Hari ini adalah hari lahir ku yang ke-25. Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Juga nikmat iman dan islam yang diberikannya buat diriku. Tiada lain yang kuharapkan selain terus-menerus berusaha untuk mendapat redha Allah. Tidak lupa, berganding bahu bersama suamiku mendidik anak-anak , generasi pewaris, juga dalam rangka membina baitul dakwah.
Di usia ini, seharusnya daku sangat bersyukur kerana telah menjadi puteri kedua Ummi dan Abah ku selama 25 tahun, suri hati Mohd Hafiz selama 4 tahun dan ummi kepada mujahid-mujahidku, `Ukasyah dan Uwais al-Qarni…InsyaAllah, dokanlah semoga diriku dan suami juga dikurniakan mujahidah-mujahidah yang solehah. Pastinya, di hari kelahiranku ini, diriku terlalu tersentuh mengingati anakanda sulungku, `Ukasyah. “Semestinya ummi gembira jika ada `Ukasyah”. Namun, kasih Allah padamutidak berbatas. Tidak tertanding dengan kasih ummi ayah padamu. Doaku, moga keluarga kecilku ini dipersatukan di dalam jannah nanti. Ameen.
Ummi Abah ku... |
Jazakumullah Ummi Abah kerana mentarbiyyah dan mendidik angah. Keterbukaan kalian membenarkan angah kahwin di tahun kedua di UIA membuatkan angah terlalu menghargai perngobanan yang ini. Tidak lupa kerana Ummi Abah meletakkan `deen` di hadapan setiap sesuatu keputusan. Angah harap dapat mencontohi Ummi Abah dalam mengemudi rumahtangga. Bak kata Ummi dan Abah, jadilah lebih baik dari kami berdua. InsyaAllah, moga kalian redha dengan angah ye.
Suamiku yang sentiasa membantu... |
Kepada suamiku Hafiz yang tegar hidup denganku, yang sabar dengan kerenahku, terima kasih yang tidak terhingga sayang ucapkan kerana sudi berdamping dengan diriku. Terima kasih juga kerana menjaga diriku dan anak-anak dengan baik sekali. Bersama-sama sayang ketika jatuh dan bangun, ketika gagal dan Berjaya, ketika senang dan susah.
Saat yang tidak pernah akan sayang lupakan, adalah ketika di Red Zone, Wad Kecemasan, HTAA. Bilamana, `Ukasyah telah pergi meninggalkan kita. Walaupun diriku mengucapkan, “Innnalaillahiwainna ilaihirajiuun…Takpe, sayang redha `Ukasyah dah takde”. Namun, kakiku tak mampu melangkah. Hampir sekali jatuh ke lantai. Tapi abang terus memapah diriku yang tidak berdaya ketika itu. Ku katakan pada dirimu, “Abang, sayang dah tak de sesiapa.Sayang ada Abang je”. “Sayang ada Allah sayang. Abang juga milik Allah yang dipinjamkan pada sayang”, itulah yang Abang kata kan pada diriku. Sungguh sekalipun dirimu bukan sesiapa di mata orang lain, namun abang adalah yang terbaik buat diriku ini. Jazakallah buat cinta hatiku yang satu ini.
Mujahid sulungku, `Ukasyah..Ahlul jannah.. al-fatihah utk buah hati cinta pertama ummi ni..Ummi rindu sangat. |
Mujahid keduaku, Uwais al-Qarni. Wajah yang sangat mirip abangnya. Namun mereka adalah dua orang yang berbeza. Pengubat rindu ummi. Penawar hati ini. |
Kepada anak-anak ummi, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa bahawa kalian punya seorang abang , `Ukasyah. Berdoalah agar kita dapat bersama-sama dengan abang dalam syurga nanti. Uwais al-Qarni, sekarang ini kamulah yang dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik nanti. Kerana bila sampai masanya nanti, abang Uwais al-Qarni akan ada baby U, baby U, baby U. Jangan lupa, jadilah seorang muttaqin yang kuat jiwanya. Jangan cengeng selalu. Hehe.
Cheesetart yang sedap dari BazliQalesya HomeMade.. |
-Semoga diriku peroleh kebaikan & keberkatan dalam setiap perkara. Doaku agar dengan pertambahan usia ini, maka bertambahlah juga keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ameen-
Daku, di usia 25 tahun..Dah tua dan berusia.. Moga senyuman sentiasa terukir dibibirku... |
salam..sanah helwah ya ukhti..Semoga Allah meredhai usia anti..
ReplyDeleteSelamat ulang tahun ke 25 Tahun Mawardaah..
ReplyDeleteSemoga ALlah sentiasa melindungi & memberkati hidup Mawardah sekeluarga
selamat hari lahir,sedih baca entri ini..semoga DIA mempermudahkan perjalan hidup kita dalam mencari keredhaanNYA..AMIN
ReplyDeletesanah helwah..moga menjadi ummi yang terhebat melahirkan zuriat yg hebat2 juga..amin :)
ReplyDeletehepy besday ummu ukasyah & uwais..smoga sentiasa berada dlm lindungan allah..& ceria2 selalu..
ReplyDeletep/s:sedapnya cheesetart tu,my pebret too!
Selamat Harijadi...semoga terus berjuang untuk anak2 tersayang....amin...
ReplyDeletehappy b'day!!silap pulak tak bawak hadiah sekali tadi...nway semoga diberkati umurmu...tahniah uwais dah ada gigi!!
ReplyDeleteHappy birthday Mawaddah...moga terus dikurniakan zuriat2 yg comel n soleh....btw, mudanya baru 25 ;)
ReplyDelete