Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

March 27, 2009

Selamat Hari Lahir yang ke-23 Abang...



Abang, Selamat Hari Lahir yang ke-23...Sian kat abang sebab di saat-saat ini, sayang busy study untuk final exam...Tiada apa yang istimewa di hari lahir abang kali ini sbb sayang tak sempat nak buat preparation untuk abang.Erm ari ni ummi abah sayang datang kuantan sbb nak celebrate birthday abang...Alhamdulillah ada ummi abah kan abang, bleh lah kita enjoy sama-sama...

Abang, semoga dengan meningkatnya umur abang, semakin meningkatlah jua tahap keimanan dan ketaqwaan abang. Bersemarak juga semangat jihad. Ini adalah birthday pertama abang tika kita telah bertiga (baby tak lahir lagi, tapi sayang slalo rasa kita ttp bertiga).Semoga abang tabah dan sabar mengharungi kehidupan sebagai seorang bakal ayah,suami, anak dan juga pelajar.Terima kasih di atas pengorbananmu.

p/s: Tahniah sbb result mid-sem abang gempak...nak lawan sayang ye...hehe...takpe, kita berjaya bersama-sama...berkeluarga bukan halangan buat kita berdua...kita harus buktikannya...chaiyok!

Clinical Posting

Ummi baru saja habis posting di Poliklinik Jaya Gading kerana exam akan bermula pada hari Ahad ini. Banyak sangat kenangan dan pengalaman yang ummi dapat. Agak sedih juga kerana 2 minggu itu terasa sekejap sangat. Ummi memang sangat sukakan community posting kerana ummi sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang midwife. Sepanjang berada di sini, ummi sangat gembira tak terkata tambahan pula group members ummi semuanya best belaka (Siti, Mona, Ain, Aisyah dan Rafiq). Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan ummi. Thanx korang..

Di Maternal and Child Health Clinic ini, ummi banyak bermain dengan jarum. Dalam sehari banyak jugak ummi cucuk baby, for immunization such as Hep B, DTap, MMR. BCG ummi dah buat waktu kat post-natal ward. Ramai juga patient ummi yang ada anemia during pregnancy, jadi terpaksalah juga ummi amik darah for venous Hb. Since pregnant ni, ummi takut jarum sebenarnya, tapi ummi memberanikan diri demi patient ummi. Ada jugak ummi buat family planning consultation untuk patient ummi sampai dia mintak phone number ummi untuk bertanya secara detail. Selain dari itu, ummi and friends ada gi home visit untuk adik Nur Zikrie di rumahnya. Adik Nur Zikrie ni ada masalah Cerebral Palsy with total blindness. Erm sebenarnya banyak lagi yang ummi nak cite tapi exam dh dekat, ummi kena study. Setakat ini dulu, ada masa ummi cite lagi ye.

p/s: Ummi ada problem dengan language bila nak communicate dengan patient. Masalah besar gak sebab ummi study in English but in real clinical setting, I have to speak in Malay. Tambahan pula, clinical instructor ummi memang English spoken dan tak fasih berbahasa melayu. Ummi berazam nak perbaiki bahasa melayu ummi supaya mudah untuk ummi educate patient ummi. Tulah, slalo cakap rojak.hehe..

March 18, 2009

Mohon Maaf

Assalamualaikum buat pembaca semua yang setia mengunjungi blog ini. Mawaddah dan Hafiz ingin meminta maaf kerana kami tidak dapat menulis buat seketika kerana sedang sibuk dengan study dan final exam. The final exam will begin on 29th March(on my husband`s birthday).Tetapi kami berjanji andai ada kesempatan dan kelapangan masa, akan kami pergunakan sebaiknya untuk menulis di blog ini. Doakan kami berdua diberikan ketenangan untuk menghadapi final exam ini.

Buat anak ummi dan ayah, duduk baik-baik ye dalam perut ummi, jangan meragam plak.hehe.Ummi janji, walaupun ummi busy, ummi akan luangkan masa untuk anak ummi ini. Nanti tolong ummi jawab soalan exam tau.

p/s: Ummi sedang selsema sekarang.

March 15, 2009

Sehari Tanpa Ayah

Semenjak ummi pregnant, ummi tak pernah lagi berenggang dengan ayah, tetapi hari ini adalah hari yang sungguh sedih untuk ummi lalui. Ayah terpaksa pergi educational visit ke pusat serenti di Bachok. Ayah dah bertolak ke Kelantan 2.30 petang tadi dan ini bermakna ummi jua terpaksa menginap di bilik ummi di asrama.

