Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

June 23, 2011

CD Babyland: Tempahan ditutup

Assalamualaikum,

Secara rasminya, tempahan CD Babyland telah ditutup.  Mawaddah minta maaf sangat pada ibu-ibu yang tidak berkesempatan kali ini (Julai nanti boleh beli lagi ye).  Tak menang tangan Mawaddah dibuatnya. hehe.  Serius, rasa sangat tak bersedia, sekali bila kena serbu kelam kabut Mawaddah.  Dulu ummi dah cakap, `angah tak nak jual CD ke?`....Mawaddah kata dengan ummi, `Tak sampai hati lah ummi.  Kalau jual murah bolehlah`.  Bila sudah macam ni, ummi cakap balik, `Tu lah, dari dulu ummi dah suruh jual CD.` .hihi...Mawaddah mampu tersengih je....Alhamdulillah, anakanda Uwais sangat memahami umminya yang workaholic ni.

Mawaddah sungguh gembira, ramai ibu-ibu muda yang berazam serta berhasrat memakaikan CD untuk anak-anak.  Bukan kerana mengikut trend, tapi atas kesederan memelihara bumi yang semakin tua ini selain dari penjimatan yang berganda.  Jika dahulu, ibu-ibu kita memakaikan kita lampin biasa.  Mereka bisa aja memberus lampin anak-anak.  Masakan kita tidak dapat melakukan sebegitu dengan kemudahan yang ada.  Mesin basuh automatik dan kain lampin yang moden.

Alhamdulillah, banyak misi yang tercapai kali ini.  Mawaddah tak kisah andai ada yang bertanya, tapi tidak membeli. Itulah misi Mawaddah, mendekati para ibu-ibu di luar sana terutamanya rakan-rakan yang hampir sebaya.  Ya, bukan mudah untuk mengambil keputusan tentang CD ni.  Satu masa dulu, mawaddah juga ragu-ragu dengan diri sendiri.  Rasa tak yakin dengan diri sendiri.  Duit yang hendak dilabur bukan sedikit, jadi perlukan keazaman yang tinggi.  Rasanya, tidak semudah membuat keputusan untuk BF baby.

InsyaAllah, julai nanti U KIDS MART akan sediakan ready stock yang secukupnya untuk para ibu di luar sana.  Doakan agar segalanya dipermudahkan.  InsyaAllah, bagi yang dah tahu harga, mawaddah akan kekalkan harga itu.  Bagi yang tidak tahu, mawaddah tak boleh reveal di sini atau secara terbuka (maaf ye).  Mawaddah sekadar ingin membantu, terutamanya ibu-ibu yang baru hendak mula.  Itu niat asal mawaddah dan hafiz.

Ok, ibu-ibu semua.  Mawaddah perlukan rehat sekarang.  Penat sungguh rasanya 2-3 hari ini.  Macam mana awal tahun depan bila dah mula bekerja nanti. huhu.

Erm sebelum terlupa, ada iklan sedikit ni...Jemputlah ziarah blog shop ummi mawaddah U Moms` Mart (klik di sini).  Ada banyak Patchwork and Quilted Bedspreads (Abstract & Floral Designs) dan Bedskirts Set (belum upload lagi rasanya).  Comforter Set pun ada. Semua 100% cotton dan 200++ threadcounts ye.  Apa yang menariknya, FREE Poslaju.  Jika berminat, SMS/call Ummi Mawaddah 019-6436106 atau email asi862@yahoo.co.uk / umomsmart@gmail.com.

U Moms` Mart (Klik di sini)

June 21, 2011

CD Babyland: Order Masih dibuka..Final call !!!

Assalamualaikum,

Di saat-saat akhir ini, Mawaddah masih buka lagi order kepada ibu-ibu yang nak order CD Babyland (klik sini) sebelum pihak supplier courier pada Mawaddah.  Tak sampai hati pula bila ibu-ibu kata mereka sudah terlewat atau tertinggal keretapi...huhu...Mawaddah faham perasaan kalian semua.  Ramai juga yang nak tunggu gaji hari khamis ni kan, 23 Jun..

