“…berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (at-Taubah: 128)
Siapakan insan mulia yang sanggup menangung segala kesusahan untuk orang lain?
Siapakan dia yang sangat menginginkan kesenangan buat orang lain yang tidak dikenalinya?
Dan siapakan orangnya yang sangat sayangkan orang bawahannya melebihi dirinya sendiri?
Dialah Rasulullah saw, kekasih yang Esa yang telah menanggung segala penat lelah dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Penat lelah yang membawa kepada tersebarnya Islam ke seluruh alam ini. Umpama keajaiban yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sebelumnya.
Ayah ingin baby tahu serba sedikit insan yang telah berdoa untuk kita sebelum kita mengenalinya di dunia ini. Manusia mulia yang sanggup menerima tanggungjawab menyebarkan khabar gembira dan peringatan buat yang beriman. Tidak pernah mengeluh apalagi meminta balasan dari manusia atas tindakannya menunjuki jalan yang benar di sisiNya.
Dialah manusia agung yang sanggup berlapar melebihi sahabat-sahabatnya ketika perang Khandak (Parit) semasa menggali parit besar di keliling kota Madinah. Sahabat yang mengikat 2 biji batu di pinggang mereka kerana laparnya tetapi tidak mampu menandingi 3 biji batu di pinggang Rasulullah yang menangung lapar tak terkira.
Sungguh hebat pengorbanan nabi kita yang terakhir terhadap kita, ummatnya yang sering melupakan sunnahnya dan ajarannya yang penuh dengan kasih sayang yang tidak terhingga. Hinggakan wafatnya dengan mengingati ummatnya.
Sayu rasanya hati jika kita tidak mampu mencapai syurga bersama nabi yang paling tinggi martabatnya di syurga. Ingin sekali rasanya ayah, ummi dan zuriat kami memperoleh syurga dijanjikan Allah pada hambaNya yang soleh.
Bagaimanakah caranya kita untuk memperoleh syurga tersebut bersama Rasulullah saw?
“Setiap manusia bersama dengan orang yang dikasihinya di syurga kelak”
InsyaAllah kita mengasihi Rasulullah dengan mengikuti Al-Quran dan sunnahnya mampu melayakkan kita ke syurganya berkat kurniaan rahmat dari yang Esa. Nanti ummi, ayah dan baby sama-sama usaha ye untuk mencapai mardatillah dan masuk ke syurga bersama-sama Rasul yang sangat mencintai kita. Amin.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
No comments:
Post a Comment