Semenjak ummi pregnant, ummi tak pernah lagi berenggang dengan ayah, tetapi hari ini adalah hari yang sungguh sedih untuk ummi lalui. Ayah terpaksa pergi educational visit ke pusat serenti di Bachok. Ayah dah bertolak ke Kelantan 2.30 petang tadi dan ini bermakna ummi jua terpaksa menginap di bilik ummi di asrama.
Berat hati ini tatkala menghantar ayah di tangga CF sister. Tak sanggup ummi nak hantar ayah ke bas sebab ummi pasti yang ummi akan menitiskan air mata. Ayah dan ummi bersalaman di tangga dan ummi berjalan tanpa menoleh ke arah ayah lagi. Ummi mendaki tangga asrama satu per satu dengan linangan air mata, tambahan pula budak-budak bilik ummi semuanya tiada di bilik, jadi ummi rasa amat kesunyian. Untuk mengisi masa terluang, ummi membaca suratkhabar hari ini. Dah abis baca, rasa sedih plak dan ummi pun buka laptop kesayangan ummi ni. Ummi pun buka folder gambar ummi dan ayah, tiba-tiba perut terasa sangat lapar. Erm baby dah minta nak makan dah ni. Selepas solat asar, ummi pun menuju ke Café untuk membeli makan malam. Ummi lihat menerusi tingkap, hujan sangat lebat ketika itu dan terbit kerisauan di hati ummi kerana jalan ke café sangat licin di waktu begini. Ummi berkata dalam hati,
“Takpe Mawaddah, demi abang dan anak ini, Mawaddah kena kuatkan semangat. Jangan biarkan abang risau dengan keadaan diri ini yang tidak boleh hidup berdikari. Jangan biarkan anak dalam kandungan ini kelaparan kerna terlalu mengikut perasaan”
Ummi juga teringatkan kata-kata ayah tatkala ummi merengek kerana takut melepaskan ayah pergi ke Kelantan.
“Sayang kena kuatkan semangat, nanti bagaimana abang nak keluar berjihad kalau sayang camni”
Betul juga pesanan ayah pada ummi. Ummi harus belajar ditinggalkan supaya mudah untuk ayah keluar membuat kerja-kerja Islam. Ummi tak patut menjadi batu penghalang untuk ayah keluar berdakwah dan menuntut ilmu. Ummi harus jadi isteri yang berdikari kan.
Berbalik kepada cerita tadi, ummi redah jua hujan yang lebat itu. Berhati-hati ummi mengatur langkah supaya tak terjatuh. Terasa jauh jua berjalan ke café ni. Selama hidup serumah dengan ayah, banyak sangat ayah bantu ummi, sebab tu ummi terasa sangat bila ayah tiada disisi. Tak dinafikan ayah memang seorang yang pengemas dan pembersih. Pokoknya ayah memang ringan tulang.
Alhamdulillah, ummi selamat sampai di bilik ummi setelah meredah hujan yang lebat, lantai yang licin, jalan yang jauh dan mendaki tangga sampai ke tingkat empat. Tiba-tiba ummi teringatkan dua orang sahabat ummi yang selalu bersama ummi di kala suka dan duka. Lagipun ummi rindulah nak sembang2 dengan mak cik naddy dan makcik siti (korang bolah terima ke gelaran ni? Hehe..). Ummi pun msg la makcik naddy ajak diorang temankan ummi yang kesunyian ni.
Tengah makan2 dan sembang2 dengan diorang, opah (mak ummi) call ummi. Opah kata,
“Tadi call hafiz, dia kata dia dah kat Dungun. Hafiz suruh Ummi (Opah) call Angah sebab Hafiz kata mesti Angah tengah sedih sekarang”
Alhamdulillah, ayah sangat memahami ummi. Rupa-rupanya, ayah risaukan ummi juga,tetapi dalam masa yang sama ayah tak boleh show sangat yang ayah caring sgt2 kat ummi. Kalaulah ayah show sgt2, memang bercucuranlah air mata ummi seperti lebatnya hujan di Kuantan ni. Banjirlah Kuantan ni.
Abang, pulang cepat-cepat ye ke Kuantan, sayang dan baby menunggu kepulangan abang. Banyak sgt kesulitan yang sayang lalui dan hadapi tanpa abang di sisi dengan keadaan berbadan dua ini. Walaupun sehari, tapi sayang rasa bagai setahun. Terima kasih abang kerana banyak mendidik sayang. Doakan supaya sayang tabah dan mampu berdikari ye abang. Love you.
p/s: Abang,baby baik je sepanjang ketiadaan abang. Esok genaplah umur baby 15 minggu dalam kandungan.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
so sweet~
ReplyDeletejust as sweet as you my friend...:)
ReplyDelete