Lama ayah tidak menulis untuk anak ayah ni sampai ayah dah kena paksa dengan ummi untuk menulis. Hehe. Maaf ye anak bertuah ayah ni. Sekarang ni kami sedang bersedia kemungkinan ummi untuk melahirkan lil mujahid. Tengahari tadi ummi telah pun keluar ‘show’ atau turun tanda untuk bersalin. Petangnya kami terus ke Hospital Barakah untuk pemeriksaan ummi. Bersedia dengan segala kemungkinan lahirnya cahaya mata ummi ayah. Tetapi selepas pemeriksaan, midwife yang bertugas memberitahu yang cervical opening masih lagi 1 cm dan contraction pada 1 dalam 10 minit untuk 30 saat. Belum lagi pada tahap kritikal walaupun kesakitan contraction telah ummi rasai sejak 3 minggu yang lalu. Midwife memberi kami peluang untuk pulang ke rumah supaya ummi lebih selesa berbanding di hospital walaupun boleh sahaja untuk terus tinggal di sana.
Menurut opah semasa mengandungkan anak sulung, paklong hanya lahir selepas 2 hari turun tanda. Maknanya mungkin anak ayah ni akan lahir lusa jika mengikut sunnah opah. Hai, jadi anak merdekalah baby ayah ni kalau lusa dia nak lahir. Bolehlah panggil baby merdeka gamaknya. Huhu. Apa-apa pun kami sekeluarga sudah bersedia sekiranya air ketuban pecah dan baby kurang aktif menunjukkan tanda sudah dekat untuk bersalin. Hanya Allah sahaja yang tahu bila anak sulung ayah ni akan lahir dan hanya padaNyalah kami semua berserah dan berharap. Berharap agar segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
comelnye, baru cakap dgn mawaddah "entah2 baby keluar 31 ogos..." anyway, makcik dah tak sabar tunggu baby kat sini.
ReplyDeletekirim salam kat mawaddah ye.. semoga dipermudahkan urusan olehNya. =) All my family members send their regards to both of u.
ReplyDeletemendoakan segala yang terbaik wad Mawaddah n baby..InsyaAllah tak lama la tu..pengalaman ana..berukuran 1cm dalam masa sehari lebih..lepas tu terbuka hingga ke 9cm dan terus siap untuk bersalin..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteMacamana condition Mawaddah sekarang? Moga segalanya dipermudahkan ALlah... Nikmatilah detik2 itu kerana ianya adalah pengalaman yang sangat berharga