Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 28, 2011

Cloth Diaper, Eva Foam Mat & Toy Storage Basket

Assalamualaikum Uwais, permata hati ummi ayah yang semakin membesar dan bertambah soleh ni.  Makin membesar, makin bertambah keperluan Uwais ye.  Bulan ni je banyak ummi spend untuk Uwais al-Qarni.  Alhamdulillah ummi bekerja kat U KIDS tau Uwais.  Jadi apa-apa keperluan Uwais, ummi tak payah bebankan atau nak tunggu ayah yang belikan atau fikirkan.  Sekurang-kurangnya, mengurangkan bebanan ayah yang balik kerja dah penat dan selalu on-call waktu hujung minggu.  Pastinya ummi mesti minta izin ayah dulu walaupun ummi guna duit gaji ummi. 

11 keping Cloth Diapers Uwais yang dibeli dari Gifts from Heaven.
Sebahagian dari koleksi CD Uwais. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki ummi dan anak ummi.  Bila tengok CD tersusun begini, ummi teringat macaron yang berwarna warni. Comel sangat
1) Cloth Diaper (CD)
Alhamdulillah, bulan April ini secara rasminya Uwais telah full cloth diapering.  Tidak lagi memakai disposable diaper (DD).  Sebelum ni Uwais pakai CD juga, tapi bila malam dan berjalan-jalan pakai DD.  Alasannya, ummi cakap dengan ayah, tak sempat sebab tak cukup.hehe (alasan nak tambah lagi ni).  Bincang punya bincang dengan ayah, kami bersetuju untuk tambah lagi 11 keping CD untuk anakanda Uwais. Yelah, bila kira-kira lebih kurang 2 bungkus DD Uwais guna sebulan.  Itu pun pakai  waktu malam dan berjalan.  Kalau pakai 24 jam memang lagi banyak.  Ayah cakap membazir. Uwais pun sangat serasi. Tiada lagi rashes. Ummi pun makin rajin (wajib rajin).

Kali ini, ummi cuba CD dari Gifts from Heaven.  Sebelum ini pakai QQ Baby.  Kiranya sangat berpuas hati ummi ayah beli dari Gifts from Heaven sebab lagi best dari QQ Baby.  Namun, keduanya ada kelebihan tersendiri.  Tentang ini, ummi kena buat entri khas ni.


Uwais: Ummi, ini untuk Uwais ke? Bila ummi order ni? Jazakillah ummi. Uwais suka.
Ummi: Iye, untuk anak ummi.  Supaya Uwais mudah untuk training merangkak. Ummi order waktu Uwais tidur sebab tu Uwais tak tahu.hehe.  Afwan sayang. Nanti main sama-sama dengan abang Mus`ab ye.

Tengok tu, bukan main gembira Mus`ab dan Uwais.
2) Eva Foam Mat
Eva foam mat ini ummi beli untuk memudahkan Uwais al-Qarni yang sedang berlatih merangkak.  Ummi risau sebab anak ummi ni suka je hempas badan dan kepala dekat lantai.  Sekurang-kurangnya, bila ada foam mat ni selamat sikit untuk Uwais.  Alhamdulillah Uwais suka dan gembira main kat atas foam mat ni sampai ummi ayah pun suka tumpang lepak-lepak sama.  

Ummi beli Eva Foam Mat (Number dan alphabet) ni dari Kid Toys .  Murah dan ummi rasa sangat berbaloi sebab dapat cover seluruh ruang main Uwais. Waktu baru sampai tu, Uwais muka excited dan macam tak percaya je.  Mus`ab pun sama.  Duk kacau ummi nak pasang.  Bila dah siap, apa lagi, bergolek-golek dan berguling-guling Uwais dan Mus`ab.
Kredit to IKEA. Uwais punya warna merah sebab opah suka warna merah .



3)Toy Kusiner Storage Basket (IKEA)
Ummi sekarang tak larat asyik nak mengutip toys Uwais, jadi Ummi pun minta tolong opah belikan Toy Storage Basket ni di IKEA.  Sekarang, sedap sikit mata ummi memandang.  Bila waktu bermain, baru ummi keluarkan toys Uwais.  

Ok anak soleh.  Ummi saaaaaaaaaaaaaayang Uwais. Ayah pun sama. 


