Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 20, 2009

Semendung Langit …


Assalamualaikum,

Tika diriku menulis entry kali ini, aku sedang keseorangan di rumah kerna abang baru sahaja keluar untuk discussion PBL beliau…Mawaddah pula sedang menaip assignment oncology yang dilakukan saat-saat akhir…Di saat ini, guruh sedang berdentum dengan kuatnya, suasana begitu mendung, angin mendayu-dayu…Seperti mahu hujan sahaja, pada perkiraanku…Suasana ini seperti mendungnya hatiku di kala ini…Secara kebetulannya, aku tertekan lagu sudirman-pelangi petang sedangkan sejak mengandungkan lil mujahid ini, sudah lama aku tidak mendengar lagu-lagu seperti ini…Mungkinkah diriku ini terlalu sensitif kerna pembawaan lil mujahid buat masa ini…

Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, ujian datang bertimpa-timpa…Sungguh diriku ini tidak cukup kuat untuk menghadapinya…Dada dan jantung ini seakan mahu meletup sahaja…Pujukan abang juga tidak mampu meleraikan tangisan dan esakan tangisanku ini…Abang kata Allah pilih kita untuk diuji sebab Allah sayang pada kita...

Kebetulan pula, sewaktu dalam kelas Critical Care Nursing pagi tadi, guest lecturer memberi case study about patient who had urosepsis…Yes, urosepsis adalah penyebab kematian datuk ku yang amat kusayangi…Beliau pergi meninggalkan kami 21 Jun lalu, di hadapan diriku…Sewaktu itu, diriku sedang mengandung 7 bulan dan tersangatlah ralat kerna beliau tidak sempat menatap wajah cicit sulungnya ini…Beliau selalu menantikannya…Sering juga berangan-angan yang beliau akan beraya bersama lil mujahid…Pastilah gembira tidak terkata…Namun, ajal dan maut tidak menunggu walau sedikit pun…In the state of bargaining, diriku ini pernah menyesali mengapa tidak mengandungkan lil mujahid lebih awal…Teringat juga daku pada rayuannya pada diriku ini kerna beliau tidak lagi dapat menahan kesakitan menghadapi sakaratul maut…I`m a future nurse, but I really can`t help him during that time…Serius, sangat kecewa…Tidak tahu nak buat apa pada saat itu…Hatiku begitu luka dan tersangat parah...Tapi, nyawanya bukan di dalam tangan ku...

Ramadhan ini adalah ramadhan pertama tanpa dirinya…Rindu sangat pada kemeriahan pabila beliau bersama kami…Gelak tawanya, usikan manjanya…Pabila diriku keseorangan seperti saat ini, baru kusedar bahawa sebenarnya diriku ini merindui seseorang…Dialah orangnya…Tidak hairanlah, diriku ini begitu sensitif pada saat-saat ini…Tambahan pula, tidak berapa lama lagi sahaja lil mujahid akan lahir…Memang benarlah bahawa kita harus menghargai seseorang selagi masih ada hayatnya kerna pabila dia telah tiada, tiada gunanya lagi kita menyesali pemergian beliau…Hanya doa yang mampu kukirimkan buat dia yang tersayang…Moga rohmu tenang di sana…Ya, sangat rindu dan rindu padanya…Menangis??? Ya, tika diriku sedang menulis entry ini aku sedang menangis teresak-esak kerana terlalu merindui dia…Suatu masa dahulu, aku adalah buah hatinya…Banyak memori terukir bersama...Maafkan diriku andai ada tanggungjawab yang tidak kutunaikan di sepanjang hayatmu...Semoga kita berjumpa lagi di syurga….Al-fatihah buat dirimu…



1 comment:

  1. Salam Mawaddah,tabahkn hai..kuatkn semngt yea...fikirkn baby dlm kndgn tu..eem nnt baby pn tereffct klu mawaddah sedih2.
    Dah tak lma lil mujahid nak keluar,moga akn jadi pnguat smngt mawadah utk menempuh hari2 yg mndatg.

    Salam Ramdhan buat mawaddah suami.

    Alfatihah buat arwah atuk mawaddahT_T

    ReplyDelete