Assalamualaikum,
Sebenarnya ummi tidah tahu bagaimana hendak menceritakan kisah berpantang ummi…Perkara ini agak sensitif juga untuk dibicarakan…Ummi ini berpantang mengikut cara opah (ummi saya) dan apa yang ummi belajar sewaktu di university dulu…Kalau hendak dibandingkan dengan proses berpantang orang lain, memang jauh berbeza rasanya…Bak kata opah, amalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat…
Setiap orang punya cara tersendiri kan…Walaupun begitu, harus kita hormati cara berpantang orang lain…Kerna kita dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza….Betul tak??? Tiba-tiba ummi teringat sewaktu zaman ummi jadi nursing student di UIA, ummi pernah belajar tentang `cultural competency`…`Cultural competence` is about how to mix a little cultural understanding with the nursing care…Inilah amalan ummi berpantang, ummi `integrate` amalan tradisional dengan `nursing care` yang ummi belajar dulu…Asalkan amalan itu tidak menyalahi syarak dan membahayakan kesihatan…Uhhh, jauh menyimpang pula kisah berpantang ummi ini kan…
Ummi mula berurut pada hari keempat, kelima dan keenam melahirkan Uwais al-Qarni…Selain berurut, ummi juga bertungku…Tukang urut ummi itu memang sudah biasa dengan ummi dan beliau juga kawan baik opah…Dulu pun memang urut dengan mak cik ni…Ummi juga turut bersauna sewaktu dalam pantang ni…Sauna dekat rumah ini memang termasuk dalam pakej urut dan tungku sekali…Memang tidak dapat dinafikan, badan semakin sihat bila diurut, ditungku dan bersauna…Berat badan juga turun…
Sesi berurut dan bertungku ini ambil masa dua jam…Lama juga kan…Masalah yang ummi ayah hadapi waktu sesi ini adalah pabila Uwais al-Qarni menangis hendak menyusu dengan ummi…Ini berlaku pada hari pertama saja kerna ummi terlupa untuk sediakan EBM untuknya…Dengan tukang urut sekali terpaksa `shortcut` je…Hari yang lain, ummi telah sediakan EBM untuk ayah berikan pada Uwais al-Qarni…Mencabar sungguh rupanya hendak menyihatkan badan ini…hihi…
Tentang bab pemakanan pula, ummi amalkan pemakanan yang seimbang…Bahasa mudahnya, ikut pyramid makanan je…Opah sediakan ummi sup sayur, ikan dan makanan yang sedap sangat…Ummi banyak makan ikan rasanya sebab ummi memang suka ikan…Opah pesan, rasa sikit dulu sesuatu makanan itu, kalau ok boleh makan dan kalau sebaliknya elakkan…Senangkan formula opah untuk ummi…Tapi, sudah tentulah ummi elakkan makanan laut, ayam dan makanan yang biasa orang lain elakkan sewaktu berpantang…
Ummi juga tidak makan jamu atau set bersalin yang dijual di pasaran…Apa yang ummi amalkan hanyalah madu dan minyak habbatus sawda` yang dibeli oleh adik ummi di Yaman…
Opah juga tidak melarang ummi minum air suam banyak-banyak sebab ummi menyusukan Uwais al-Qarni…Asyik rasa haus je tekak ni…Ummi juga minum susu, horlicks, vico untuk sarapan pagi dan minium petang…
Siapa jaga ummi dalam pantang??? Semua ahli keluarga ummi bergilir-gilir jaga ummi sebab ummi kan tinggal dengan opah dan aki…Selepas bersalin hingga hari kesebelas ayah yang jaga ummi….Selepas itu, opah, pak long dan khaulah yang jaga ummi pula bila ayah mula bekerja…
Bila bersalinkan anak kedua ini, ummi tidak terlalu memanjkan diri sendiri sebab bila ayah sudah mula bekerja nanti, payah juga ummi hendak berdikari menguruskan diri sendiri dan Uwais al-Qarni….Jadi, 2-3 hari sebelum ayah kerja, ummi sudah mula kemas-kemas bilik dan uruskan pakaian ummi dan Uwais al-Qarni…Buat air sendiri, bertungku sendiri, sapu minyak pati halia sendiri, pakai bengkung sendiri…Bab mandikan Uwais al-Qarni itu memang telah ummi lakukan sendiri sedari hari keluar dari hospital lagi…Alhamdulillah sebab ummi dah biasa…Erm dulu waktu posting labour room dan NICU lagi banyak baby yang nak dimandikan waktu pagi…Bila teringat balik, rasa seronok sangat…