Berat hati ini tatkala menghantar ayah di tangga CF sister. Tak sanggup ummi nak hantar ayah ke bas sebab ummi pasti yang ummi akan menitiskan air mata. Ayah dan ummi bersalaman di tangga dan ummi berjalan tanpa menoleh ke arah ayah lagi. Ummi mendaki tangga asrama satu per satu dengan linangan air mata, tambahan pula budak-budak bilik ummi semuanya tiada di bilik, jadi ummi rasa amat kesunyian. Untuk mengisi masa terluang, ummi membaca suratkhabar hari ini. Dah abis baca, rasa sedih plak dan ummi pun buka laptop kesayangan ummi ni. Ummi pun buka folder gambar ummi dan ayah, tiba-tiba perut terasa sangat lapar. Erm baby dah minta nak makan dah ni. Selepas solat asar, ummi pun menuju ke Café untuk membeli makan malam. Ummi lihat menerusi tingkap, hujan sangat lebat ketika itu dan terbit kerisauan di hati ummi kerana jalan ke café sangat licin di waktu begini. Ummi berkata dalam hati,

“Takpe Mawaddah, demi abang dan anak ini, Mawaddah kena kuatkan semangat. Jangan biarkan abang risau dengan keadaan diri ini yang tidak boleh hidup berdikari. Jangan biarkan anak dalam kandungan ini kelaparan kerna terlalu mengikut perasaan”

Ummi juga teringatkan kata-kata ayah tatkala ummi merengek kerana takut melepaskan ayah pergi ke Kelantan.

“Sayang kena kuatkan semangat, nanti bagaimana abang nak keluar berjihad kalau sayang camni”

Betul juga pesanan ayah pada ummi. Ummi harus belajar ditinggalkan supaya mudah untuk ayah keluar membuat kerja-kerja Islam. Ummi tak patut menjadi batu penghalang untuk ayah keluar berdakwah dan menuntut ilmu. Ummi harus jadi isteri yang berdikari kan.

Berbalik kepada cerita tadi, ummi redah jua hujan yang lebat itu. Berhati-hati ummi mengatur langkah supaya tak terjatuh. Terasa jauh jua berjalan ke café ni. Selama hidup serumah dengan ayah, banyak sangat ayah bantu ummi, sebab tu ummi terasa sangat bila ayah tiada disisi. Tak dinafikan ayah memang seorang yang pengemas dan pembersih. Pokoknya ayah memang ringan tulang.

Alhamdulillah, ummi selamat sampai di bilik ummi setelah meredah hujan yang lebat, lantai yang licin, jalan yang jauh dan mendaki tangga sampai ke tingkat empat. Tiba-tiba ummi teringatkan dua orang sahabat ummi yang selalu bersama ummi di kala suka dan duka. Lagipun ummi rindulah nak sembang2 dengan mak cik naddy dan makcik siti (korang bolah terima ke gelaran ni? Hehe..). Ummi pun msg la makcik naddy ajak diorang temankan ummi yang kesunyian ni.

Tengah makan2 dan sembang2 dengan diorang, opah (mak ummi) call ummi. Opah kata,

“Tadi call hafiz, dia kata dia dah kat Dungun. Hafiz suruh Ummi (Opah) call Angah sebab Hafiz kata mesti Angah tengah sedih sekarang”

Alhamdulillah, ayah sangat memahami ummi. Rupa-rupanya, ayah risaukan ummi juga,tetapi dalam masa yang sama ayah tak boleh show sangat yang ayah caring sgt2 kat ummi. Kalaulah ayah show sgt2, memang bercucuranlah air mata ummi seperti lebatnya hujan di Kuantan ni. Banjirlah Kuantan ni.

Abang, pulang cepat-cepat ye ke Kuantan, sayang dan baby menunggu kepulangan abang. Banyak sgt kesulitan yang sayang lalui dan hadapi tanpa abang di sisi dengan keadaan berbadan dua ini. Walaupun sehari, tapi sayang rasa bagai setahun. Terima kasih abang kerana banyak mendidik sayang. Doakan supaya sayang tabah dan mampu berdikari ye abang. Love you.

p/s: Abang,baby baik je sepanjang ketiadaan abang. Esok genaplah umur baby 15 minggu dalam kandungan.

March 12, 2009

Ummi Terharu

Semalam adalah hari yang paling bermakna buat ummi. Semalam jua adalah hari pertama ummi melihat baby ummi ini. Walaupun dalam kesibukan clinical posting, ummi akhirnya berjaya memboloskan diri (dengan izin dari staff nurse tau) meluangkan masa untuk permata hati ummi dan ayah ini.

Ummi dan ayah bertolak ke Beserah selepas waktu Zohor demi mendapatkan giliran yang awal untuk masuk berjumpa doktor dan dentist. Berdebar tak terkata hati ummi dan ayah ni tau. Ummi dan ayah tak putus-putus berdoa agar baby kami ini sihat hendaknya. Setelah hampir sejam menunggu (agak menguji kesabaran), akhirnya ummi dipanggil masuk ke bilik doktor. Doktor menemubual dahulu tentang masalah kesihatan atau ummi ada chief complain ke. Alhamdulillah, kesihatan ummi baik buat masa ini. Doktor agak terkejut sewaktu menemubual ummi. Katanya, ummi ni terlalu muda (ye ke, ummi dah nk masuk 23 tahun dah tau tak lama lagi).

Selepas medical check-up bersama doktor, ummi diarahkan naik ke atas katil. Ya Allah ummi takut sangat walaupun ummi juga seorang nurse.