April 27, 2011

Segmen Jom Berkenalan : mamaLUV

Mawaddah nak ucapkan terima kasih kepada mamaLUV kerana telah memberi salam perkenalan untuk Mawaddah…Salam perkenalan juga untuk mamaLUV..Semoga Allah berkati kehidupan mamaLUV dan keluarga…Oleh  itu, Mawaddah kena jawab beberapa soalan kerana mamaLUV telah tag Mawaddah…Malu sangat nak cerita, tapi mamaLUV telah senaraikan Mawaddah..hehe…

Apakah Status Anda?
Mawaddah adalah work-at-home mom. Merupakan suri hati En. Mohd Hafiz.  Ibu kepada `Ukasyah dan Uwais al-Qarni.

Ceritakan tentang diri Anda.
Mawaddah adalah graduan Ijazah Kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa.  Alhamdulillah, berkahwin ketika usia 21 tahun, di tahun kedua di UIA.  Sepanjang di UIA, dikurniakan 2 orang putera.  Baru sahaja konvo bulan oktober tahun lepas, ketika masih dalam pantang hari ke-18.

Mawaddah adalah ibu kepada seorang ahli syurga, `Ukasyah. 

Buat masa ini, masih bekerja dari rumah.  Memiliki sebuah online store hasil usaha kerjasama minat yang teramat sangat dengan barang-barang baby yang berjenama bersama suami tercinta.  Waktu study di UIA dulu, Mawaddah dan Hafiz memang selalu survey baju-baju dan barang keperluan baby sampai kami berdua dah hafal harga pasaran. Hehe. 

Ceritakan tentang blog anda.
Niatnya Mawaddah dan Hafiz buat blog ini kerana untuk mencatatkan kisah kehidupan kami sebagai `married student` di UIA dan yang paling utamanya adalah mencatat setiap perjalanan kehidupan kami bersama anak-anak. 

Kawan-kawan yang request kami buat blog ini, katanya supaya mudah mengikuti perkembangan kami berdua.  Mungkin kerana kami antara yang terawal kahwin di kalangan rakan-rakan sewaktu di UIA dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Pada mulanya, Mawaddah memberi janji hanya akan menulis blog bila sudah ada cahayamata.  Jadi, bila mula mengandungkan `Ukasyah, Hafiz pun mula buat blog ini sebab Mawaddah tak reti apa-apa.

Sehingga sewaktu mendaftarkan company di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mawaddah dan Hafiz memberi nama syarikat kami “BUATMU ANAKKU” .Alhamdulillah, namanya diluluskan.

Sekarang ini nama blog ini Buatmu Anakku, `Ukasyah dan Uwais kan.  Nama ini akan bertambah seiring dengan pertambahan anak-anak kami. Contohnya, Buatmu Anakku, `Ukasyah, Uwais, U, U dan U…hehe..

Apa pandangan anda tentang dunia blog
Banyak yang Mawaddah dan Hafiz belajar dari kehidupan orang lain.  Baik dan buruk dalam dunia blogging itu bergantung kepada penulisnya sendiri.  Pengalaman dan resam hidup blogger yang lain banyak memberi pengajaran.  Tidak kurang juga ilmu pengetahuan sebagai panduan.  Terutamanya dalam hal keibu bapaan dan DnT.

Nasihat anda kepada rakan-rakan yg baru nak buat blog
Mawaddah tak reti nak beri nasihat, cuma Hafiz selalu ingatkan Mawaddah, “Semuanya bergantung pada niat kita”.

Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
Blog ini tidak unik rasanya.  Biasa je. Hanya mencatatkan perjalanan kehidupan Hafiz, Mawaddah dan anak-anak.  Namun ianya unik dan signifikan di hati kami berdua sahaja.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Tiada had masa yang akan ditetapkan untuk menulis blog ini.  Selagi mata pena ini lebih tajam dari mata pedang, maka, Mawaddah dan Hafiz akan terus menulis di lapangan ini.  Impian? Mawaddah dan Hafiz ingin menghasilkan sebuah buku hasil dari penulisan kami di blog ini.  InsyaAllah, akan diusahakan.  Dan salah satu impian Mawaddah dan Hafiz juga adalah menggabungkan entri-entri untuk menjadi buku dan menghadiahkannya kepada anak-anak bila ketika hari lahir mereka yang ke-12.