Jadi, sesiapa yang masih nak order, boleh order dulu sekarang.  Email sesegera yang mungkin corak yang anda inginkan dan untuk pertanyaan harga ke ukidsmart@gmail.com atau SMS 013-6329304 .  Harga untuk plain dan printed, sama.  Bila dapat gaji hari khamis ini, baru bayar pada Mawaddah tau.  Mohon kerjasama ye submit order dulu supaya CD ni sampai pada kita semua minggu ni juga...

~Order akan ditutup hari ini, 22 Jun, pukul 6 petang ye~

Senarai Tempahan
  1. Balqis - 10
  2. M -12
  3. Waniey - 5
  4. Asma` - 5
  5. IkeIke - 2
  6. Ain - 5
  7. Ukhti Aqeelah - 10
  8. Siti Hajar -1
  9. Fatimah Az-zahrah - 12
  10. Tina - 5
  11. Khadeejah - 5

June 18, 2011

Tempahan di buka untuk Cloth Diaper Babyland

Assalamualaikum,
Mawaddah nak buka tawaran ni pada sesiapa yang berminat nak beli cloth diaper jenama Babyland.   Mawaddah nak beli untuk beberapa orang (termasuk untuk kegunaan sendiri & anak-anak susuanku, Mus`ab & Tholhah).  Kalau ramai yang nak beli, lagi mudah, lagi murah.  Mawaddah nak jual pada harga yang mampu milik je ni.  Alang-alang nak tempah banyak, Mawaddah buka tempahan untuk sesiapa yang berminat ye…

Jika berminat, boleh email Mawaddah untuk tahu harga , ukidsmart@gmail.com...

Tempahan terakhir yang akan diterima adalah pada hari Isnin, 20 Jun.  

June 14, 2011

Cloth Diaper: Ketahanan dan Pengurusannya


Assalamualaikum,

Mawaddah ingin menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Tetamu.  Maaf ye kalau ada kekurangan sewaktu perkongsian nanti kerana Mawaddah baru ada pengalaman selama 9 bulan sahaja.  Cuba untuk jawab sebaik yang mungkin.

# Soalan 1: Ketahanan CD ni, mengikut jenama jgk ke?
Semestinya, `price do the talking` kan. Memang banyak jenama dari luar negara yang mahal-mahal.  Tidak dinafikan, pasti ada perbezaannya.  Namun, jika ada yang murah lagi berkualiti, mengapa harus kita membelanjakan sebegitu banyak wang, sedangkan `it serves the same function`.  Mawaddah sendiri guna jenama yang biasa tetapi punya fungsi yang tip top.  Mawaddah tak kisah dan Uwais pun ok.  Susah nak bocor dan tiada ruam.  Yang penting Uwais selesa.  Tapi, ada juga dalam perancangan untuk tambah yang branded punya.  hehe.
Ada cara juga untuk meningkatkan ketahanan CD seperti sentiasa basuh guna laundry bag dan guna sabun basuh yang sesuai.  Atupun tambah jumlah CD.  Rasionalnya, bila CD banyak, kurang dari segi basuhan dan boleh tahan lebih lama.

# Soalan 2:  Senang ke nak guna CD kalo anak tinggal di nursery?
Maaf, yang ni Mawaddah memang tiada pengalaman kerana Mawaddah work-at-home mom.  Tapi Mawaddah pernah terbaca blog ibu-ibu yang bekerja bagaimana mereka menguruskan CD.  Nampaknya, tidak susah sebab pengasuh hanya diminta untuk buangkan najis sahaja dan letakkan CD ke dalam wet bag atau plastik yang disediakan ibu.  Ibu akan uruskan CD di rumah sendiri.  Bezanya di sini, selain dari buang ke dalam tong sampah terus, ianya di buang najis dan dimasukkan dalam wetbag.  Senang bukan?

# Soalan 3:  Tak menyusahkan orang nursery ke?
Rasanya dah terjawab dalam soalan kedua.hehe. Memang ibu kena jihad sikit lah bila anak pakai CD.  Tambahan pula untuk meyakinkan pihak nursery kan.  InsyaAllah, jika diberi penerangan dengan baik, pihak nursery akan faham dan beri kerjasama...

Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Happy Cloth Diapering!!!

June 13, 2011

Memori Indah bersama Baju Hijau

Assalamualaikum,

Mawaddah terpanggil untuk menceritakan kisah baju hijau kerana mendapat perhatian ana liyana...Terima kasih ana liyana kerana selama ini Mawaddah dan Hafiz sendiri tidak perasan tentang perkara ini.  Kebetulan yang tidak dirancang.  


Baju ini sebenarnya Mawaddah beli di Kuantan Parade, sewaktu baru walimah dengan Hafiz.  Tak tahu la kenapa beli baju hijau ini, tapi yang pastinya sebab waktu itu kami sekeluarga merancang untuk `familymoon` di Cameron Highlands selepas Majlis Walimah kami nanti. Buktinya, gambar di bawah ini.  Bila Uwais dah besar nanti, mesti gelak kalau tengok gambar ni kan.  Malunya.. Macam budak-budak sekolah je rasanya.
Sewaktu `familymoon`, tahun 2007, tahun ke-2 di UIA, umur 21 tahun..Patut nampak muda remaja..hehe...

Sebenarnya, untuk setiap kelahiran anak-anak, Mawaddah dan Hafiz memang merancang secara teliti untuk banyak perkara.  Boleh kata, kami siapkan checklist untuk keperluan.  Siap sekali bila nak aqiqah, tahnik, menamakan anak-anak, tentang BF, room in dan sebagainya.  Termasuklah nak pakai baju apa nanti waktu discharge.  Mawaddah memang akan siapkan khas baju untuk Mawaddah dan Hafiz pakai di hospital termasuklah baju untuk discharge.  Dan kami memang tak perasan langsung bahwa baju ini menjadi pilihan untuk kedua-kedua kelahiran mujahid sulung dan mujahid kedua kami, sehinggalah ana liyana beritahu.

Ayah dan `Ukasyah...Miss you my lil baby...

Saat-saat bahagia menerima kehadiran mujahid sulung, `Ukasyah...Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam...

Ayah dan Uwais al-Qarni...Pengubat rindu...

Sekali lagi, Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam...
Saat-saat yang membuatkan hati ini sebab tatkala mengigatkan bahwa Allah masih beri peluang buat Mawaddah dan Hafiz untuk menjadi ibu dan bapa buat kali kedua..Kehadirannya setahun 2 minggu selepas kelahiran `Ukasyah...Kelahiran yang dinantikan...


Itulah kebetulan yang tidak dirancang.  Cantiknya susunan Allah.  Seringkali Mawaddah cakap dengan Hafiz bahwa Mawaddah menginginkan setiap kelahiran anak-anak kami disambut secara istimewa, terancang.  Baik yang sulung, kedua dan seterusnya.  Semuanya Mawaddah inginkan yang terbaik.  Ingin mereka merasakan bahwa mereka semua no 1 di hati ummi ayah dalam segala aspek. hehe..  Yang ketiga nanti, nampaknya kenalah pakai uniform macam ni jugak ye...

Ring Sling vs Pouch Sling


Mawaddah suka sangat tengok potret di atas.  Dirakam sewaktu jaulah bersama keluarga tercinta di Cameron Highlands bersempena dengan meraikan kehadiran pengantin baru, along dan kak ijah.  Pouch sling yang Balqis pakai tu yang Mawaddah jahit sendiri sewaktu sarat mengandung Uwais. Yang Mawaddah pakai tu, beli di littlewhizz, jenama MummyHugs.  Model-model kecil yang dalam kendongan itu, pastilah Uwais al-Qarni dan Tholhah yang lena sangat tidur sebab cuaca yang sejuk.  Maka, seronoklah Mawaddah dan Balqis makan dan bergambar sakan.hehe..