Doktor suruh ummi tengok screen.

“Mawaddah, this is your baby”

Ummi terus menitiskan air mata. Terharu sangat rasanya dapat melihat anak ummi ini buat pertama kalinya. Doktor agak terkejut, first impression doktor adalah,

“Baby awak ni panjang orangnya. Ni kepala, tangan, badan dan kaki baby awak”

Macam tak percaya plak ummi. Maknanya, baby ummi ni taklah pendek mcm ummi dan ayah ye.

“Aktifnya baby awak ni”

Memang jelas sangat baby memangla anak ummi kan.hehe. kecik hati ayah nanti. Ummi tengok kaki baby asyik menendang je, termasuklah tangan baby yang tak reti duduk diam sepanjang baby di scan oleh doktor. Agaknya baby berkungfu kot. Doktor pun excited tengok baby sihat. Doktor juga hampir berputus asa untuk mencari di mana jantung anak ummi ini kerana baby asyik pusing-pusing je. Doktor kata, kalo tak jumpa pun takpe sbb dari keaktifan baby tu pun dah dapat menggambarkan yang baby ummi sihat. Akhirnya, ummi yang ternampak jantung baby since doktor dah putus asa. Baby ni, nak tunjuk jantung pun malu ye. Doktor tanya ummi sama ada ummi nak baby girl ke boy? Ummi cakap dengan doktor, ummi tak kisah pun. Dua-dua pun ummi suka dan sayang. Ummi rasa la kan, semalam doktor dah nampak baby punya tut tut, tp doktor tak nak bagitau ummi lagi kot. Dah abis scan, doktor pun cakap kat ummi,

“Saya tak nak torture baby awak. Nampaknya baby awak tak suka kena scan”

Apa-apa pun, baby ummi ni sihat, Alhamdulillah. Ummi dan ayah tak sabar nak tunggu kelahiran baby. Duk dalam perut ummi baik-baik tau. Kalo nak tendang2 dan tumbuk2 pun takpe. Ummi faham anak ummi ni nak exercise supaya cepat membesar.

Sayang, ummi dan ayah sangat rindu padamu.

Paling Kasih

“…berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (at-Taubah: 128)

Siapakan insan mulia yang sanggup menangung segala kesusahan untuk orang lain?

Siapakan dia yang sangat menginginkan kesenangan buat orang lain yang tidak dikenalinya?

Dan siapakan orangnya yang sangat sayangkan orang bawahannya melebihi dirinya sendiri?

Dialah Rasulullah saw, kekasih yang Esa yang telah menanggung segala penat lelah dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Penat lelah yang membawa kepada tersebarnya Islam ke seluruh alam ini. Umpama keajaiban yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sebelumnya.

Ayah ingin baby tahu serba sedikit insan yang telah berdoa untuk kita sebelum kita mengenalinya di dunia ini. Manusia mulia yang sanggup menerima tanggungjawab menyebarkan khabar gembira dan peringatan buat yang beriman. Tidak pernah mengeluh apalagi meminta balasan dari manusia atas tindakannya menunjuki jalan yang benar di sisiNya.

Dialah manusia agung yang sanggup berlapar melebihi sahabat-sahabatnya ketika perang Khandak (Parit) semasa menggali parit besar di keliling kota Madinah. Sahabat yang mengikat 2 biji batu di pinggang mereka kerana laparnya tetapi tidak mampu menandingi 3 biji batu di pinggang Rasulullah yang menangung lapar tak terkira.

Sungguh hebat pengorbanan nabi kita yang terakhir terhadap kita, ummatnya yang sering melupakan sunnahnya dan ajarannya yang penuh dengan kasih sayang yang tidak terhingga. Hinggakan wafatnya dengan mengingati ummatnya.

Sayu rasanya hati jika kita tidak mampu mencapai syurga bersama nabi yang paling tinggi martabatnya di syurga. Ingin sekali rasanya ayah, ummi dan zuriat kami memperoleh syurga dijanjikan Allah pada hambaNya yang soleh.

Bagaimanakah caranya kita untuk memperoleh syurga tersebut bersama Rasulullah saw?

“Setiap manusia bersama dengan orang yang dikasihinya di syurga kelak”

InsyaAllah kita mengasihi Rasulullah dengan mengikuti Al-Quran dan sunnahnya mampu melayakkan kita ke syurganya berkat kurniaan rahmat dari yang Esa. Nanti ummi, ayah dan baby sama-sama usaha ye untuk mencapai mardatillah dan masuk ke syurga bersama-sama Rasul yang sangat mencintai kita. Amin.

March 8, 2009

Ucapan Cinta Pertama


Rasa malu pula menebal dalam diri ayah untuk menceritakan perihal cinta ummi dan ayah. Bukanlah ayah tidak mahu berkongsi dengan baby tetapi kadang-kadang kita termalu sendiri dengan apa yang pernah kita lakukan dahulu. Kisah cinta ummi dan ayah tidaklah sehebat kisah cinta Laila Majnun atapun Romeo Juliet, tetapi sempat juga merasai keindahan erti cinta berlandaskan syarak.