Tag rakan-rakan anda yang anda nak kenal sangat.
Kalau Mawaddah nak tag semua follower boleh tak? Hehe.  Kalau ada sesiapa yang berkelapangan, jawablah ye.  Nanti bagitau Mawaddah bila dah jawab sebab Mawaddah nak kenal semua reader Buatmu Anakku, terutamanya ‘silent reader’.  Sekurang-kurangnya, tinggalkan jejak di entri ini.  Salam taaruf dari Mawaddah dan Hafiz.

Ok mamaLUV, salam taaruf sekali lagi dari Mawaddah dan Hafiz.  Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan Mawaddah dan Hafiz.

April 25, 2011

Sesungguhnya Dia Lebih Kuat Berbanding Diriku - Mawar Nafastari

Siapalah Mawaddah berbanding dirinya, Kak Aini Nurbaya (Mawar Nafastari) yang tabah. 

Ujian yang dihadapinya jauh lebih hebat dari Mawaddah …

Itulah yang acapkali kuucapkan pada abang,
“Abang, sikit je sebenarnya Allah uji sayang dengan `Ukasyah kan… Kak Nur tu lagi hebat ujiannya.. Jika sayang di tempat dia, sayang tak sanggup…Waktu `Ukasyah pergi meninggalkan kita, sayang ada teman hidup sayang, iaitu abang…Tapi kak Nur tiada…Sukarnya saat-saat yang Kak Nur lalui sekarang…Sayang pernah rasa apa yang Kak Nur rasa, tapi tak sama kan…Kagumnya sayang dengan Kak Nur…”

Abang mengiyakan apa yang diriku perkatakan…Memang sering saja Mawaddah bercerita pada abang tentang Kak Nur dan Nafastari kerna memang sudah lama mengikuti blog-blog mereka…Memang Mawaddah sendiri terkejut melihat berita tentang kemalangan yang berlaku…

Sesungguhnya bila membaca blog Mawar Nafastari, banyak mendidik diriku menghargai seorang suami…Sedih sangat hati ini bila menyelami perasaan kak Nur…Apatah lagi dua permata hatinya, Nada dan Marwa…Tabahnya Kak Nur… Mawaddah tak sampai lagi tahap Kak Nur…Hatta sampai sekarang pun, tak mampu lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada `Ukasyah…Banyak lagi yang Mawaddah dan abang simpan tanpa pengetahuan sesiapa…
……………………………………………………………………………………………………………

Selalunya bila sebut sahaja nama `Ukasyah, pasti sebak yang tidak tertahan… Air mata yang berlinangan…Abang kata, memang lah begitu, `Ukasyah kan anak kita…Masakan lupa tentang anak-anak…Apatahlagi umminya…Rindu, rindu, rindu…

Bak kata Nafastari pada Kak Nur, “Mawar, sabar itu indah”.  Inilah ayat yang sering Mawaddah dan abang ungkapkan sekarang, “Fasobrun jamil”…

Ya, sabar itu sangat indah…

Untuk membina sabar dalam diri itu tidak mudah yang disangka. ..Tapi keindahannya sungguh terasa tatkala ia telah terbina..Serius, ianya benar-benar indah…

# `Ukasyah, ummi rindu `Ukasyah..Tapi sabar itu kan indah..Ummi sabar ye....^__^

April 20, 2011

Online Shop Sahabat-sahabat Ummi

Mawaddah nak kongsi link online shop khaulah dan sahabat-sahabat ummi...

Menjual madu asli dari yaman.  Adik Mawaddah ni memang duduk di Yaman.  Jadi jangan khuatir ye sebab memang confirm madu yang asli punye.  Tiada campuran gula.  Madu yaman ni pekat dan likat. Alhamdulillah, kalau sakit, batuk semua, Mawaddah dan Hafiz memang makan madu je. Encik pharmacist pun tak makan ubat.hehe.  Sebotol madu yaman ni, 500gm, harganya RM119 dan yang paling best, POSLAJU PERCUMA...Jangan lupa ziarah Yemeni Shoppe (klik sini) tau.