Acute Knee Injury

Assalamualaikum Uwais sayang,

Jazakallah anakku, kerana memahami keadaan ummi sekarang.  Allah izin ummi cedera di lutut sewaktu beriadah.  Ummi rasa ummi kena  `grade-two sprains` (partially tear the fibers, but the ligament remains intact).  Atau `grade-one sprains` je. hehe. Dulu ummi pernah alami dah sewaktu aktif bersukan di zaman sekolah.  Kaki yang sama, iaitu sebelah kiri.  Sakitnya hanya Allah yang tahu. Walaupun begitu, ummi masih boleh berjalan.  Cume tak boleh bengkokkan kaki, `localized pain to both sides of knee` dan kesakitan yang bertambah bila mendukungmu.  Ummi berdoa agar Allah beri kesembuhan pada ummi.  Kekuatan juga untuk menjagamu yang kurang sihat.  Hari ini Uwais banyak habiskan masa dengan ayah.  Ayah uruskan dia A to Z. Esok, ayah kerja, ummi pula kenalah bandage kaki atau pakai knee guard untuk beri sokongan pada kaki yang cedera.

Uwais mujahid kedua ummi dan ayah, Allah uji ummi untuk hapuskan dosa-dosa ummi dan beri pahala untuk ummi jika ummi bersabar..  Uwais pun sama juga.  Allah beri demam, selsema dan batuk pada Uwais, tetapi selepas itu muncul nikmat yang lain.  Alhamdulillah, tumbuh lagi dua batang gigi atas.  Jadi sekarang ini, Uwais sudah ada 4 batang gigi.  Uwais, itulah rahmat di sebalik ujian.  Yang penting, sabar, sabar dan sabar. Dan jangan lupa mensyukuri bila kita ditimpa ujian kerna pasti ada rahmat dan hikmah disebaliknya.

June 9, 2011

Izinkan Diriku Merindui `Ukasyah

Assalamualaikum,

Ummi masih tidak tidur lagi kerana menemani ayah menyiapkan case study..Uwais? Alhamdulillah sudah tidur lena...Mujahid kedua ini tidak bisa tidur lewat...hehe..

Tiba-tiba ummi rasa rindu yang teramat sangat akan mujahid sulung ummi ayah, `Ukasyah...Rindunyeeeee...Yang melauinya je merasainya...yang merasainya, memahaminya...Bukan mudah untuk ummi ayah melalui dan menghadapi ujian sebegini...Menangis dalam hati...Sukar sekali menepis kerinduan yang sering bertamu di hati ini...`Ukasyah anak sulung ummi ayah...Harapan, buah hati dan amanah Allah yang pertama buat ummi ayah...

Hanya pada Allah ummi ayah berharap dan berdoa  agar disatukan kembali kami sekeluarga di `Jannah` yang kekal abadi...Dunia ini hanya persinggahan...

Kawan-kawan sekalian, izinkan ummi merindui `Ukasyah ye...

p/s: Ummi sedih sangat bila terfikirkan `Ukasyah...Ummi rapat sangat dengan `Ukasyah sebab `Ukasyah fully BF dengan ummi...Jarang ummi hantar `Ukasyah kat nursery sebab ummi buat research je waktu final year...Dekat nursery pun minum EBM yang ummi bekalkan....Allah izin `Ukasyah meninggal pun dengan EBM yang penuh dalam lungs `Ukasyah...Ummi ingat lagi, waktu ummi buat CPR memang tak boleh nak buat apa-apa dah...Bila nak blow, EBM yang keluar...Ummi takut dengan hakikat itu...Bila Dr cakap `Ukasyah dah tiada, `Ummi dengan ayah jumpa `Ukasyah..Cium `Ukasyah...Ummi cakap dengan `Ukasyah. "ummi redha `Ukasyah pergi..ummi halalkan susu ummi semua..`Ukasyah tiada dosa dengan ummi ayah". Dah dah, ummi tak mahu cerita lagi..Nak nangissssss...


June 6, 2011

Uwais Demam & Ayah On-call


Ummi pun rasa nak menangis sekali dengan Uwais....Balik bercuti, Allah izin, mujahid kecil ini demam...Bila demam, manja sangat dengan ayahnya...Tapi hari ini ayah on-call...Lepas Maghrib tadi Uwais sudah mula merengek sebut dan panggil ayah...Ummi pesan kat Uwais, `Sekejap lagi ayah balik ye..11.30 ayah sampailah rumah ye...Ni Allah beri ujian sikit pada Uwais...Kalau Uwais sabar, besar pahala tau`...Dalam dok cakap tu, mata duk jeling jam....Waaaa, 3 jam lagi baru ayah balik...Kena lah ummi pujuk Uwais...

