Assalamualaikum,
Sewaktu abang menjemput diriku dari kelas petang tadi, muka abang merah padam…nampak lesu sahaja…Rupa-rupanya abang demam, pening kepala dan sakit tekak…Begitu juga diriku yang sedang sarat ini…Malam ini, kami makan nasi beriani bungkus sahaja…Abang pun tidak membenarkan diriku ini untuk memasak…Kasihan sungguh melihat suami yang kurang sihat…Selalunya, abang lah yang membantuku, tetapi hari ini, Mawaddah terpaksa melupakan tentang diri ini sebentar…Melupakan kepenatan yang Mawaddah lalui di kelas sepanjang hari ini…Melupakan sebentar, kesakitan contraction yang datang semakin kerap…Melupakan kerehatan yang telah Mawaddah rancang di kelas sebentar tadi…Diri ini sungguh penat sebenarnya…Kerisauan terhadap kesihatan abang mengatasi segala-galanya…Perhatian harus diberikan pada abang… Mawaddah tidak mampu melelapkan mata, mahupun berbaring sebentar…Risau akan abang agaknya…Setiap 5 minit, merasai dahi abang, sama ada panas atau tidak…Buat assignment pun di atas katil supaya mudah nak observe abang…Selepas solat Isya` tadi, abang kata abang rasa semakin pulih, Alhamdulillah…Nampaknya, kini abang sedang lena…InsyaAllah, sayang doakan semoga abang cepat sembuh ye…Seperti yang abang selalu katakan pada sayang, Allah berikan kesakitan kerana Allah ingin berikan pahala apabila kita bersabar…Abang juga adalah sumber pahala buat sayang (slogan kita berdua kan…hehe)…Berbaktilah dan taatilah pada suami, insyaAllah, syurga lah tempat kita…amin…
p/s: Alhamdulillah, little mujahid nampaknya sangat behave pada malam ini…Seakan-akan tahu sahaja yang ayahnya sedang sakit dan umminya sedang berjuang menyiapkan assignment…Jazakallah buat anak ummi tercinta kerana memahami keadaan ummi ayah…Kami sangat sayangkan kamu…Beritahu ummi tau, kalau sayang ummi ayah ini sudah hendak lahir ke dunia…Bercadang untuk ke klinik pada esok hari…Berdoa, moga ada kelapangan…
salam..harapnya satu famili mawaddah sihat..ana n dzaatin baru lepas sihat..amat risau dizaman sekarang..Allah sudah tegur dgn HINI..mm
ReplyDelete