Cinta yang sesetengahnya membenarkan dan ada pula yang menentangnya kerana tidak pasti matlamat sebenar cinta kita sesama manusia di dunia. Cinta sebelum berkahwin yang tidak kurang yang menentang dek kerana fitnah yang timbul dan kemaksiatan yang berleluasa. Lupa akan matlamat cinta sebenar untuk mendapat keredhaan dan cinta Illahi.

“Ya tuhanku, kurniakanlah kami cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. Dan amalan yang boleh mendekatkan kami kepada cintaMu”

Ayah bukanlah orang yang sesuai untuk membincangkan tentang cinta sebelum berkahwin kerana ilmu yang hanya sekangkang kera, tetapi dikurniakan sedikit pengalaman hidup yang jarang ditempuhi orang lain. InsyaAllah ayah akan berkongsi sedikit sebanyak rentetan pengalaman hidup ayah buat tatapanmu anakku sayang.

19 April 2002

Tarikh bersejarah buat ummi dimana tarikh umur ummi mencecah enam belas tahun. Dan tarikh tersebutlah titik tolak ungkapan kata cinta ayah pada ummi.

Ayah cakap ‘I Love U’ ke kat ummi?

Eh tidaklah sampai begitu kata-kata cinta pertama ayah pada ummi. Tidak semestinya kita mengucapkan lafaz ‘I Love U’ untuk mengesahkan perasaan cinta kita pada seseorang. Boleh jadi ucapan kita berlainan tetapi maksudnya lain dari yang sebenarnya. Mungkin insan tersebut tidak memahami maksud sebenar kata-kata kita tetapi yang penting kita berani menyatakan keikhlasan hati kita pada si dia.

Happy Birthday

Hanya dua perkataan yang mampu ayah sampaikan pada ummi sewaktu ingin pulang ke asrama masing-masing setelah tamat waktu kelas persediaan malam. Ayah yang sengaja menjaga kelas yang sama dengan ummi semasa prep malam di STJ (kami pengawas form 4 dikehendaki menjaga pelajar form 1), menyusun strategi untuk penyampaikan hasrat di hati ayah pada ummi.

Walaupun hanya dua patah perkataan, tetapi ia cukup untuk membuatkan ummi termalu dengan ucapan yang tidak disangka-sangka dari ayah. Bukan ummi sahaja yang malu tetapi ayah sendiri turut termalu dengan ucapan ayah sendiri. Terus kami beredar sebelum kami bertambah malu dengan diri masing-masing.

Ayah pun tidak mengerti mengapa ayah begitu berani untuk meluahkan rasa hati ayah pada ummi. Ayah ni bukanlah orang yang pandai menulis kata-kata cinta yang berbunga-bunga. Cukuplah ayat yang simple tetapi cukup bermakna buat kami berdua. Berbagai tafsiran bermain di minda ummi sejak menerima birthday wish daripada ayah.

Adakah itu ucapan yang lahir dari hati seorang sahabat?

Ataupun itu ucapan yang lahir dari kalbu seorang pencinta?

Hanya ayah dan tuhan sahaja yang tahu erti sebenar ucapan ayah pada ummi ketika itu. Biar ummi tertanya-tanya sebelum luahan sebenar isi hati ayah melalui orang ketiga iaitu paklong. Luahan yang telah ayah ceritakan dalam entri terdahulu, 10 minit.

Saje je ayah nak buat ummi tertanya-tanya maksud ucapan ayah. Biar suspen skit, baru menarik. Hehe. Ada ala-ala cerita drama Melayulah katakan. Bagus jugak strategi ayah kan. Betul tak baby? Huhu.
Simple tapi bermakna. 

March 7, 2009

Check-up Baby


5 Mac 2009

Hari sepatutnya ummi pergi check-up baby dalam kandungan yang sudah mencecah 3 bulan 1 minggu dan 4 hari. Hari yang paling excited buat baby sebab ingin berjumpa dengan jururawat yang berdedikasi dan baik hati di klinik kesihatan Indera Mahkota 2. Hari yang kami tunggu-tunggukan jua untuk mengetahui kesihatan baby yang semakin pandai menendang perut ummi. Huhu.

Tapi impian hanya tinggal impian. Hajat kami untuk check-up baby tidak kesampaian kerana kesibukan ayah dan ummi dengan urusan masing-masing. Hari di mana ayah ditugaskan attachment di HTAA untuk mempelajari TPN atau Total Parenteral Nutrition. Attachment yang bermula dari pagi hinggalah ke petang.

Manakala ummi pula posting di HTAA di wad ENT bermula dari pukul 2 petang hinggalah ke jam 9 malam. Check-up yang sepatutnya dilakukan pada waktu pagi tidak dapat dipenuhi. Ish ish sibuk benar kami berdua ni sampai tak ada masa nak check-up baby. Kesian baby dah excited tadi. Memang perkara yang tidak dapat kami tunaikan kerana sibuk memenuhi kriteria pembelajaran masing-masing.