Mohon kalian semua doakan Uwais diberikan kesihatan yang baik...Walaupun demam, Uwais masih aktif, masih kuat BF, masih selera makan dan masih nyenyak tidur...Cumanya, ana kecil ini tiada mood dan merengek sedikit mahukan ayah...

June 1, 2011

OFF to Perak-Penang-Kedah for a Vacation

InsyaAllah kami bertiga akan bertolak lepas ayah habis kerja petang ni..Doakan kami semua selamat sampai ye...

Uwais al-Qarni @ 8 bulan

MasyaAllah, lama sungguh Ummi menyepi ye dari menulis di blog anak-anak…Barangkali kerana sibuk dengan walimah Pak Long, bercuti di Cameron Highland dan ketibaan stok baru di U KiDS…Ayah pula sudah dua minggu berturut-turut on-call waktu weekend…Isnin lagi satu pun on-call lagi sampai malam…Uwais pula sudah banyak pandai itu dan ini..hehe…Itu pun, masih banyak kerja yang tertangguh…
Alhamdulillah, anak ummi sudah pun berumur 8 bulan... Telatahnya menghiburkan hati…


Uwais buat muka blur plak ye...
Berlatih berjalan dengan Moon Walk

Uwais sudah mula berlatih berdiri dan berjalan
Ummi ayah perasan sangat, Uwais lebih banyak menghabiskan masa berlatih berdiri dan melepaskan tangan berbanding merangkak…Juga selalu mencuba untuk memanjat katil dan menjungkitkan kaki jika ada barang yang menarik perhatiaanya di atas katil…Barangkali, Uwais nak skip development ni (bak kata Mak Long)…hehe…

Peristiwa di suatu pagi yang indah pada hari Khamis yang lepas menyebabkan Ummi menambah lagi Eva Foam Mat..Pada mulanya, Uwais berdiri berhampiran `Small Office` Ummi…Sekali, beliau melepaskan tangan dan cuba bertatih..Dari kejauhan, ummi mengejarnya untuk melarang sambil  berkata, `Uwais jangannnn`…Belum habis ummi cakap, Uwais jatuh terkena bucu meja…Lebam jugalah di atas kening dan di pipi…Dah macam lanun pula..Sekejap je nangis, lepas tu gelak je dia.. Ummi dia yang risau lebih sampai call ayah dengan rasa yang amat bersalah..huhu..

Dekat dengan sini lah Uwais jatuh..Sekarang ni, semua lantai dah ada EVA Foam Mat..hehe..

Saat entri ini di tulis, baru pagi tadi Uwais jatuh lagi..bibirnya terkena dinding..dan sedikit bengkak…Alhamdulillah anak ummi kuat…Boleh Bf dan makan seperti biasa..Sayunya tengok bibir Uwais…Sian anak ummi ye…

Uwais sangat akrab dengan ayah

Kini, Uwais menjadi sahabat baik ayah…Bila bangun pagi mesti sebut, `aaayah` sambil merangkak mencari ayah...Kalau ayah tiada, merengeklah dia…Ye butiran yang keluar dari mulutnya sangat jelas..Fasih sungguh anak ummi…Alhamdulillah, bersyukur sangat…

Bila bangun tidur, sambil mamai, Uwais merangkak pada ayah..Bila nak tidur mesti tarik pegang tangan ayah, letak didadanya..Kalau ngantuk nak ayah tepuk bontot dia sambil baring atas badan ayah…Bila poo poo pun cari ayah…Nak mandi dengan ayah..Ayah bawa kereta, sibuk Uwais nak pergi dekat ayah..Ayah solat, duduk sebelah ayah…Boleh kata, apa ayah buat, Uwais ingin turut serta…ANAK AYAH sungguh..

Ayah terpaksa study atas katil sbb Ummi guna office desk dan uwais pula tolong kemas buku dan case note ayah..


