Mawaddah nak ucapkan terima kasih kepada mamaLUV kerana telah memberi salam perkenalan untuk Mawaddah…Salam perkenalan juga untuk mamaLUV..Semoga Allah berkati kehidupan mamaLUV dan keluarga…Oleh itu, Mawaddah kena jawab beberapa soalan kerana mamaLUV telah tag Mawaddah…Malu sangat nak cerita, tapi mamaLUV telah senaraikan Mawaddah..hehe…
Apakah Status Anda?
Mawaddah adalah work-at-home mom. Merupakan suri hati En. Mohd Hafiz. Ibu kepada `Ukasyah dan Uwais al-Qarni.
Ceritakan tentang diri Anda.
Mawaddah adalah graduan Ijazah Kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, berkahwin ketika usia 21 tahun, di tahun kedua di UIA. Sepanjang di UIA, dikurniakan 2 orang putera. Baru sahaja konvo bulan oktober tahun lepas, ketika masih dalam pantang hari ke-18.
Mawaddah adalah ibu kepada seorang ahli syurga, `Ukasyah.
Buat masa ini, masih bekerja dari rumah. Memiliki sebuah online store hasil usaha kerjasama minat yang teramat sangat dengan barang-barang baby yang berjenama bersama suami tercinta. Waktu study di UIA dulu, Mawaddah dan Hafiz memang selalu survey baju-baju dan barang keperluan baby sampai kami berdua dah hafal harga pasaran. Hehe.
Ceritakan tentang blog anda.
Niatnya Mawaddah dan Hafiz buat blog ini kerana untuk mencatatkan kisah kehidupan kami sebagai `married student` di UIA dan yang paling utamanya adalah mencatat setiap perjalanan kehidupan kami bersama anak-anak.
Kawan-kawan yang request kami buat blog ini, katanya supaya mudah mengikuti perkembangan kami berdua. Mungkin kerana kami antara yang terawal kahwin di kalangan rakan-rakan sewaktu di UIA dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.
Pada mulanya, Mawaddah memberi janji hanya akan menulis blog bila sudah ada cahayamata. Jadi, bila mula mengandungkan `Ukasyah, Hafiz pun mula buat blog ini sebab Mawaddah tak reti apa-apa.
Sehingga sewaktu mendaftarkan company di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mawaddah dan Hafiz memberi nama syarikat kami “BUATMU ANAKKU” .Alhamdulillah, namanya diluluskan.
Sekarang ini nama blog ini Buatmu Anakku, `Ukasyah dan Uwais kan. Nama ini akan bertambah seiring dengan pertambahan anak-anak kami. Contohnya, Buatmu Anakku, `Ukasyah, Uwais, U, U dan U…hehe..
Apa pandangan anda tentang dunia blog
Banyak yang Mawaddah dan Hafiz belajar dari kehidupan orang lain. Baik dan buruk dalam dunia blogging itu bergantung kepada penulisnya sendiri. Pengalaman dan resam hidup blogger yang lain banyak memberi pengajaran. Tidak kurang juga ilmu pengetahuan sebagai panduan. Terutamanya dalam hal keibu bapaan dan DnT.
Nasihat anda kepada rakan-rakan yg baru nak buat blog
Mawaddah tak reti nak beri nasihat, cuma Hafiz selalu ingatkan Mawaddah, “Semuanya bergantung pada niat kita”.
Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
Blog ini tidak unik rasanya. Biasa je. Hanya mencatatkan perjalanan kehidupan Hafiz, Mawaddah dan anak-anak. Namun ianya unik dan signifikan di hati kami berdua sahaja.
Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Tiada had masa yang akan ditetapkan untuk menulis blog ini. Selagi mata pena ini lebih tajam dari mata pedang, maka, Mawaddah dan Hafiz akan terus menulis di lapangan ini. Impian? Mawaddah dan Hafiz ingin menghasilkan sebuah buku hasil dari penulisan kami di blog ini. InsyaAllah, akan diusahakan. Dan salah satu impian Mawaddah dan Hafiz juga adalah menggabungkan entri-entri untuk menjadi buku dan menghadiahkannya kepada anak-anak bila ketika hari lahir mereka yang ke-12.
Tag rakan-rakan anda yang anda nak kenal sangat.
Kalau Mawaddah nak tag semua follower boleh tak? Hehe. Kalau ada sesiapa yang berkelapangan, jawablah ye. Nanti bagitau Mawaddah bila dah jawab sebab Mawaddah nak kenal semua reader Buatmu Anakku, terutamanya ‘silent reader’. Sekurang-kurangnya, tinggalkan jejak di entri ini. Salam taaruf dari Mawaddah dan Hafiz.
Ok mamaLUV, salam taaruf sekali lagi dari Mawaddah dan Hafiz. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan Mawaddah dan Hafiz.
Terima kasih sudi menerima perkenalan dari akak.. suka dengar jawapan2 dan n3 Mawaddah.... :)
ReplyDelete