Dekat Happy Shop ni macam-macam ada. Dari keperluan ibu hingga ke anak.  Mawaddah suka sebab ada baju nursing. Mawaddah pun tengah bercadang-cadang nak beli satu T-shirt Pregnant & Nursing dari Happy Shop...Yang warna pink..hihi..Cadar Akemi pun ada tau. Kawan-kawan, jomlah cuci mata dan poket ye. Kalau nak tengok klik di sini ye Happy Shop

http://al-laylshoppe.blogspot.com/
Terdapat pelbagai baju muslimah dan dress yang menutup aurat untuk anak-anak perempuan yang kecil.  Cantik-cantik semuanya.  Tudung untuk anak-anak pun ada. Nasib tak de baby girl. kalau tak harus rembat semua.Untuk ibu-ibu pula, bukan saja t-shirt muslimah, jubah, blouse cantik semuanya.  Jomlah ziarah al-layl juga ye, klik je sini.

Mawaddah sudah dua kali menempah cheesetart di sini...Masuk kali ketiga untuk tempahan 600 biji... Service sangat baik..Respon cepat dan cheesetart yang sangat sedap.  Bak kata ummi Mawaddah, kemas dan gebu.  

Akhir kalam, Mawaddah nak jemput juga anda semua ke U KIDS. hehe.(sempat lagi tu nak iklankan sendiri punye).  Kalau nak tengok barang-barang yang dipilih sendiri dan dijual oleh ummi ayah yang cerewet, macam Mawaddah dan Hafiz boleh juga. Kebanyakan  items yang dijual di U KIDS juga dimiliki oleh Uwais al-Qarni.  
http://ukidsmart.blogspot.com/

Ok, sekian saja dari Mawaddah.  Mawaddah bukan duta mana-mana kedai online tau.. Sekadar berkongsi dengan kalian semua apa yang mawaddah tahu dan bantu rakan-rakan mempromosikan kedai mereka....terima kasih..^__^


Uwais al-Qarni Sudah Tumbuh Gigi

Gambar gigi susah nak amik... Kalau dapat, ummi upload ye...Sayang anak ummi yang bulat dan bam bam ni...Hari ni hari jadi ummi, tapi Uwais yang dapat hadiah kasut pertama utk  Uwais dari ayah (ummi dah dapat hadiah kasut weekend lepas dari ayah.hehe)..Jazakallah ayah, lain kali nak hadiah lagi..hehe.


Hadiah hari jadi ummi yang paling bermakna adalah pabila Uwais al-Qarni, 7 bulan,  tumbuh gigi pertamanya pada hari ini.  Secara rasminya, 19 April 2011.  Akhirnya, tanpa rasa segan, gigi itu telah memunculkan dirinya. Hehe.

Orang pertama yang perasan adalah Opah.  Opah kata ada rasa tajam. Bila ummi rasa dan tengok, memang betul.  Kami semua ketawa sambil memanjatkan kesyukuran. Kelakar  sungguh Uwais al-Qarni.  Mentang-mentang Uwais al-Qarni kuat makan. Hihi.  Allah beri Uwais al-Qarni gigi untuk mudahkan Uwais al-Qarni yang selalu perasan dah besar bila sampai bab makan-makan ni. Alhamdulillah, cantik sungguh susunan Allah. Mudah lah Uwais al-Qarni nanti.

Ummi perasan sangat, Uwais al-Qarni sudah mula tak suka makan bubur dan tak suka kalau ummi blend makanannya sampai cair.  Uwais al-Qarni sukakan nasi yang di `grind` , jadi tidak berapa hancur dan sayuran macam dicincang-cincang gitu.  Yang lagi Uwais al-Qarni suka adalah nasi panas yang dilenyek ummi. Ewah anak ummi ini, persis orang dewasa sungguh.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….Bersyukur sangat…

April 19, 2011

Selamat Hari lahir Ummu `Ukasyah


Hari ini adalah hari lahir ku yang ke-25.  Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.  Juga nikmat iman dan islam yang diberikannya buat diriku.  Tiada lain yang kuharapkan selain terus-menerus berusaha untuk mendapat redha Allah.  Tidak lupa, berganding bahu bersama suamiku mendidik anak-anak , generasi pewaris, juga dalam rangka membina baitul dakwah.

