April 30, 2009
Boy or Girl?
April 25, 2009
Kami telah pulang...
April 19, 2009
My Baby is kicking in my womb...
April 17, 2009
Muzakkir Amnan...
Community Service, Sik, Kedah
Pada mulanya Hafiz agak keberatan nak join kerana research proposalnya yang tak siap lagi...Selepas memujuk untuk membantunya membuat proposal itu, Hafiz pun setuju (tapi akhirnya abang siapkan sendiri...hehe...)...Semalam Hafiz memang bersungguh-sungguh untuk menyiapkan proposalnya sampai tak ingat nak makan..Presentation untuk proposal tu pun diadakan pada pagi Ahad ini sebelum bertolak ke Sik pada sebelah petangnnya...Alhamdulillah, hebat sungguh susunan Allah...
Petang ni Mawaddah dan Hafiz akan gi shopping beli barang-barang untuk aktiviti kanak-kanak tadika...Walaupun menggunakan budget sendiri tetapi rasa lebih puas hati sebab takdelah rasa serba salah sangat waktu nak pilih barang-barang nanti...Kuasa memilih lebih la skit...Mawaddah harap program di tadika berjalan lancar...Kanak-kanak mendapat ilmu yang bermanfaat...Para fasilitator mendapat pengalaman...Semua yang terlibat mendapat pahala...Amin...
April 14, 2009
Antenatal Check-up....
- Ummi kena suntik ATT (anti tetanus toxoid)-baby ummi dah quickening (1st movement felt by mother)...Bukan setakat quickening, kicking pun dah rasa...
- Weight tak naik pun...
- Fundal Height-20 cm
- UPT-positive
- Fetal Part felt
- TCA-12th May 2009 for Ultrasound to see the position of placenta and the sex of baby
April 11, 2009
KK vs IIUM Health Centre
Sayang, walaupun berulang kali ayah memujuk ummi supaya berhenti dari menghadiri appointment di KK, ummi tetap berdegil untuk meneruskan check-up di KK...Ummi seolah-olah takut dengan mereka sebab ummi pernah diugut mereka...Setiap kali itulah hati ummi ni diguris dengan kata-kata yang tidak baik...bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang mereka buat mampu membahayakan baby ummi dan juga ummi sendiri...teringin skali ummi berkata pada mereka, "Hei,I`m also a nurse, please don`t treat me like this as if i don`t know anything that you did"...aah, tak tergamak ummi berkata begitu...andai ummi tak suka disakiti, ummi jua tak mahu menyakiti orang lain...
Dalam kekeliruan ini, ummi ayah mohon petunjuk dari Allah, yang Maha Mengetahui...Since ummi akan bersalin di private hospital (opah dan aki lah yang beria-ria nak ummi bersalin di hospital swasta), maka ummi ayah memilih untuk meneruskan check-up di IIUM Health Centre...Doktor di situ pun dah lama pujuk ummi untuk buat antenatal check-up disitu sewaktu ummi berkunjung ke sana tika kesihatan ini terganggu...perkhidmatannya juga free of charge...
p/s: tak semua orang hadapi situasi ini, tp memang inilah yang telah Allah susun untuk ummi ayah supaya kami lebih kuat, tabah dan sabar...setiap perkara yang berlaku pasti ada pro & cons...ummi ayah belajar sesuatu dari pengalaman pertama ini...pasti, kami tersangatlah fobia dgn KK...insyaAllah, yang kedua nanti, yang lebih baik dan sempurna...kami sunguh cerewet...hehe...
Akhirnya, Barakah Maternity Centre...
~ultrasound 4D~
Pakej bersalin di Barakah
PAKEJ FATIMAH (RM 1150)
4 katil sebilik (bilik berhawa dingin)
PAKEJ KHADIJAH (RM 1399)
1 katil sebilik (bilik berhawa dingin & peti sejuk)
Pakej termasuk:
~ Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan (wanita)
~ 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu.
~ Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib. (vit K, BCG, & HEP B1)
~ Pemeriksaan cTG (2 kali 10 min/sesi)
~ Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.
~ Perawatan utk ibu dan bayi.