6 Mac 2009

“Ini Mawaddah ye? Kenapa adik tak datang semalam?”, tanya jururawat di klinik Indera Mahkota 2.

“Haah. Saya dengan suami sibuk posting kat HTAA semalam. Minta maaflah kak”, jelas ummi.

“La.kenapa tak buat check-up kat klinik O&G HTAA? Bagitau je kami nak buat check-up kat sana”, terang jururawat yang ummi kenali ketika posting di poliklinik Beserah.

“Saya tak tahu boleh buat di sana. Maklumlah tak de pengalaman lagi”, jawab ummi tersenyum.

“Tak pelah kalau macam tu. Ni saya bagi tarikh baru. Kalau tak dapat datang bagitaulah ye. Kami boleh datang ke rumah”, prihatin jururawat yang memberi alternatif pada kami.

“Oo. Terima kasih ye kak”, ujar ummi sebelum kami beredar.

Kami ingatkan boleh check-up walaupun lewat sehari dari tarikh yang ditetapkan tetapi nurse yang bertugas di sana ada aktiviti lain yang memaksa mereka keluar seperti school nursing ataupun home nursing. Mungkin mereka ingin memberi ceramah di sekolah ataupun melawat ibu-ibu yang sama ada mengandung ataupun masih dalam pantang.

Tidak dapatlah baby nak check-up di klinik tadi. Jangan sedih ya baby. Nurse dah tetapkan satu tarikh baru. InsyaAllah kami akan cuba tunaikan walaupun di tempat selain klinik kesihatan IM 2.

Apa yang penting? Baby sihat. Hehehe.

March 6, 2009

Maafkan Ayah


Kemaafanmu yang ku pinta
Walau terpaksa menempuh derita
Agar kau bahagia kelak di dunia
Merasai hakikat kemanisan cinta

Sungguh, banyak rasanya kelemahan dan kesilapan yang ayah lakukan terhadap baby. Walaupun baby masih kecil di dalam kandungan ummi, tapi ayah boleh merasakan kehangatan jiwa baby yang selalu bermain-main di dalam rahim ummi. Sudah pandai meluah rasa hati walaupun masih belum mengenal dunia nyata yang sebenarnya. InsyaAllah baby akan jadi insan yang pandai menurut pandangan Islam.

“Sesungguhnya manusia yang paling bijak ialah manusia yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya”

Apa sebenarnya kesalahan ayah pada baby?

Ayah ada pukul baby ke kat perut ummi?

Ish, tak delah sampai macam tu kejam ayah pada baby. Walaupun ada kes suami menendang perut isteri semasa mengandung kerana keceluparan mulut si isteri, ayah tidaklah sanggup menendang ummi yang sangat sopan dan baik terhadap ayah. Bahagia rasanya mendapat isteri yang mampu menenangkan jiwa kita di saat kita dalam kegelisahan.

“Wahai tuhan kami. Engkau jadikanlah isteri kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata kami dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa”

Ayah memohom kemaafan sekiranya ayah tidak mampu menyediakan segala keperluan baby yang sudah pandai mengidam. Bukanlah mengidam sebenarnya tetapi lebih kepada keinginan baby yang kadang-kadang menginginkan sesuatu makanan atau minuman yang ‘special’ dari kebiasaan (ataupun ummi yang teringin sebenarnya. Huhu.)

Minggu lepas semasa usia baby mencecah 3 bulan 1 minggu di dalam kandungan, ummi mengatakan bau mulut ayah seperti bau buah laici. Puas ayah mencium sendiri bau mulut yang baru lepas digosok, tetapi tiada bau seperti yang ummi katakan.

Mungkin ummi teringin laici kot, bisik ayah dalam hati.

Dan ternyata benar ummi mengorder air laici sebagai minuman makan malam kami. Perkara sama berulang keesokan harinya di mana bau mulut ayah bertukar kepada jagung dan seterusnya epal pada malam berikutnya. Masuk hari keempat tiada lagi bau buah-buahan dari mulut ayah. Lega rasanya begitu kerana risau bau buah yang sukar didapati di Malaysia.

Kalaulah ummi terbau buah yang sukar didapati jusnya di sini, jawabnya sampai keesok pagilah ayah terpaksa mencarinya untuk memenuhi keinginan baby. Tiadalah sampai mengidam rasanya kerana ummi boleh beralah untuk minum minuman yang lain seperti air jagung yang tiada di gerai tempat kami menjamu selera tempoh hari.

Baik juga baby ye dengan ayah. Boleh compromise kalau tak dapat kehendak hati. Nanti kalau tak dapat mainan yang baby nak dah besar nanti, compromiselah ye. Bertuah ayah nanti dapat baby. Boleh bangga dengan opah aki. Hehe. Maaf ye baby tak dapat minum jus jagung. Nanti ayah ganti balik.

Baby pun dah pandai lapar sekarang ni. Terkadang kalau lapar, baby akan tendang perut ummi sampai ummi sakit supaya ummi makan. Pandai sungguh minta makanan kat ummi ye. Ummi pun layan sahaja kehendak baby yang kelaparan. Comel sungguh kalau difikir-fikirkan.