Di usia ini, seharusnya daku sangat bersyukur kerana telah menjadi puteri kedua Ummi dan Abah ku selama 25 tahun, suri hati Mohd Hafiz selama 4 tahun dan ummi kepada mujahid-mujahidku, `Ukasyah dan Uwais al-Qarni…InsyaAllah, dokanlah semoga diriku dan suami juga dikurniakan mujahidah-mujahidah yang solehah.  Pastinya, di hari kelahiranku ini, diriku terlalu tersentuh mengingati anakanda sulungku, `Ukasyah.  “Semestinya ummi gembira jika ada `Ukasyah”.   Namun, kasih Allah padamutidak berbatas.  Tidak tertanding dengan kasih ummi ayah padamu.  Doaku, moga keluarga kecilku ini dipersatukan di dalam jannah nanti. Ameen.

Ummi Abah ku...
Jazakumullah Ummi Abah kerana mentarbiyyah dan mendidik angah.  Keterbukaan kalian membenarkan angah kahwin di tahun kedua di UIA membuatkan angah terlalu menghargai perngobanan yang ini.  Tidak lupa kerana Ummi Abah meletakkan `deen` di hadapan setiap sesuatu keputusan.  Angah harap dapat mencontohi Ummi Abah dalam mengemudi rumahtangga.  Bak kata Ummi dan Abah, jadilah lebih baik dari kami berdua. InsyaAllah, moga kalian redha dengan angah ye.

Suamiku yang sentiasa membantu...
Kepada suamiku Hafiz yang tegar hidup denganku, yang sabar dengan kerenahku, terima kasih yang tidak terhingga sayang ucapkan kerana sudi berdamping dengan diriku. Terima kasih juga kerana menjaga diriku dan anak-anak dengan baik sekali.  Bersama-sama sayang ketika jatuh dan bangun, ketika gagal dan Berjaya, ketika senang dan susah.

Saat yang tidak pernah akan sayang lupakan, adalah ketika di Red Zone, Wad Kecemasan, HTAA.  Bilamana, `Ukasyah telah pergi meninggalkan kita.  Walaupun diriku mengucapkan, “Innnalaillahiwainna ilaihirajiuun…Takpe, sayang redha `Ukasyah dah takde”. Namun, kakiku tak mampu melangkah.  Hampir sekali jatuh ke lantai.  Tapi abang terus memapah diriku yang tidak berdaya ketika itu.  Ku katakan pada dirimu, “Abang, sayang dah tak de sesiapa.Sayang ada Abang je”. “Sayang ada Allah sayang. Abang juga milik Allah yang dipinjamkan pada sayang”, itulah yang Abang kata kan pada diriku.  Sungguh sekalipun dirimu bukan sesiapa di mata orang lain, namun abang adalah yang terbaik buat diriku ini. Jazakallah buat cinta hatiku yang satu ini.

Mujahid sulungku, `Ukasyah..Ahlul jannah.. al-fatihah utk buah hati cinta pertama ummi ni..Ummi rindu sangat.

Mujahid keduaku, Uwais al-Qarni.  Wajah yang sangat mirip abangnya.  Namun mereka adalah dua orang yang berbeza.  Pengubat rindu ummi. Penawar hati ini.  
Kepada anak-anak ummi, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah.  Jangan lupa bahawa kalian punya seorang abang , `Ukasyah.  Berdoalah agar kita dapat bersama-sama  dengan abang dalam syurga nanti.  Uwais al-Qarni, sekarang ini kamulah yang dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik nanti.  Kerana bila sampai masanya nanti, abang Uwais al-Qarni  akan ada baby U, baby U, baby U. Jangan lupa, jadilah seorang muttaqin yang kuat jiwanya. Jangan cengeng selalu. Hehe.

Cheesetart yang sedap dari BazliQalesya HomeMade..

-Semoga diriku peroleh kebaikan & keberkatan dalam setiap perkara. Doaku agar dengan pertambahan usia ini, maka bertambahlah juga keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ameen-

Daku, di usia 25 tahun..Dah tua dan berusia.. Moga senyuman sentiasa  terukir dibibirku...

April 17, 2011

Speechless

Assalamualaikum,
Uwais, ada masanya ummi hilang idea untuk menulis di sini.  Terlalu banyak untuk ummi catatkan di blog Buatmu Anakku dan kerana sifat bertangguh jua menyebabkan ummi terus malas.  Semoga ummi terus rajin ye sayang. Ummi update secara ringkas dulu la ye. Masa mencemburui ummi (hehe..alasan lagi).