April 7, 2009
Dapur Berasap Kembali
Selepas Opah dan Aki datang 2 minggu lepas, Opah bawa ikan perkasam dari Perak (opah pesan dari officemate dia)yang ummi idamkan sangat. Nak tak nak terpaksalah ummi benarkan Opah masak kat umah. Opah menggalakkan ummi memasak dan beri semangat kat ummi untuk memasak kembali. Yelah, makanan di luar itu belum tentu yang terbaik buat anak ummi yang `kuat makan` ni kan. Sampai turun berat badan ummi sebab baby ummi je yang makan.hehe.
Alhamdulillah, lepas Opah pulang ke KL, tiba-tiba ummi semangat nak memasak. Pantang tengok apa jenis makanan ummi nak masak kat umah. Sampai ummi pujuk ayah nak gi beli barang kat Giant nak buat spaghetti. Waktu tu dahlah ummi ayah ada exam, jadi ayah tak setuju sebab Giant tu agak jauh gak dari umah kami. Sabtu lepas, ummi ayah gi shopping barang-barang makanan. Erm best sangat,macam-macam ummi nak beli sampai ayah terpaksa control ummi. Waktu beratur nak bayar, ummi ayah main teka-teka bape nak kena bayar. Anggaran kami lebih RM 150, tapi sebenarnya RM 75 je. Bestnye dapat banyak makanan.
Sekarang ummi dah start masak balik. Waktu mula-mula start, ayah sampai tak larat nak layan ummi dah sebab lepas masak je ummi mula tak sedap badan dan bad mood dah. Sian kat ayah. Walaupun begitu ummi tetap kuatkan semangat nak memasak untuk ayah dan baby ummi ni. Masak sendiri pun, bukannya ummi selera makan sangat. Berat badan pun tak naik-naik lagi, sedangakan dah 4 bulan lebih ummi pregnant. Perut makin besar, ummi makin susut. Yang penting, ayah dan baby makan masakan ummi ye. Ayah memang suka sangat kalo ummi masak.
Jazakillah buat Opah tersayang yang menyuntik semangat pada ummi untuk memasak kembali. Betullah, bila Opah ada, ummi rasa sihat dan kuat semangat je.
p/s: baby sekarang suka tendang-tendang ummi waktu lapar atau waktu tengah malam. Ada satu malam tu ayah sampai tertidur usap perut ummi sebab nak pujuk baby berhenti tendang ummi (keesokan harinya ummi ada exam). Sakit gak kena tendang. Macam-macam ragam baby ummi ni kan.hehe.
Happy 25th & 24th Anniversary
Nape ye ummi kena wish 24th and 25th anniversary?
Opah, aki, atuk dan nenek punya tarikh perkahwinan yang sama iaitu 7 April. Opah Aki (parents ummi) kahwin setahun awal dari Atuk Nenek (parents ayah). Secara kebetulan plak besan punya tarikh wedding yang sama. Waktu ummi tahu dulu pun rasa terkejut gak.
Semalam ummi call opah dan aki waktu lepas maghrib sebab nak wish awal la kononnya. Ummi tanya buat apa anniversary ni? Tak gi candlelight dinner ke? Ummi main-main je dengan opah aki, rupa-rupanya memang diorang tengah bersiap nak keluar dinner berdua. Tak dapatlah ummi cakap lama-lama dengan opah sebab opah kata nak kuar jap.He he he. Opah dan aki ni memang macam orang muda,semakin tua semakin romantik sebab tu ummi tak segan nak manja-manja dengan ayah depan diorang.
Ummi juga tak lupa pada Atuk dan Nenek, dah ingatkan ayah supaya SMS atau call Atuk dan Nenek sebab ummi nampak ayah busy study je. Ummi bukan tak bleh call tapi Atuk dan Nenek agak segan dan pemalu dengan ummi kalo bab-bab ni.hehehe. Aki biasanya akan wish Atuk dan Nenek melalui SMS. Aki ni excited sangat sebab besannya sama wedding anniversary.
Ummi dan ayah doakan agar Opah Aki dan Atuk Nenek semakin bahagia hidup bersama (mestilah bahagiakan kalo tak, takkan lah sampai jubli perak hidup bersama). Semoga anak-anak kalian yang dibesarkan dan didik dengan kasih sayang ini tidak akan melupakan kalian dalam doa mereka setiap hari. Baby dalam perut ini juga rindukan kalian semua.
