Rasa malu pula menebal dalam diri ayah untuk menceritakan perihal cinta ummi dan ayah. Bukanlah ayah tidak mahu berkongsi dengan baby tetapi kadang-kadang kita termalu sendiri dengan apa yang pernah kita lakukan dahulu. Kisah cinta ummi dan ayah tidaklah sehebat kisah cinta Laila Majnun atapun Romeo Juliet, tetapi sempat juga merasai keindahan erti cinta berlandaskan syarak.
Cinta yang sesetengahnya membenarkan dan ada pula yang menentangnya kerana tidak pasti matlamat sebenar cinta kita sesama manusia di dunia. Cinta sebelum berkahwin yang tidak kurang yang menentang dek kerana fitnah yang timbul dan kemaksiatan yang berleluasa. Lupa akan matlamat cinta sebenar untuk mendapat keredhaan dan cinta Illahi.
“Ya tuhanku, kurniakanlah kami cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. Dan amalan yang boleh mendekatkan kami kepada cintaMu”
Ayah bukanlah orang yang sesuai untuk membincangkan tentang cinta sebelum berkahwin kerana ilmu yang hanya sekangkang kera, tetapi dikurniakan sedikit pengalaman hidup yang jarang ditempuhi orang lain. InsyaAllah ayah akan berkongsi sedikit sebanyak rentetan pengalaman hidup ayah buat tatapanmu anakku sayang.
19 April 2002
Tarikh bersejarah buat ummi dimana tarikh umur ummi mencecah enam belas tahun. Dan tarikh tersebutlah titik tolak ungkapan kata cinta ayah pada ummi.
Ayah cakap ‘I Love U’ ke kat ummi?
Eh tidaklah sampai begitu kata-kata cinta pertama ayah pada ummi. Tidak semestinya kita mengucapkan lafaz ‘I Love U’ untuk mengesahkan perasaan cinta kita pada seseorang. Boleh jadi ucapan kita berlainan tetapi maksudnya lain dari yang sebenarnya. Mungkin insan tersebut tidak memahami maksud sebenar kata-kata kita tetapi yang penting kita berani menyatakan keikhlasan hati kita pada si dia.
Happy Birthday
Hanya dua perkataan yang mampu ayah sampaikan pada ummi sewaktu ingin pulang ke asrama masing-masing setelah tamat waktu kelas persediaan malam. Ayah yang sengaja menjaga kelas yang sama dengan ummi semasa prep malam di STJ (kami pengawas form 4 dikehendaki menjaga pelajar form 1), menyusun strategi untuk penyampaikan hasrat di hati ayah pada ummi.
Walaupun hanya dua patah perkataan, tetapi ia cukup untuk membuatkan ummi termalu dengan ucapan yang tidak disangka-sangka dari ayah. Bukan ummi sahaja yang malu tetapi ayah sendiri turut termalu dengan ucapan ayah sendiri. Terus kami beredar sebelum kami bertambah malu dengan diri masing-masing.
Ayah pun tidak mengerti mengapa ayah begitu berani untuk meluahkan rasa hati ayah pada ummi. Ayah ni bukanlah orang yang pandai menulis kata-kata cinta yang berbunga-bunga. Cukuplah ayat yang simple tetapi cukup bermakna buat kami berdua. Berbagai tafsiran bermain di minda ummi sejak menerima birthday wish daripada ayah.
Adakah itu ucapan yang lahir dari hati seorang sahabat?
Ataupun itu ucapan yang lahir dari kalbu seorang pencinta?
Hanya ayah dan tuhan sahaja yang tahu erti sebenar ucapan ayah pada ummi ketika itu. Biar ummi tertanya-tanya sebelum luahan sebenar isi hati ayah melalui orang ketiga iaitu paklong. Luahan yang telah ayah ceritakan dalam entri terdahulu,
10 minit.
Saje je ayah nak buat ummi tertanya-tanya maksud ucapan ayah. Biar suspen skit, baru menarik. Hehe. Ada ala-ala cerita drama Melayulah katakan. Bagus jugak strategi ayah kan. Betul tak baby? Huhu.
Simple tapi bermakna.
menyusun kata2 lebih sukar dari berkata2...hihi sweetnye la kawan2 aku nih~
ReplyDelete