Ayah, lama lagi ke? Jomlah main sama-sama..
Ummi sengih je kat ayah sambil cakap, `Waktu Uwais dalam perut, ayah berebut dengan Ummi kata Uwais anak ayah…Sekarang, betul-betul jadi manja ayah`…

Jazakallah ayah…Ummi terharu, dalam kepenatan di tempat kerja, ayah tetap melayan Uwais..Mandikan Uwais sama-sama dengan Ummi..Menjalankan rutin basuh poo poo Uwais…Tolong Ummi basuh CD Uwais…Layan Uwais makan…Kalau ummi jadi ayah, mesti umi tak larat…

Uwais  @ `homeschool`

Ummi baru je mulakan `homeschool` untuk Uwais baru-baru ini selepas menyedari tentang kecenderungan anakanda yang seorang ini terhadap banyak perkara disekelilingnya…Uwais cepat belajar..cepat meniru perbuatan kita…Jadi ummi ayah buat keputusan untuk memulakan `home education` secara formal untuk Uwais di rumah…dan gurunya adalah `Teacher Mawaddah`..hehe…

Setiap pagi, lepas dah mandi, dah makan, lebih kurang pukul 9 pagi, kelas Uwais bermula…Tak lama pun sebab concentration baby sekejap je..

Alhamdulillah, baru seminggu ummi ayah dah nampak kesannya pada Uwais … Bila baca doa`, Uwais dah pandai angkat tangan..Sudah boleh melambai juga…Concentration pun meningkat…Faham arahan…dan banyak lagi perubahan yang kelihatan…Minggu ini, ummi akan mulakan ajarkan Uwais `His First Iqra` …Yang ini ummi dah mula lama untuk perkenalkan alif ba ta…Salah satu bahan yang ummi gunakan untuk Uwais adalah , `BABY KHALIFAH LEARNING SERIES`…Walaupun dinyatakan bahwa ianya sesuai untuk 1-4 tahun, namun ummi yakin dengan kecenderung dan potensi dalam diri anak-anak kecil ini…

InsyaAllah, Ummi ada target sendiri untuk Uwais sebelum ummi kerja next year..Ini janji ummi pada ayah untuk Mujahid kedua ini…

Uwais selera makan berjemaah
Uwais sangat selera makan..BF pun sama je…Kuat juga..hehe..tengoklah badannya..Mantap sampai kebas tangan ummi ayah dukung dia..Ummi rasa Uwais selera makan sebab makan berjemaah..Kat rumah Opah Aki, kami semua makan bersama..Makan berhidang..Selagi semua tak duduk dimeja, memang tak mula makan…Kemeriahan ini lah rasanya yang membuatkan Uwais sangat berselera..Bila tengok hidangan, sudah tak keruan..Harus saja ummi ayah pusingkan high chair supaya Uwais tak Nampak makanan…Kalau dah mula suapan, tak boleh lambat…

Makanan emergency, Farley`s Rusk...Kalau waktu biasa, memang ummi tak bagi..hehe..

Buat muka busuk..Habit terbaru Uwais...


Menyorok bawah GRACO Swing...Kat sini Uwais jatuh sampai bengkak bibir..


Dah bujang anak ummi ye...


Sayunya tengok Uwais tidur..Serius, persis `Ukasyah sungguh...Semuanya....


Alhamdulillah, syukur yang infiniti kepada Allah kerana beri peluang dan kesempatan untuk ummi mentarbiyyah dan membesarkan sendiri Uwais al-Qarni..Juga nikmatnya yang tak putus untuk ummi terus BF Uwais al-Qarni…Pastinya ummi rindu saat-saat bersama Uwais 24/7…

Anakku Uwais al-Qarni, membesarlah menjadi hamba Allah yang soleh…Yang memilih, mengamalkan Islam dalam segenap kehidupanmu… Bak kata Ustaz Darus Senawi, `Ambillah Islam kesemuanya atau tinggalkan keseluruhannya`…Ingatlah anakku, Islam ini adalah undang-undang dan ianya bukan peraturan kepada orang yang lemah, tetapi adalah pegangan kepada orang yang perkasa.