Ummi , Ayah & Baby love you all so much
OSCE
Ummi gembira sebab exam OSCE ni memang exam yang ummi sangat takut nak hadapinya. Nak tercabut jantung ummi bila menunggu di “quarantine room”. Semalam ummi second group.
Ummi menyesal sebab tak study awal-awal. Pagi tu baru nak minta makcik Naddy ajarkan MSE (Mental State Examination) since ummi tak posting psychiatric ward lagi, jadi kurangla pengalaman berdepan dengan patient yang ada mental problem ni. Lagi ummi gelabah bila terlupa nak study on how to don OT gown and gloves. Jazakillah banyak-banyak pada kawan-kawan yang membantu.
Ummi malu nak jumpa dengan lecturer yang jaga station 3 sebab ummi buat benda mengarut yang tak menjawab soalan.
Station 1
Ummi kena pakai OT gown and don gloves while maintaining aseptic technique. Alhamdulillah, ummi boleh buat since baru je revise dgn mak cik naddy pagi tu. Kurang rasa nervous sebab ada lecturer muda yang membantu.
Station 2
Ummi buat tracheostomy suctioning. Waktu ni rasa yakin sebab ummi baru je posting kat ward ENT dan secara kebetulannya, lecturer ummi (Sr, Hazariah) juga posting kat ward tu. Jadi, Sr. Haza banyak ajar tracheostomy care kat ummi. Dekat ward ENT tu, memang ada sorang patient tu required tracheo. suctioning prn. Terima kasih pada Sr. Haza yang banyak mengajar ummi. Ummi banyak belajar dari pengalaman berharga sewaktu posting kat ward.
Station 3
Case yang diberi, patient admitted to Emergency Department, unconscious and apnoeic. Ummi kena insert oro-pharyngeal airway and resuscitate patient. Yang ni memang HANCUR. Ummi buat head-tilt-chin lift but I did not remove the pillow. Memang buat kesilapan besar. Ummi doa, ummi pass je. Lepas ni kena improve lagi. Jangan nervous sangat sebab benda yang emergency ni, memang kena cepat, tapi tak bleh gelabah. Ummi malu dengan Sr. Sanisah yang evaluate ummi. Rasa tak nak jumpa je dgn dia dah. Kenalah menyorokkan diri lps ni. Maluuuuuuuuuuuu sgt.
Station 4
Break
Station 5
Ummi buat MSE (Mental State Examination) for patient who has been diagnosed with dementia. Alhamdulillah ingat lagi yang mak cik naddy ajar ummi. Prof Maung pun baik je dan ummi rasa sangat tenang ketika ini.
Station 6
Eye swabbing and instillation of eye drop. Nervous juga, tapi bila dah buat baru rasa yakin skit. Waktu posting Eye Clinic pun Dr. Khairizan ada ajar.
p/s: ni mungkin OSCE yang terakhir buat ummi (yang akan datang adalah OSCE untuk Nursing Board Exam), jadi ummi pasti rindu nak menghadapi situasi yang mampu membuatkan jantung ummi rasa nak tercabut. Apa-apa pun, bnyk sangat pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Yang pahit pun ummi tersengih sorang-sorang bila mengenangkannya. Ummi rasa, banyak kesilapan yang ummi lakukan dalam OSCE adalah kerana kelemahan dan kesilapan ummi sendiri. Siapalah ummi ini (yang malas study kan)???
April 6, 2009
Tag By Suffyanrazzaq
Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Mula-mula tu rasa malas sangat nak berblog. Maklumlah orang sibuklah katakan. (sibuk ke? ke buat2 sibuk...tak tahulah). Sekarang ni minat berblog tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Lagipun kat rumah tak de internet. Jadi masa untuk berblog tu agak terhad. Berkat sokongan dan galakan kawan-kawan, maka terlahirlah blog buatmuanakku untuk tatapan baby bila dah besar nanti.
Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
Blog yang selalu di'skodeng' ada banyak. Tak larat nak senarailah. Antaranya yang ada dalam senarai my friends blog ni.
Anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
InsyaAllah dah ada dah. Dan sudah semestinya my lovely darling, Mawaddah.
Taken or single?
Rasanya....hehe...
Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
Alhamdulillah, semua cinta terbalas....sebab isteri sayalah cinta pertama saya. Tak pernah bercinta sebelum tu sebab 'innocent'...hehe...Sekarang ni tak tahulah sama ada cinta pada yang Esa terbalas ataupun tidak. Doa sangat-sangat. Allahumma inna nasaluka hubbaka.
Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5.
Tak ada dah ciri-ciri idaman 'girlfriend'. Semuanya sudah menjadi isteri tersayang.
Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
Mulanya rancang untuk berkahwin masa umur 20 tahun. Tetapi perancangan Allah jua yang terbaik mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.
Nak berapa anak?
Kalau ikut kehendak saya, ingin 7 orang anak soleh. Kalau ikut isteri, ingin 4 atau 5 orang. Terserah pada rezeki. Hanya Allah yang tahu kemampuan kami yang sebenarnya.
5 orang bertuah yang anda ingin tag
Seganlah nak tag orang. Sendiri pun tak tahu maksud tag. Hehe.
April 5, 2009
The Third Grandparents
“Waalaikumussalam. Ya pakcik. Saya ada kat rumah. Kenapa pakcik?”
“Pakcik hajat nak datang ziarah. Boleh ke?”
“InsyaAllah boleh. Pakcik nak datang bila?”
“Pakcik nak datang kejap lagi. Janganlah susah-susah masak. Pakcik kesian ada orang sakit kat rumah tu.”
Panggilan yang tidak disangka-sangka dari pakcik Nordin yang sangat rapat dengan ummi ayah di Kuantan. Sahabat opah aki yang menggelarkan kami sebagai anak mereka dan baby sebagai cucu mereka sendiri. Bertuah sungguh baby ada aki dan wan yang ketiga selain opah, aki, atuk dan nenek. Sehingga mereka sendiri berangan-angan dengan panggilan masing-masing sebelum baby dilahirkan lagi.
Orang sakit di rumah ni sudah tentulah ummi yang tidak boleh bau masakan di rumah sendiri. Tidak boleh memasak ataupun ayah sendiri yang masak. Nanti muntah jadinya. Yang susah ayah juga. Bak kata orang, itulah nikmat orang mengandung. Kalau tiada alahan, tidaklah thrill nak menghadap ibu mengandung ni. Hehe.
Aki Nordin sekeluarga tiba dalam jam 7 malam membawa bersama buah tangan sebagai juadah kami especially ibu mengandung di rumah ini. Hajat mereka untuk ziarah yang tidak kesampaian sebelum ini termakbul jua walaupun dalam waktu yang singkat tetapi bermakna. Aki Nordin dan wan Shabatun yang ummi ayah anggap sebagai ibu bapa sendiri banyak mengubat rindu kami pada atuk, nenek, opah dan aki. Rasa bersemangat semula untuk menghadapi peperiksaan yang amat meletihkan.
Banyak perkara yang kami bualkan bersama termasuklah perancangan masa depan, perkongsian pengalaman dan cerita-cerita lucu antara kami. Perbualan yang diselang-seli dengan gelak ketawa menambah kemesraan antara kami dan grandparents baby yang ketiga. Teringat kata-kata aki Nordin yang menyokong pointer ayah yang tidak seberapa ini. Buat pengetahuan baby, pointer ayah ni ‘cukup-cukup makan’ je. Tidaklah seperti ummi yang menjadi antara top student. Hehe.
“Kalau dah kahwin ini, pointer kena ambil yang average. Kena campur yang Hafiz dan Mawaddah punya baru ambil yang average. Sebab Hafiz dah jadi driver hantar Mawaddah pegi kelas, exam semua. Jadi barulah boleh tahu pencapaian sebenar”, aki Nordin berjenaka.
Yes. Ayah setuju sangat dengan kata-kata aki Nordin tu. Barulah adilkan baby. Biarlah ayah yang kurang sikit dalam pelajaran tapi ayah support ummi untuk berjaya. Di sebalik kejayaan seorang wanita itu, ada lelaki di belakangnya. Betul tak? Hehe. Ummi jangan marah, nanti cepat tua.