  1. Hari ini genap Uwais al-Qarni berumur 7 bulan
  2. Hari ini sambut birthday ummi awal-awal bersama opah, aki, khaulah, abah, pak long, pak cu, abang mus`ab, adik tholhah dan ayah.  Saja je ummi buat awal-awal walaupun ummi lahir 19 April.
  3. Ayah dah bagi ummi hadiah.
  4. Aki dah nak pencen Januari tahun depan, insyaAllah.
  5. Maknanya, ummi akan kembali bekerja.  Berdebarnya, kelirunya dan ummi tak tau nak rasa apa.  Ummi doa Allah bantu ummi dalam membuat keputusan.  Ummi ayah harapkan yang terbaik untuk semua. waaaa nak nangis. Uwais al-Qarni tak reti minum EBM dengan botol susu.  Puas sudah ummi ajar sejak Uwais al-Qarni mula makan solid food, tapi Uwais al-Qarni campak je. Uwais al-Qarni ingat mainan kot.hehe. Takpe, ummi ayah kena tenang, tak boleh kalut.
  6. Maksudnya, ummi kena mula buat stok EBM secara serius.  Kena tambah tahap kerajinan mengosongkan ___ supaya supply banyak.  Stok memang sentiasa ada dalam freezer. Kuantiti, sederhana banyak.  
  7. Tidak boleh ummi bayangkan nak berpisah dengan Uwais al-Qarni.  Sedihnye.
  8. U KIDS? ummi ayah akan teruskan seperti biasa walaupun ummi dah kerja..Alhamdulillah sekarang dah stabil.  Kalau ummi kerja pun tiada masalah sebab POSLAJU pun memang pick-up di rumah setiap hari. Kiranya, bab U KIDS tidak membimbangkan ummi dan ayah langsung.
Sampai sini dulu ye.  Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. ^__^

April 15, 2011

Peringatan dan Muhasabah untuk Diriku...



Rasulullah SAW bersabda, 


"Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya), dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya.” 


(HR At-Tirmidzi).

April 14, 2011

Uwais al-Qarni @ 6 bulan (Bahagian 2)

(draft ini telah lama tersimpan kemas..namun ummi tetap mahu memahatkannya di sini)
Uwais, ummi sambung perkembangan Uwais di usia 6 bulan ini supaya anakanda ummi ayah ini boleh membacanya suatu hari nanti…

3)  Fizikal
Uwais al-Qarni memang semangat badannya.  Ketembamannya sungguh terserlah.  Perut pun 1 pack, pipi tembam, dagu berlapis, peha gebu dan jari jemarinya  montok sangat.  Kalau hendak berjalan kemana-mana, ummi ayah pasti tak lupa bawa stroller atau Chicco Carrier untuk ayah dan Ring Sling untuk Ummi.   Kalau terlupa, memang jenuh lah Uwais al-Qarni beralih tangan.  Pernah sekali tu, pergi walimah sahabat kami, ummi ayah asyik dukung je Uwais al-Qarni sampai serik ummi ayah dibuatnya.  Sakit-sakit badan ummi.  Tangan kebas tau.  Hehe. 
Uwais al-Qarni sudah mula berlatih mahu merangkak.  Sangat laju bila mengejar sesuatu. Yang ummi risau, Uwais al-Qarni suka hati je nak parking kepala kat mana-mana.  Risau hati ummi dibuatnya.  Kalau hadang dengan bantal, Uwais al-Qarni boleh panjat.  Solusinya, jangan tinggalkan Uwais al-Qarni keseorangan.

4)  Tidur
Alhamdulillah, Uwais al-Qarni tiada masalah tidur sedari mula lahir lagi.  Cuma tidurnya agak terganggu bila ayah tiada.  Asyik pusing kiri dan kanan.  Sekarang ni, Uwais al-Qarni memang gemar tidur berpelukan dengan ayah.  Pastilah tangan ayah menjadi bantal peluknya.  Bila Uwais al-Qarni lapar, baru lah Uwais al-Qarni akan berpaling pada ummi pula.  Hehe.  Ummi laku bila Uwais al-Qarni lapar je ye.  Tidurnya juga semakin teratur dengan 3 kali nap di waktu siang hari. Pagi, tengah hari dan sebelum masuk asar.  Tidur malam seawal 9 malam dan selewat 10 lebih.  Jarang sekali menjangkaui pukul 12 melainkan pabila Uwais al-Qarni mengikut ummi ayah program.