Hari ke berapa keluar rumah??? Bab ini memang ummi macam tidak mahu cerita…hehe…Mesti kena marah ni…Ummi keluar rumah waktu hari ke-10 berpantang…Awal kan??? Ummi terpaksa juga sebab waktu tu ummi kena pergi ambil jubah konvo dengan ayah di UIA Gombak…Family ummi pun semua tiada di rumah…Terpaksa rela ummi kena ikut ayah tau…Tapi waktu ini ummi duduk dalam kereta jelah sebab ummi authorized ayah untuk uruskan…Ummi standby kalau ada problem je…
Hari ke-17 ada photoshoot session dengan Muttaqee di UIA Gombak…Hari ke-18, lagi sekali ummi keluar lagi sebab menghadiri konvokesyen ummi…Ummi memang tidak mahu lepaskan saat ini…Yelah, sekali dalam hidup terima scroll untuk degree…Keesokannya pula, ummi menghadiri konvokesyen ayah pula…Kalau ummi tidak datang, mesti ayah sedih kan…Ummi pergilah juga…Bagaimana ummi mengharapkan ayah bersama ummi di hari konvokesyen ummi, begitu jualah ayah kan..Tapi ummi datang lewat sikit sebab kesian dekat Uwais…Lepas konvokesyen, ummi rasa sudah tidak terkira lagi berapa kali ummi keluar rumah…Tapi tidak lah sampai pergi shopping macam waktu berpantang `Ukasyah di hari ke-14…hehe…Eh ummi terlupa pula yang ummi ada ikut opah pergi SOGO hari isnin baru-baru ini sebab opah nak beli handbag baru…Opah ajak ummi sebab senanglah nanti opah nak minta nasihat., pandangan dan pendapat ummi…Nama pun anak perempuan kan…hihi…Waktu pergi SOGO ni, ummi bawa Uwais dalam ring sling…Uwais pun tido nyenyak je…
Bila ummi habis pantang??? Sekarang ini ummi belum hari ke-40 lagi, tapi opah sudah lama rasanya MERDEKA kan ummi…Waktu cukup sebulan Ummi berpantang, dengan rasminya opah dah `lepaskan` ummi…Opah pula yang ajak ummi keluar tau…Sporting kan my mom…Alhamdulillah, opah satu kepala dengan ummi, kalau tak tertekan rasanya…Yelah, anaknya ini tidak reti duduk diam…Tapi masih berpada-pada lagi ni…Tidaklah sampai tidak menjaga kesihatan langsung….
Sekian saja kisah berpantang ummi…Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara ummi berpantang, tapi setiap dari kita memang berbeza kan…Bagi ummi, kalau opah melarang ummi buat sesuatu, ummi akan patuh sebab dia ibu kita…Kalau buat juga, takut ummi mendapat balasan dariNya…Kalau opah kata boleh, ummi ikut juga sebab tiada ibu mahukan kemudaratan buat anaknya…Alhamdulillah, opah memang tiada pantang larang yang mengarut atau tidak masuk dek logik akal…Mungkin kerna faktor perbezaan umur ummi dan opah yang sikit…Opah kawin muda macam ummi juga tau…hihi…Oleh sebab itu, pemikiran kami lebih kurang…Opah juga suka pada evidence-based practice and she loves to read a lot of health articles and journals…Pokoknya, TAATILAH IBU KITA…Janganlah berbuat sesuatu yang dia tidak sukai….Ini juga tarbiyyah buat kita sewaktu berpantang…Sejauh mana kita menjaga hati ibu kita dan menguji ketaatan kita padanya…Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang soleh solehah…amen..
Lebih kurang akak gak Mawardah berpantang...selagi mak kata ok...akak pun ok ajer :D
ReplyDeleteeh, bahagianya cara berpantang kak mawaddah.. hehe.. anim ni, semua mak kata tak blh.. tensen sikit la.. lagi2 bile zubir cakap dalam medical camni, camtu.. tp senyap je la..takkan nak lawan mak kan..
ReplyDeletewaaa..blh wat panduan ni...heheheehehe
ReplyDelete