Makcik Asiah (anak aki Nordin) berangan-angan sekiranya baby ini lelaki,
“Nanti bertambahlah seorang lagi lelaki dalam keluarga kita jadi tiga orang”
Dua lelaki dalam keluarga makcik Asiah, Salman dan Amin akan bertambah seorang lagi kalau baby yang lahir kelak juga lelaki. Ummi ayah mulanya tidak faham apa yang ingin disampaikan makcik Asiah tetapi bila difikirkan semula barulah kami mengerti. Rupa-rupanya keluarga aki Nordin sudah menganggap ummi ayah sebagai keluarga mereka. Maka baby pun akan menjadi cucu meraka nanti.
Tidak sabar sungguh mereka ingin melihat baby lahir di dunia nanti. Sudah ada gelaran aki Nordin dan wan Shabatun yang mereka angankan sendiri. Lucu sungguh memikirkan keluarga aki Nordin ini. Hehe.
Terima kasih yang tidak terhingga buat aki Nordin sekeluarga yang sanggup menziarahi teratak kami yang tidak seberapa ini. Terima kasih jua atas nasihat wan Shabatun pada ummi ayah sebagai bekal dalam kehidupan yang mendatang. Terubat rindu pada keluarga dengan ziarah mesra aki Nordin sekeluarga.
Jazakumullahu khairan kasira.
April 2, 2009
Peha Fifi terkoyak...

"Angah tak sihat ke"
"Eh, angah ok je la ummi"
Erm opah risau kalo ummi ni tak sihat. Opah menyampaikan berita yang agak merisaukan ummi. Nak gelak pun ada. Cite ni tentang kucing gemuk kami yang bernama fifi. Opah cakap,
"Angah, peha fifi terkoyak, kena jahit"
"Camne bleh terkoyak ummi?"
"Ummi pun tak tau. Fifi main-main dgn Tiger (baby kucing) kat balcony, Tiger ada kat umah tapi fifi yang hilang"
"Kebetulan semalam abah penat, jadi abah tak gi keje. Abah nampak tiger dok intai2 dari balcony. Rupa-rupanya, fifi balik dengan badan yang kotor"
"Abah pun mandikan dia. ternampaklah pehanya yang terkoyak itu. Malam tu bw jumpa Dr Kok (vet kucing2 kami), dan kenalah jahit"
"Mesti mahal kan?"
"Ummi kena RM 200"
Opah cite, fifi terbaring atas katil opah dengan kaki yang berbalut. Tido dengan opah la. Ummi rasa sian pun ada, lawak pun ye. Mana taknye, fifi ni walaupun gemuk, tp aktif. Bila dah sakit ni, pastilah manja sangat dengan opah dan aki. Alamatnya lepas ni, aki terpaksalah kurung diorang dalam rumah je. Tulah fifi, buat hal lagi.
April 1, 2009
Trauma, Emergency & OT
- Tomorrow, i will have Trauma, Emergency & OT final exam paper.
- Hopefully, i can finish revising everything by this evening and at night, i want to sleep early.
- Study Smart Mawaddah!!!
- The future depends on what you do in the present.
- After putting on effort, leave it to Allah and tawakkal (my husband`s fav word).
Keluarga Bahagia
Along & Adik
Sekarang nak cite pasal adik@baihaqi plak. Adik masih belajar di SMIK, form 4. Pak lawak dalam family kami, tp seorang pemimpin kat sekolah. Adik ngan along memang kelakar sbb mereka rapat walaupun jarak umur mereka 8 tahun.Kalo kat umah, dua-dua pun cam budak kecik. main wrestling la. Apa along ada, adik mesti nak sama. along bnyk gk mencorakkan adik. Adik selalo bodek along.hehe.Dulu, adik ni inferior nak jadi imam kat umah,tp semenjak jadi pemimpin ni volunteer nak jadi imam plak.Baguslah adik angah ni.Adik banyak menceriakan suasana. Walaupun adik ni kelakar, tapi pemikirannya sungguh matang especially bab kahwin.hehe.
Dua orang hero kami ni memang mempunyai suara yang sedap bila bernasyid dan mengaji AQ.Memang tak dapat dinafikanlah. Hehe.kalo along dan adik baca blog ni, mesti kembang kan sbb angah slalo kata suara korang tak sedap.saje je sakitkan hati korang.hehe.
p/s: setakat ini dahulu mawaddah ceritakan tentang family mawaddah.kebahagiaan ini membuatkan mawaddah sentiasa ingin berada di rumah kerna,