Tetapi kadang-kadang perut ummi sakit ditendang baby pada tengah malam meminta makanan daripada ayah. Tak sampai hati ayah tengok kesakitan ummi dan terus meluncur laju ke gerai makan berdekatan. Walaupun baby yang lapar, tapi ayah boleh tumpang sekaki. Kesannya, ayah sendiri yang mengandung dua bulan tanpa disedari. Mengandung tanpa bersalin. Haha.

Ish ish, baby zaman sekarang pun dah pandai supper ye. Kalau tak nanti baby tendang perut ummi. Bertuah sungguh anak ayah ni. Pandai minta makanan dari ayah. Nak manja dengan ayahlah katakan.

Walaupun berbagai-bagai keinginan baby (ataupun ummi) yang mengidam sesuatu, ayah akan cuba sedaya-upaya memenuhi kehendak hati baby. Kasih sayang ayah pada baby tidak akan berbelah bagi membuktikan kecintaan ayah pada zuriat sulung ayah ini. Terjadi juga ayah tidak berkemampuan memenuhinya kerana ummi berada di hospital atau di kampus Jalan Hospital.

Dengan rasa bersalah dan kasian pada zuriat serta isteri tersayang, ayah memohon seribu kemaafan atas kelemahan ayah yang mungkin tidak disedari atau disengajakan. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mencukupkan rezeki buat kita sekeluarga. Amin.

March 4, 2009

Berbeza Tetapi Bahagia


Perbezaan bukan alasan untuk tidak bahagia. Hati ummi tercuit untuk menulis tentang ini kerana sesungguhnya, ummi dan ayah adalah dua insan yang sangat berbeza dari segi latar belakang, prinsip hidup, karakter, minat, dan banyak lagi yang tak akan dapat ummi senaraikan di blog ini. Cuma ingin ummi nyatakan kepada anak ummi bahawa ummi dan ayah punya cita-cita yang sama dalam rangka menegakkan deen Islam dan kerana itulah jua kami bahagia bersama mengemudi rumahtangga yang dibina ini. Buat sahabat-sahabat semua, sesungguhnya baru diri ini sedar bahawa perbezaan tidak membataskan kebahagiaan.

Pasti anak-anak ummi dan sahabat-sahabat sekalian tertanya-tanya kan apakah perbezaan ummi dan ayah. Sekadar berkongsi dengan anak ummi yang bakal lahir ini dan sahabat-sahabat ummi ayah agar kita semua dapat bertaaruf dengan lebih dalam lagi.

Sewaktu di Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar, ummi adalah seorang atlit sekolah yang seringkali terlibat dengan aktiviti olahraga di peringkat daerah. Sungguh banyak pingat emas yang telah ummi rangkul dalam acara balapan. Kenangan yang paling tak dapat ummi lupakan adalah menjadi johan merentas desa sekolah dan johan jogathon. Ummi juga sprinter sekolah. Banyak masa ummi dihabiskan di padang untuk latihan dan ummi telah banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Terbit rasa kecewa kerna ummi juara di padang, tetapi bukan di kelas.

Ayah pula sungguh berbeza dengan ummi. Komitmen ayah terhadap kelas dan pelajaran tidak berbelah bahagi. Ayah bukan seorang yang rajin mentelaah (ummi pun sama je), tapi ayah punya daya tumpuan yang sangat tinggi di dalam kelas. Otak ayah menangkap setiap bait-bait kata cikgu seperti sebuah kamera. Ummi jeles dengan ayah sebab ayah tidak pernah gagal untuk naik ke atas pentas bila tiba Hari Anugerah Cemerlang. Keputusan ayah juga tidak mengecewakan bila tiba peperiksaan PMR dan SPM. Pokoknya, ayah memang student straight A`s lah. Sampai di matrik pun begitu, kecemerlangan berterusan hingga kini. Ayah memang juara di kelas.

Dahulunya, ummi sangat pelik dengan kejayaan ayah. Ada sedikit rasa cemburu di hati ummi. Ummi rasa, sungguh gelap hati ini untuk menerima ilmu. Ummi cuba mengorek rahsia belajar ayah, tetapi jawapannya sungguh menghampakan sebab ayah kata setelah segala usaha dikudratkan, kita harus bertawakal kepada Allah di samping sentiasa berdoa dan itulah yang ummi tidak lakukan (ummi pula yang kena komen). Sebenarnya, bukan itu jawapan yang ummi mahukan daripada ayah. Dalam diam ummi aplikasikan segala nasihat ayah. Ummi takutkan kegagalan dan ummi tidak mahu keputusan akademik ummi menjadi fitnah kepada perkahwinan ini. Alhamdulillah, telah dua kali ummi mencapai kecemerlangan yang sebenar iaitu sewaktu ummi baru melansungkan perkahwinan dan sebelum ummi mengandungkan baby. Alhamdulillah, terkena juga tempias kepintaran ayah kepada ummi. Hehe.

