Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 14, 2011

Uwais al-Qarni @ 6 bulan (Bahagian 2)

(draft ini telah lama tersimpan kemas..namun ummi tetap mahu memahatkannya di sini)
Uwais, ummi sambung perkembangan Uwais di usia 6 bulan ini supaya anakanda ummi ayah ini boleh membacanya suatu hari nanti…

3)  Fizikal
Uwais al-Qarni memang semangat badannya.  Ketembamannya sungguh terserlah.  Perut pun 1 pack, pipi tembam, dagu berlapis, peha gebu dan jari jemarinya  montok sangat.  Kalau hendak berjalan kemana-mana, ummi ayah pasti tak lupa bawa stroller atau Chicco Carrier untuk ayah dan Ring Sling untuk Ummi.   Kalau terlupa, memang jenuh lah Uwais al-Qarni beralih tangan.  Pernah sekali tu, pergi walimah sahabat kami, ummi ayah asyik dukung je Uwais al-Qarni sampai serik ummi ayah dibuatnya.  Sakit-sakit badan ummi.  Tangan kebas tau.  Hehe. 
Uwais al-Qarni sudah mula berlatih mahu merangkak.  Sangat laju bila mengejar sesuatu. Yang ummi risau, Uwais al-Qarni suka hati je nak parking kepala kat mana-mana.  Risau hati ummi dibuatnya.  Kalau hadang dengan bantal, Uwais al-Qarni boleh panjat.  Solusinya, jangan tinggalkan Uwais al-Qarni keseorangan.

4)  Tidur
Alhamdulillah, Uwais al-Qarni tiada masalah tidur sedari mula lahir lagi.  Cuma tidurnya agak terganggu bila ayah tiada.  Asyik pusing kiri dan kanan.  Sekarang ni, Uwais al-Qarni memang gemar tidur berpelukan dengan ayah.  Pastilah tangan ayah menjadi bantal peluknya.  Bila Uwais al-Qarni lapar, baru lah Uwais al-Qarni akan berpaling pada ummi pula.  Hehe.  Ummi laku bila Uwais al-Qarni lapar je ye.  Tidurnya juga semakin teratur dengan 3 kali nap di waktu siang hari. Pagi, tengah hari dan sebelum masuk asar.  Tidur malam seawal 9 malam dan selewat 10 lebih.  Jarang sekali menjangkaui pukul 12 melainkan pabila Uwais al-Qarni mengikut ummi ayah program.

5) Pergaulan
Kini, Uwais al-Qarni semakin mengenali orang.  Sudah pandai membezakan dengan siapa yang Uwais al-Qarni biasa jumpa.  Kalau ada orang yang Uwais al-Qarni tak berapa kenal, maka akan keluarlah suara lunak Uwais al-Qarni menangis minta ummi ayah mengambilnya semula.  Caranya, kena agah Uwais al-Qarni dari jauh, lepas tu baru boleh dukung dia.  Yang ummi ayah kelakar sangat tengok tu, Uwais al-Qarni menangis siap berjujuran air mata. Merah padam muka dan tak mahu pandang orang lain.  Biasalah bila umminya duduk di rumah, maka Uwais al-Qarni kurang biasa dengan orang lain.
Uwais rapat dengan ayah.  Suka main dengan Pak Long dan Pak Cu. Hendak dengan Khaulah sebab susu.  Manja dengan Aki dan suka ditidurkan Opah.  Uwais al-Qarni punya cara yang tersendiri berkomunikasi dengan setiap ahli keluarga di dalam rumah ini. 

6) Sifat
Uwais al-Qarni ceria orangnya.  Peramah juga seperti Ummi.  Selalu cool seperti ayah, kadangkala hot seperti ummi.hihi.  Sangat fokus dalam setiap perkara yang dilakukan.  Makan bersungguh, main bersungguh dan tidur pun bersungguh.  Kalu ummi baca Quran, Uwais al-Qarni  akan ikut sekali dengan gaya bahasanya yang tersendiri.  Kalau nak Uwais al-Qarni  berhenti menangis, bacakan sahaja mana-mana ayat Quran, insyaAllah, beliau akan diam.

Ok Uwais sayang, walaupun entri ni sudah lama berada dalam draft, tapi ummi tetap mahu publish sebagai kenang kenangan.  2 hari lagi umur Uwais dah nak masuk 7 bulan.  Semoga terus soleh dan musleh ye anakandaku.


1 comment:

  1. salam. selalu saya mengikuti blog ini. Kali ini teringin nak bagi komen :D

    semoga uwais jadi anak yang soleh..

    ReplyDelete