Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 7, 2009

Dapur Berasap Kembali

Sudah hampir 4 bulan lebih dapur rumah kami tak berasap...bukan saja ummi tak boleh memasak, ayah juga dilarang untuk menggoreng makanan di dalam rumah...ayah pernah cuba memasak, tapi lepas tu ummi muntah-muntah dan terus bad mood, sampai tak larat jadinya...buruk betul perangai ummi ni kan.

Selepas Opah dan Aki datang 2 minggu lepas, Opah bawa ikan perkasam dari Perak (opah pesan dari officemate dia)yang ummi idamkan sangat. Nak tak nak terpaksalah ummi benarkan Opah masak kat umah. Opah menggalakkan ummi memasak dan beri semangat kat ummi untuk memasak kembali. Yelah, makanan di luar itu belum tentu yang terbaik buat anak ummi yang `kuat makan` ni kan. Sampai turun berat badan ummi sebab baby ummi je yang makan.hehe.

Alhamdulillah, lepas Opah pulang ke KL, tiba-tiba ummi semangat nak memasak. Pantang tengok apa jenis makanan ummi nak masak kat umah. Sampai ummi pujuk ayah nak gi beli barang kat Giant nak buat spaghetti. Waktu tu dahlah ummi ayah ada exam, jadi ayah tak setuju sebab Giant tu agak jauh gak dari umah kami. Sabtu lepas, ummi ayah gi shopping barang-barang makanan. Erm best sangat,macam-macam ummi nak beli sampai ayah terpaksa control ummi. Waktu beratur nak bayar, ummi ayah main teka-teka bape nak kena bayar. Anggaran kami lebih RM 150, tapi sebenarnya RM 75 je. Bestnye dapat banyak makanan.

Sekarang ummi dah start masak balik. Waktu mula-mula start, ayah sampai tak larat nak layan ummi dah sebab lepas masak je ummi mula tak sedap badan dan bad mood dah. Sian kat ayah. Walaupun begitu ummi tetap kuatkan semangat nak memasak untuk ayah dan baby ummi ni. Masak sendiri pun, bukannya ummi selera makan sangat. Berat badan pun tak naik-naik lagi, sedangakan dah 4 bulan lebih ummi pregnant. Perut makin besar, ummi makin susut. Yang penting, ayah dan baby makan masakan ummi ye. Ayah memang suka sangat kalo ummi masak.

Jazakillah buat Opah tersayang yang menyuntik semangat pada ummi untuk memasak kembali. Betullah, bila Opah ada, ummi rasa sihat dan kuat semangat je.

p/s: baby sekarang suka tendang-tendang ummi waktu lapar atau waktu tengah malam. Ada satu malam tu ayah sampai tertidur usap perut ummi sebab nak pujuk baby berhenti tendang ummi (keesokan harinya ummi ada exam). Sakit gak kena tendang. Macam-macam ragam baby ummi ni kan.hehe.

2 comments:

  1. sem ni dapur aku berasap dua kali...cane? jual nasi ayam beijing la...untung gak

    ReplyDelete
  2. biasalah tu, org bujang...bagus gak cadangan tu...jom kita jual ns ayam beijing lagi...hehe...

    ReplyDelete