Harapan ummi, kecemerlangan ini dapat membantu jalan Allah. Semoga anak di dalam kandungan ummi ini berjiwa besar dan punya cita-cita yang tinggi. Anakku, ummi harap baby ummi ni akan menjadi muslim yang serba boleh ya.

p/s:
Jelas sangat dari pengalaman ini bahawa perbezaan di antara suami isteri ataupun dengan sahabat-sahabat, bukanlah patut dijadikan alasan bahawa kita tidak sekepala, tidak boleh bersama mahupun hidup bahagia. Sebenarnya perbezaan inilah yang menjadikan kita semua saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kelebihan suami isteri atau sahabat kita, mendokong kelemahan kita. Perbezaan inilah jua yang mencorakkan hidup kita dengan pelbagai warna menjadikan hidup ini cukup indah untuk dilalui bersama.

10 Minit



Apa maknanya 10 minit dalam hidup ayah?

Mungkin 10 minit itu hanyalah senggang waktu yang sangat singkat bagi sesetengah manusia. Mungkin juga 10 minit itu berlalu tanpa kita sedari dek kerana sibuk melaksanakan kehidupan duniawi yang fana ini. Ataupun 10 minit yang diberi mampu mengubah seluruh perjalanan hidup kita tanpa kita sedari.

Sungguh, 10 minit itulah masa yang sangat penting bagi ayah suatu ketika dahulu. Hanya dalam masa 10 minit sahaja jodoh ayah ditentukan dalam sekelip mata. Dan dengan hanya 10 minit sahajalah ayah telah membuktikan keyakinan dan keteguhan perasaan ayah pada ummi. Ayah yakin ummilah jodoh yang telah ditentukan Illahi buat ayah.

Baby dengar mesti macam mustahil kan?

Macam mana jodoh boleh ditentukan dalam 10 minit je?

Bukankah hidup mati, ajal maut, jodoh dan rezeki berada dalam ketentuan yang Esa?

Memang benar bahawa segala takdir bagi diri kita telah ditentukan Allah termasuklah jodoh. Dan benar juga bahawa jodoh yang Allah tetapkan bagi ayah berasbabkan dari tempoh masa 10 minit yang diberikanNya melalui insan yang ummi ayah sayangi, paklong baby.

Segalanya bermula pabila paklong baby yang hensem (mesti paklong tersenyum baca ni. Hehe.) ni memanggil ayah di musolla sekolah kami selepas Isya. Ayah yang menjadi junior paklong ketika itu berasa agak terkejut dan gementar dengan panggilan paklong yang mungkin akan memarahi ayah. Mungkin marahkan ayah kerana ayah melakukan kesalahan tanpa disedari. Ataupun mungkin marahkan ayah kerana tindakan ayah meng’approach’ ummi semasa kami di tingkatan empat (paklong di tingkatan lima ketika itu).

“Abang nak jumpa sekejap lepas minum malam. Hafiz ada nak buat apa-apa ke?”, tanya paklong.

“Eh, tak ada apa-apa kot. Boleh je”, jawab ayah tertanya-tanya.

Sepanjang waktu minum itu ayah tercari-cari sebab ayah dipanggil paklong pada masa itu. Otak ayah ligat memikirkan kesalahan yang mungkin ayah lakukan tanpa ayah sedari. Rasanya tak ada pulak ayah berbuat kesalahan dengan paklong. Paklong tidak pernah memukul junior kecuali sekali semasa ada junior yang meninggalkan solat.

“Abang nak tanya skit. Betul ke kau suka dengan adik abang, Mawaddah?”, soalan pertama paklong setelah kami selesai minum malam.

“Hmm…Errr…”, ayah tergamam dengan soalan cepumas paklong.

“Janganlah takut. Abang bukan nak marah pun. Abang cuma nak kepastian je.”, jelas paklong bila melihat ayah ragu-ragu untuk menjawab.

“Boleh tak bang bagi saya masa sepuluh minit?”, pinta ayah pada paklong.

Ayah pun tidak tahu mengapa ayah meminta masa selama sepuluh minit untuk menjawab soalan tersebut. Kalau diikutkan yang sebenarnya, soalan itu bukanlah satu soalan yang sukar dijawab. Mudah rasanya untuk menjawab soalan yang memang ayah tahu menjawabnya. Mungkin ayah berperasaan gementar yang teramat sangat bila berdepan dengan bakal abang ipar ayah ataupun paklong baby.

“Boleh. Tak ada masalah. Ambillah seberapa banyak masa Hafiz. Jangan tergesa-gesa.”, ujar paklong menenangkan perasaan gementar ayah.

Sementara menunggu masa sepuluh minit berlalu, kami berborak-borak tentang keadaan masing-masing. Berbual-bual mesra walaupun sebenarnya ayah memikirkan ayat yang paling sesuai untuk diterangkan pada paklong. Masa sepuluh minit berlalu dengan cepatnya walaupun ayah sebenarnya masih tidak berani untuk menyuarakan perasaan ayah yang sebenarnya pada paklong. Ayah berharap agar jawapan ayah mempu memenuhi kehendak paklong.