5) Pergaulan
Kini, Uwais al-Qarni semakin mengenali orang.  Sudah pandai membezakan dengan siapa yang Uwais al-Qarni biasa jumpa.  Kalau ada orang yang Uwais al-Qarni tak berapa kenal, maka akan keluarlah suara lunak Uwais al-Qarni menangis minta ummi ayah mengambilnya semula.  Caranya, kena agah Uwais al-Qarni dari jauh, lepas tu baru boleh dukung dia.  Yang ummi ayah kelakar sangat tengok tu, Uwais al-Qarni menangis siap berjujuran air mata. Merah padam muka dan tak mahu pandang orang lain.  Biasalah bila umminya duduk di rumah, maka Uwais al-Qarni kurang biasa dengan orang lain.
Uwais rapat dengan ayah.  Suka main dengan Pak Long dan Pak Cu. Hendak dengan Khaulah sebab susu.  Manja dengan Aki dan suka ditidurkan Opah.  Uwais al-Qarni punya cara yang tersendiri berkomunikasi dengan setiap ahli keluarga di dalam rumah ini. 

6) Sifat
Uwais al-Qarni ceria orangnya.  Peramah juga seperti Ummi.  Selalu cool seperti ayah, kadangkala hot seperti ummi.hihi.  Sangat fokus dalam setiap perkara yang dilakukan.  Makan bersungguh, main bersungguh dan tidur pun bersungguh.  Kalu ummi baca Quran, Uwais al-Qarni  akan ikut sekali dengan gaya bahasanya yang tersendiri.  Kalau nak Uwais al-Qarni  berhenti menangis, bacakan sahaja mana-mana ayat Quran, insyaAllah, beliau akan diam.

Ok Uwais sayang, walaupun entri ni sudah lama berada dalam draft, tapi ummi tetap mahu publish sebagai kenang kenangan.  2 hari lagi umur Uwais dah nak masuk 7 bulan.  Semoga terus soleh dan musleh ye anakandaku.


April 6, 2011

Uwais Kurang Sihat

Assalamualaikum Uwais,
Malam ni Uwais rasa macam mana? Rasa dah sihat sikit ke?  Alhamdulillah, ummi ayah tengok, Uwais sudah semakin sihat.  Sudah bergelak ketawa, senyum-senyum, semakin aktif, kurang sensitif, muka excited dan dah ada mood.  Panas badan pun dah kurang.  Ummi bersyukur sangat tau Uwais dah nak sihat sebab ummi ayah sentiasa tak keruan bila Uwais merengek.  Kiranya ini pertama kali tau Uwais demam sepanjang umur Uwais 6 bulan setengah ni..  Ayah pun dah cuti 2 hari sebab nak bersama-sama ummi untuk jaga Uwais.  

Jazakalllah ayah. Ummi ayah doakan agar Allah berikan kesihatan yang baik untuk mujahid kedua ummi ayah ni tau.  Uwais kan baby yang ceria.  Sedih ummi ayah bila tengok Uwais nangis dan moyok je.  InsyaAllah, esok Uwais akan bangun dengan muka yang ceria ye sayang.  

Semalam, walaupun Uwais demam, sempat lagi Uwais jadi model U KIDS sekejap sebab ummi tiada patung untuk dijadikan model MOTHERCARE 4 Position Carrier yang baru saja dijual di U KIDS.  Model ummi siap pakai cool fever lagi. hihi.  Jazakumullah kepada Uwais dan Ayah sebab jadi model tak berbayar U KIDS.  Eh ummi lupa, pastilah kena rembat satu MOTHERCARE 4 Position Carrier sebagai saguhati untuk Uwais dan ayah (CEO Buatmu Anakku Enterprise).  Lagipun, ayah sudah jatuh cinta dengan keselesaannya yang maksimum.  Yelah, ayah orang yang pertama yang cuba dulu sebab ayah yang nak pakai nanti.  Walaubagaimanapun, Ummi tetap setiap dengan ring sling ummi.hehe.  

Model U KIDS, Uwais al-Qarni dan CEO Buatmu Anakku Enterprise, Ayah. Ummi ni, kerani U KIDS je.hehe.  
Pesan Ummi: Ummi rindu abang `Ukasyah. Ayah pun rindu. Rindu sangat.  Uwais rindu abang tak?