Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 31, 2009

Buah Hati Kami

Mawaddah dah selamat melahirkan baby boy, 3.15kg,6.03pg tadi, 31 Ogos 2009.

Vacuum b'coz of unexpected birth weight and irregular position of baby without episiotomy.

Alhamdulillah, kedua-duanya sihat sekali.

Di sini kami lampirkan gambar lil mujahid kami buat tatapan semua.



August 30, 2009

Mawaddah Masuk Wad

Assalamualaikum…

Pagi tadi, kami pergi routine check-up di Hospital Barakah…Kebetulan pula, Balqis (adik Mawaddah) pun hendak buat routine check-up…Pesakit agak ramai pada hari ini…Giliran Mawaddah agak awal kerana Specialist O&G tu memang sudah dimaklumkan tentang keadaan Mawaddah semalam…From VE (vaginal examination), cervical opening sudah 2 cm…Dr. tidak jadi hendak buat ultrasound sekali lagi…Dr. kata, kena admit terus ke wad…Alhamdulillah, labor in progress..

Lepas enema diberi, Mawaddah terus BO dan on CTG monitoring untuk check heart rate baby dan contraction…Dalam kul 2 ptg tadi, sekali lagi Dr. datang check…Dr. kata kalau sudah 3cm, Dr. nak buat ARM (artificial rupture of membrane)…Lepas tu Dr. kata, akan cepatlah prosesnya…Kami pun dok berdebar hendak tunggu…Alhamdulillah, sudah 3cm bukaanya…Dr. cuba buat ARM tapi fail…Mawaddah rasa tak sakit sangat pun waktu Dr. cuba nak buat ARM…Pukul 4 ptg nanti, Dr kata akan cuba sekali lagi…Jadi, kami pulang kembali ke bilik kami untuk menunaikan solat zuhur…Berehat dan buat apa yang patut…

Mawaddah suka duduk di bilik sebab boleh berjalan-jalan…Ada laptop dan internet…Settingnya pun seperti dirumah…Katilnya canggih…Hendak adjust pun gunakan remote…Rasa janggal pula sebab selalu kena adjust katil manually bila posting di wad…Alhamdulillah, sangat selesa walaupun contraction semakin kerap dan kuat…Nampaknya abang sedang lena tidur di atas sofa…Penat agaknya…Alhamdulillah, walaupun labor still in progress, tetapi Mawaddah tidak rasai sangat kesakitannya…Sempat lagi tulis kat blog…Ummi kata ini mungkin kerana Mawaddah sudah sakit lama…Kawan-kawan semua, doakan Mawaddah dipermudahkan Allah ye…Jangkaan Dr. insyaAllah pada malam ini…Terima kasih kepada semua yang mendoakan…

p/s: Ummi, abah, balqis, ali, along dan adik sedang menunggu di rumah pakcik Mawaddah di Shah Alam…Berbuka nanti, mereka datanglah sini…hehe..

August 29, 2009

1cm

Lama ayah tidak menulis untuk anak ayah ni sampai ayah dah kena paksa dengan ummi untuk menulis. Hehe. Maaf ye anak bertuah ayah ni. Sekarang ni kami sedang bersedia kemungkinan ummi untuk melahirkan lil mujahid. Tengahari tadi ummi telah pun keluar ‘show’ atau turun tanda untuk bersalin. Petangnya kami terus ke Hospital Barakah untuk pemeriksaan ummi. Bersedia dengan segala kemungkinan lahirnya cahaya mata ummi ayah. Tetapi selepas pemeriksaan, midwife yang bertugas memberitahu yang cervical opening masih lagi 1 cm dan contraction pada 1 dalam 10 minit untuk 30 saat. Belum lagi pada tahap kritikal walaupun kesakitan contraction telah ummi rasai sejak 3 minggu yang lalu. Midwife memberi kami peluang untuk pulang ke rumah supaya ummi lebih selesa berbanding di hospital walaupun boleh sahaja untuk terus tinggal di sana.

Menurut opah semasa mengandungkan anak sulung, paklong hanya lahir selepas 2 hari turun tanda. Maknanya mungkin anak ayah ni akan lahir lusa jika mengikut sunnah opah. Hai, jadi anak merdekalah baby ayah ni kalau lusa dia nak lahir. Bolehlah panggil baby merdeka gamaknya. Huhu. Apa-apa pun kami sekeluarga sudah bersedia sekiranya air ketuban pecah dan baby kurang aktif menunjukkan tanda sudah dekat untuk bersalin. Hanya Allah sahaja yang tahu bila anak sulung ayah ni akan lahir dan hanya padaNyalah kami semua berserah dan berharap. Berharap agar segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.