“Betullah saya suka dengan adik abang. Saya ada bagitau dengan seorang kawan kami. Rasanya dia dah bagitau dengan adik abang.”, jawab ayah yakin walaupun gementar.

“Haah. Kami sekeluarga dah tahu dah. Cuma abang nak kan kepastian je dari Hafiz. Bila dah dengar dari mulut Hafiz sendiri barulah abang yakin dengan kata-kata orang lain.”, jelas paklong pada ayah.

“Oo. Macam tu ke.”, kata ayah lega. Lega dengan penjelasan terus terang paklong.

“Nanti kalau ummi abah datang sini, Hafiz boleh jumpa ye?”, tanya paklong.

“InsyaAllah. Boleh.”, ayah bersetuju.

Begitulah kisah tentang masa yang sangat penting bagi ayah. Masa yang menentukan masa depan ayah seperti yang ayah lalui sekarang. Sekiranya ayah menjawab tidak pada masa itu, mungkin perjalanan hidup ayah akan berbeza dari yang ayah alami sekarang. Mungkin ayah akan merantau jauh di negeri orang menuntut ilmu. Mungkin juga ayah tidak berkahwin lagi pada masa ini.

Tetapi sekarang tidak ada mungkin-mungkin lagi dalam hidup ayah. Yang ada hanyalah kenyataan yang harus kita tempuhi dengan hati yang bahagia. Usia perkahwinan ayah dan ummi pun sudah menginjak waktu satu tahun. Baby pun sekarang sudah tiga bulan seminggu dalam perut ummi. InsyaAllah ummi ayah akan menjaga sebaik-baiknya hingga baby lahir ke dunia ini.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan yang haq dan meraka yang berpesan-pesan dengan kesabaran. ”

March 2, 2009

Budak Comel


“Ada nampak faiha tak bang?”, tanya ummi.

“Tak de plak nampak. Kenapa?”, jawab ayah.

“Dia tak de kat sini. Tadi dia ada dengan sayang. Abang tolong carikan bang”, jelas ummi cemas.

Risau sungguh hati kami bila Faiha binti Asri tiada di depan mata. Baru sebentar tadi kelibatnya ada bersama ummi yang tidak ikut jogging bersama opah kerana bawaan baby dalam kandungan. Puas ummi ayah bersama paklong mencarinya di taman permainan yang padat dengan kanak-kanak bermain riang tetapi Faiha tidak kelihatan.

“Macam mana ni abang? Kita cuba cari kat bawah nak?”, cadang ummi setelah puas mencari.

Ayah mengiyakan sahaja kerana sudah puas kami mencari di kawasan kami berkumpul. Sahabat-sahabat semuanya sedang ber’jogging’ dan ayah baru sahaja selesai melengkapkan satu pusingan Taman Tasik Permaisuri tersebut. Cemasnya kami tidak terkata kerana ummi ditugaskan manjaga makanan dan anak-anak kecil sahabat. Sebelum itu Faiha kelihatan mengikut abangnya Muadz bermain dan tiba-tiba hilang dari pengawasan ummi kerana sibuk menjaga anak kecil yang lain.

Ummi ayah tidak putus-putus berdoa dan mencari kelibat anak comel tersebut. Berbagai-bagai tanggapan buruk terlintas di benak kami dan berharap tiada apa-apa terjadi pada Faiha dan dilindungi Allah dari sangkaan buruk kami. Semoga Faiha terselamat dari berita-berita sedih yang melanda ibu bapa yang kehilangan anak. Nauzubillah.

“Ada nampak Faiha tak?”, tanya ummi pada Aisyah yang turut serta ber’jogging’.

“Dia ada tadi dengan ummi dia. Dia nak ikut akak dengan ummi dia jogging sekali”, jawab Aisyah.

Alhamdulillah. Lega sungguh hati kami mendengarnya. Risau apa-apa yang tidak diingini terjadi pada anak kecil sahabat ummi ayah tersebut. Kami boleh bayangkan ketakutan anak tersebut sekiranya dia menangis atau dikelilingi dengan orang yang tidak dikenalinya. Kanak-kanak sekecil itu yang tidak lagi mengenal dunia yang semakin tidak berperikemanusiaan ini.

Itulah perkara cemas yang terjadi semasa rehlah kami sekeluarga di Taman Tasik Permaisuri bersama sahabat-sahabat tercinta. Sudah lama kami tidak berkumpul di sana lebih-lebih lagi ummi ayah yang sudah lama tidak pulang menjenguk opah di Cheras. Seronok rasanya dapat berjumpa kerana kasih sayang yang terjalin antara kami. Berbual-bual mesra hinggakan terlupa waktu sudah menginjak tengahari. Menjelang pulang, kami sempat bersalam-salaman tanda perpisahan kerana Allah. Sempat juga ummi mencuit pipi Faiha yang sungguh chubby dan menjadi kerisauan hati kami sebentar tadi.

Kami berharap dapat bertemu lagi dengan sahabat-sahabat yang menenangkan hati kami yang terkadang sibuk dengan urusan duniawi. Semoga ukhuwwah yang terjalin sesama kita berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Amin.