Semalam, saya menantikan sesuatu di rumah…Menantikan tibanya kiriman dari Kuala Lumpur…Penantian berakhir jam 12.30 tengah hari…
Bungkusan dari courier company, City Link tiba di hadapan rumahku…
Erm, fragile ye…
Wow, ummi menyempurnakan hajat abang yang mahukan ianya berwarna biru…Sama warna plak tu dengan kebanyakan barang-barang little mujahid…
Bila buka, segala-galanya berwarna biru..
Nampaknya, mulai hari ini saya tidak akan lagi memakai yang ini…kakinya sudah kudung…Mana tidaknya, cermin mata ini telah digunapakai sejak Mawaddah di tingkatan 5 lagi…
Saya berbesar hati dan terharu kerana ummi dan abah bersusah payah menempahkan cermin mataku ini…Pilihan ummi abah sangat menepati cita rasa saya…Ummi juga bersegera mahu mengirimkan cermin mata ini kepadaku…Saya sangat terharu…Ingin sahaja saya menangis mengenangkan ummi dan abah yang sentiasa melayan kesongehan anaknya ini…Sepanjang semalam hingga ke hari ini, saya masih lagi bergembira menerima cermin mata baru…Jazakumullahu hu khairan kathira buat ummi dan abah di atas pengorbanan kalian…Sungguh tidak terbalas… I love both of you sooooooo much…
Begitulah pengorbanan dan kasih sayang ummi abah pada saya…bagaimana pula dengan saya kepada little mujahid???Mampukah saya jadi sehebat Ummi dan Abah???
Sebenarnya saya seorang pemakai contact lens sedari saya berumur 16 tahun lagi...tetapi bila di rumah, saya sangat memerlukan cermin mata ini...Tambahan pula, tidak lama lagi saya akan bersalin dan berpantang.
No comments:
Post a Comment