Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 19, 2009

Saat yang ditunggu-tunggu

Cahaya mata….

Itulah perkara yang ummi ayah tunggu-tunggukan selama ini. Lumrah setiap pasangan di dunia menginginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Tidak terkecualilah ummi dan ayah. Walaupun selama ini ummi ayah merancang keluarga disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan atas nasihat opah, tetapi naluri seorang ayah dan ibu itu tetap ada dalam sanubari ummi ayah.

Alhamdulillah, Allah adalah sebaik-baik Perancang dan sebaik-baik Pembuat keputusan. Sekarang ummi ayah rasa bahagia sangat dengan kehadiran baby. Segala yang ummi ayah rancangkan dimakbulkan Allah. Selama setahun ummi ayah merancang untuk tidak mempunyai anak, dan bila tiba masanya ummi ayah memperoleh apa yang kami harapkan.

Banyak cerita sebenarnya yang ummi ayah nak cerita kat baby sebelum kehadiran baby tetapi InsyaAllah ada banyak lagi masa yang kami ada untuk bercerita dgn baby walaupun baby kecik sangat lagi sekarang ini (11 minggu kandungan).

Pernah semasa waktu kami merancang untuk kehamilan, ummi dan ayah tersalah pengiraan dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindari kehamilan. Hanya Allah yang tahu perasaan kami pada waktu itu. Walaupun ummi tidak kisah kalau disahkan hamil, tetapi ayah masih rasakan kami tidak lagi bersedia untuk menimang cahaya mata.

Takut….

Itulah perasaan ayah pada masa itu. Bukan takut tidak cukup rezeki untuk mempunyai anak kecil. Bukan juga takut untuk membahagikan masa antara belajar dengan anak. Tidak juga takut dengan apa yang orang lain akan katakan kalau ummi mengandung waktu belajar. Tapi ayah takut sangat kami tidak mampu hendak berikan yang terbaik untuk baby. Masa yang secukupnya, perhatian yang tidak berbelah bagi dan yang paling penting tarbiyyah (didikan) yang sempurna untuk baby. Moga baby tidak akan persoalkan ummi ayah, hak baby di hadapan Allah kelak. InsyaAllah.

Walaupun rasa takut menghantui ummi ayah, (sebenarnya ayah yang lebih takut) tetapi kami berserah segala ketentuan hanya padaNya. Kalau ditakdirkan ummi hamil, ayah akan menjadi orang yang paling gembira masa tu walaupun takut sebelumnya. Apapun takdir buat kami, ummi ayah akan laksanakan sepenuhnya dengan penuh keredhaan. Ummi ayah sentiasa berdoa semoga Allah kurniakan ketetapan yang terbaik untuk kami. Hadirkan kami takdir yang mampu kami hadapi dan tanggung sebaik-baiknya.

Benarlah segala janji Allah di dalam kitabNya.

“Allah tidak akan memberatkan manusia dengan apa yang tidak mampu ditanggungnya” (al-Baqarah:286)

Allah tahu apa yang terbaik untuk ummi ayah masa itu. Takdir untuk tidak hamil bagi ummilah yang terbaik buat kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-hambaNya.

“Mintalah padaKu, nescaya Aku akan makbulkan” (al-Mukmin, ayat 60).

Bukanlah ayah tidak mahu kehadiran seorang baby pada waktu itu, tetapi hanya Allah tahu kemampuan kami pada waktu itu. Semoga Allah beri sesuatu sesuai dengan kemampuan ummi ayah. Itulah doa kami sekiranya sesuatu terjadi di luar perancangan kami.

Walaupun perkara ini (kesilapan pengiraan) sudah berlaku banyak kali (3 kali sebenarnya) dalam tempoh setahun kami mendirikan rumah tangga tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami dan yang paling penting yang terbaik buatmu anakku. Bukanlah ummi ayah hendak mengatakan doa kami sentiasa makbul, tetapi mungkin berkat kami patuh nasihat opah dan nenek untuk tidak hamil dalam waktu terdekat, Allah berikan kami apa yang sesuai dengan perancangan kami.

“Sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapamu”

Ummi ayah ini bukanlah seorang yang wara’ dalam beragama tetapi InsyaAllah kami dalam proses untuk meningkatkan diri ke arah mencapai redha Allah. Hanya Allah yang tahu perkara yang tersirat di sebalik ketentuanNya atas kami.

Doakan ummi ayah dapat berikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas khalifah dan hamba di atas muka bumi ini….

Semoga baby menjadi seorang yang soleh, musleh dan mujahid….

No comments:

Post a Comment