August 27, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum…

Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan ke atas kami berdua….Tidak sangka ada nikmat berganda yang Allah hendak berikan disebalik dugaan yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini…

Pagi tadi sangat sedih…Pastinya semua pembaca blog ini mengetahuinya melalui entry yang di pos pada pagi tadi…Sesampainya di kelas, Mawaddah tergerak hati untuk singgah di papan kenyataan batch Mawaddah…Oh, jadual mid-sem exam dah keluar rupanya…Malangnya, ia sedikit menganggu perancangan asal Mawaddah dan abang, memandangkan kami menjangkakan bahawa Mawaddah akan habis selesai menduduki mid-sem exam next week…Tapi jelas sungguh menunjukkan bahawa hanya ada satu paper je next week…3 lagi paper selepas tarikh EDD Mawaddah, iaitu 9/9/2009…Terpaksa tukar plan baru…Maksudnya, Mawaddah sudah boleh mula plan dengan Deputy Dean Academic…Hendak negotiate untuk menduduki mid-sem exam juga…Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun…. Mawaddah nak amik exam juga…Hopefully, DDA dapat menunaikan permintaan Mawaddah ini…Walaubagaimanapun, Mawaddah tetap akan mula cuti bersalin pada hari sabtu minggu hadapan….Menunggu sahaja saat melahirkan little mujahid…

Berita gembira yang baru Mawaddah terima adalah clinical posting untuk subjek Oncology yang akan diadakan di HUSM, Kubang Kerian telah ditunda ke next semester…Ini bermakna, Mawaddah akan posting di Hospital Temerloh sahaja selama 4 minggu…Apa yang menggembirakan, hari Isnin hingga Khamis sahaja Mawaddah akan menjaga little mujahid bersama kawan-kawan yang ramai sungguh volunteer untuk membantu…Khamis petang boleh pulang ke Kuantan untuk menghadiri kelas pada pagi Jumaat…Jumaat petang, Mawaddah, abang dan little mujahid akan pulang semula ke Temerloh kerana during weekend pun Mawaddah kena posting kat wad….Abang lah yang akan menjaga little mujahid di hotel…Kalau dapat off-duty, dapatlah meluangkan masa bersama abang dan baby kami…Kalau tak dapat pun, sudah cukup gembira rasanya bila dapat berkumpul bersama….

Alhamdulillah, bibir ini tidak dapat berhenti daripada mengucapkan rasa syukur kepada Allah…sebaik-baik perancang…Pabila Allah beri dugaan kepada kita, rasa nikmat sangat bila dapat bantuan dari-Nya …Jadi, apabila kita ada masalah atau dalam kesusahan, berdoalah kepada Allah…Mengadulah kepada-Nya…dan pesan abang kepada Mawaddah, berserahlah dan bertawakallah pada Allah pabila kita telah berusaha sebaik mungkin…

Dahulu, bila banyak sangat dugaan hendak membina baitu muslim, ada juga keluhan Mawaddah…Waktu tu Mawaddah rasa sudah hebat sangat ujian untuk berkahwin…Tetapi sebenarnya apabila sudah berkahwin, dugaan dan cabaran tetap ada…Tidak akan berhenti…Apatahlagi dalam rangka kita sudah berkeluarga…Masih belajar…Bakal menjadi ummi….Dulu, fikir untuk diri sendiri sahaja…Lepas itu, kehidupan berdua….Dan kini bertiga pula…Percayalah, tanpa dugaan, cabaran dan halangan, kita tidak akan jadi seorang muslim dan mukmin yang kuat…Berterima kasih lah kepada Allah kerana menguji kita…Ujian itulah yang mengentalkan jiwa ini…Menjadikan kita seorang yang tabah dan sabar….

Abang, abang & abang...

Assalamualaikum…

Hari ni abang ada clinical posting di Hospital Kemaman. Ini bermakna, abang kena hantar Mawaddah seawal mungkin ke kelas dan Mawaddah kena pulang sendiri ke rumah pada petang ini menaiki prebet sapu, atau Pak Teh…Erm, memang Mawaddah rasa hendak mengeluh sahaja bila abang kata kena posting kat kemaman…Di saat sedang sarat mengandung ini, pastilah Mawaddah tak larat hendak drive kereta manual kami tu…Mesti perut kena stereng kereta punye…Sudahlah Mawaddah biasa drive kereta auto dan yang kecil plak tu…Inikan pula nak drive kereta Saga baru yang agak besar dan manual tu…Agak payah lah nak adjust kan diri…Lagi malas bila nak cari parking kat JHC (Jalan Hospital Campus)…Tapi nampaknya, Mawaddah harus biasakan diri juga untuk drive kereta manual sebab amat payah bila abang tiada kan…Tambahan pula bila lil mujahid sudah lahir nanti…Sudah jadi keperluan untuk Mawaddah drive kereta tu kan…Takpe, lepas ini abang tak payah susah hati lagi bila kena posting jauh skit.

Sebelum ini, Mawaddah tak pernah tengok abang susah hati yang teramat sangat, tapi pagi tadi, abang memang tak dapat nak sorokkan kesusahan dan kerisauan hatinya itu…Mawaddah yang tengah susah hati ini pun, automatic terus kuat semangat…Abang kata abang risau sebab Mawaddah dah kerap sakit dan abang juga risaukan lil mujahid…Yelah keadaan Mawaddah yang semakin deteriorate ni membuatkan abang sungguh risau…Hendak mengendong beg laptop dan buku-buku lagi sebab biasanya abang yang tolong Mawaddah bawakan…Jemput Mawaddah kat kelas…Katanya, bila Mawaddah sakit, dia tahu ianya sangat sakit sampai tak tahu nak buat apa dah…Abang mampu comfort dan berikan semangat pada Mawaddah je…Inikan pula bila abang tiada di sisi….Siapa yang akan memahami Mawaddah seperti abang memahami diriku ini..Ye, pastinya suami itu yang paling memahami keperluan kita….Betul tak??? Walaupun abang pergi tidak lama, tapi kehadirannya sangat diperlukan oleh isteri yang berkeadaan seperti diriku ini…

Alhamdulillah, Allah adalah sebaik-baik perancang…Kebetulan ada AGM dan iftar untuk Kuliyyah of Nursing… Mawaddah baru tahu tau…Ini bermakna, Mawaddah tak perlu pulang ke rumah dan just stay here dengan kawan-kawan….Lega sangat dan terus SMS abang memberitahu perkhabaran ini supaya abang tidak risau akan Mawaddah dan little mujahid…Little Mujahid tunggu ayah pulang tau kalau nak lahir pun…

Terima kasih abang kerana menyayangi sayang dan little mujahid...

August 20, 2009

Semendung Langit …


Assalamualaikum,

Tika diriku menulis entry kali ini, aku sedang keseorangan di rumah kerna abang baru sahaja keluar untuk discussion PBL beliau…Mawaddah pula sedang menaip assignment oncology yang dilakukan saat-saat akhir…Di saat ini, guruh sedang berdentum dengan kuatnya, suasana begitu mendung, angin mendayu-dayu…Seperti mahu hujan sahaja, pada perkiraanku…Suasana ini seperti mendungnya hatiku di kala ini…Secara kebetulannya, aku tertekan lagu sudirman-pelangi petang sedangkan sejak mengandungkan lil mujahid ini, sudah lama aku tidak mendengar lagu-lagu seperti ini…Mungkinkah diriku ini terlalu sensitif kerna pembawaan lil mujahid buat masa ini…

Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, ujian datang bertimpa-timpa…Sungguh diriku ini tidak cukup kuat untuk menghadapinya…Dada dan jantung ini seakan mahu meletup sahaja…Pujukan abang juga tidak mampu meleraikan tangisan dan esakan tangisanku ini…Abang kata Allah pilih kita untuk diuji sebab Allah sayang pada kita...

Kebetulan pula, sewaktu dalam kelas Critical Care Nursing pagi tadi, guest lecturer memberi case study about patient who had urosepsis…Yes, urosepsis adalah penyebab kematian datuk ku yang amat kusayangi…Beliau pergi meninggalkan kami 21 Jun lalu, di hadapan diriku…Sewaktu itu, diriku sedang mengandung 7 bulan dan tersangatlah ralat kerna beliau tidak sempat menatap wajah cicit sulungnya ini…Beliau selalu menantikannya…Sering juga berangan-angan yang beliau akan beraya bersama lil mujahid…Pastilah gembira tidak terkata…Namun, ajal dan maut tidak menunggu walau sedikit pun…In the state of bargaining, diriku ini pernah menyesali mengapa tidak mengandungkan lil mujahid lebih awal…Teringat juga daku pada rayuannya pada diriku ini kerna beliau tidak lagi dapat menahan kesakitan menghadapi sakaratul maut…I`m a future nurse, but I really can`t help him during that time…Serius, sangat kecewa…Tidak tahu nak buat apa pada saat itu…Hatiku begitu luka dan tersangat parah...Tapi, nyawanya bukan di dalam tangan ku...

Ramadhan ini adalah ramadhan pertama tanpa dirinya…Rindu sangat pada kemeriahan pabila beliau bersama kami…Gelak tawanya, usikan manjanya…Pabila diriku keseorangan seperti saat ini, baru kusedar bahawa sebenarnya diriku ini merindui seseorang…Dialah orangnya…Tidak hairanlah, diriku ini begitu sensitif pada saat-saat ini…Tambahan pula, tidak berapa lama lagi sahaja lil mujahid akan lahir…Memang benarlah bahawa kita harus menghargai seseorang selagi masih ada hayatnya kerna pabila dia telah tiada, tiada gunanya lagi kita menyesali pemergian beliau…Hanya doa yang mampu kukirimkan buat dia yang tersayang…Moga rohmu tenang di sana…Ya, sangat rindu dan rindu padanya…Menangis??? Ya, tika diriku sedang menulis entry ini aku sedang menangis teresak-esak kerana terlalu merindui dia…Suatu masa dahulu, aku adalah buah hatinya…Banyak memori terukir bersama...Maafkan diriku andai ada tanggungjawab yang tidak kutunaikan di sepanjang hayatmu...Semoga kita berjumpa lagi di syurga….Al-fatihah buat dirimu…