Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

October 9, 2010

Ayah On-call Lagi


Assalamualaikum,

Hari ini ayah on-call lagi…Ummi dengan Uwais rindulah dengan ayah…Rasa macam tidak banyak masa bersama…Tiap-tiap hari, ayah pergi kerja pukul 6.30 pagi dan pulang pukul 6 petang…Itupun kalau trafik tidak sesak…Hujung minggu lepas pula, ummi dan ayah sibuk dengan konvo dan aqiqah uwais …Hujung minggu ni, ayah kerja pula…Ummi ini macam tidak bersyukur pula kan…Asyik komen itu ini…Kerja itu kan amanah…Bila kena bertugas hujung minggu pun, kena lakukan dengan hati yang ikhlas kan…Kesian dekat pesakit-pesakit yang datang hendak ambil ubat hujung minggu macam ini…

Tidak mengapa, Ummi dan Uwais tinggal dekat rumah dengan Pak Long (abang sulung ummi)…Pak Long pandai masak tau…Pandai jaga ummi dalam pantang…Pandai jaga Uwais juga… Lepas ayah mula kerja, Pak Long dan Khaulah jaga ummi dalam pantang…Hari ini, bukan ayah je yang tiada di rumah, tapi khaulah, opah dan aki pun sama juga…Khaulah ada `reunion SMIK`…Opah dan aki pun ada `reunion` juga…

Ummi rasa hendak tulis entri pasal hari konvokesyen ummi ayah pada hujung minggu lepas…Tapi Uwais perlukan perhatian ummi sekarang ini…Kerap betul Uwais menyusu…InsyaAllah, bila ada kelapangan lagi, ummi tulis tau…Ini ummi paparkan dulu sedikit gambar ummi ayah sewaktu dalam dewan…Gambar sewaktu photoshoot tidak siap lagi….

Tahniah ayah...Akhirnya, grad juga kita berdua kan...

Ummi dalam dewan...Masih dalam pantang, hari  ke-18...

Konvokesyen yang amat bermakna dalam hidup kami berdua...

7 comments:

  1. Nasib baik Uwais keluar 18 hari kan..
    kalau hari konvo...:)

    ReplyDelete
  2. tahniah atas kelahiran Uwais...
    tahniah...korang dah konvo yer. amat bermakna. konvo dlm pantang lagi tu... akak pun ada pengalaman konvo ketika sakit nak bersalin tau. mmg bermakna... :-)

    ReplyDelete
  3. tahniah to both of you...

    take care:)

    ReplyDelete
  4. Salam knl K.Mawaddah
    Congrats for the convocation...
    Cantik nama ank2 akak seindah maksudnya...

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    yg dlm pic konvo akk tu kn.
    yg kt blkng akk tu kn,,k.mona rosli kn??
    btol x???

    ReplyDelete
  6. tahniah ye.. untungnya, muda lagi. dah kawin, ada anak dan juga kerjaya.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH AKAK N ABANG....
    semoga berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete