menambah, dunia atau akhirat.

    ReplyDelete
  3. insya Allah umi...Ukasyah akan menanti umi dan ayah serta adiknya di sana. Kasih sayang seorg ibu tu takkan berubah dan setiap anak adalah berbeza tapi kedudukan mereka adalah sama di hati ibu dan ayahnya.

    ReplyDelete
  4. semoga tabah menghadapi ujian Allah swt

    ReplyDelete
  5. Semoga Ummi terus tabah...
    Kehilangan orang tersayang, tambahan lagi anak memang amat berat untuk dihadapi. Tapi yakinlah, Allah pasti ada rancangan yang terbaik buat kita semua.....

    Take care

    ReplyDelete