Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 27, 2009

Abang, abang & abang...

Assalamualaikum…

Hari ni abang ada clinical posting di Hospital Kemaman. Ini bermakna, abang kena hantar Mawaddah seawal mungkin ke kelas dan Mawaddah kena pulang sendiri ke rumah pada petang ini menaiki prebet sapu, atau Pak Teh…Erm, memang Mawaddah rasa hendak mengeluh sahaja bila abang kata kena posting kat kemaman…Di saat sedang sarat mengandung ini, pastilah Mawaddah tak larat hendak drive kereta manual kami tu…Mesti perut kena stereng kereta punye…Sudahlah Mawaddah biasa drive kereta auto dan yang kecil plak tu…Inikan pula nak drive kereta Saga baru yang agak besar dan manual tu…Agak payah lah nak adjust kan diri…Lagi malas bila nak cari parking kat JHC (Jalan Hospital Campus)…Tapi nampaknya, Mawaddah harus biasakan diri juga untuk drive kereta manual sebab amat payah bila abang tiada kan…Tambahan pula bila lil mujahid sudah lahir nanti…Sudah jadi keperluan untuk Mawaddah drive kereta tu kan…Takpe, lepas ini abang tak payah susah hati lagi bila kena posting jauh skit.

Sebelum ini, Mawaddah tak pernah tengok abang susah hati yang teramat sangat, tapi pagi tadi, abang memang tak dapat nak sorokkan kesusahan dan kerisauan hatinya itu…Mawaddah yang tengah susah hati ini pun, automatic terus kuat semangat…Abang kata abang risau sebab Mawaddah dah kerap sakit dan abang juga risaukan lil mujahid…Yelah keadaan Mawaddah yang semakin deteriorate ni membuatkan abang sungguh risau…Hendak mengendong beg laptop dan buku-buku lagi sebab biasanya abang yang tolong Mawaddah bawakan…Jemput Mawaddah kat kelas…Katanya, bila Mawaddah sakit, dia tahu ianya sangat sakit sampai tak tahu nak buat apa dah…Abang mampu comfort dan berikan semangat pada Mawaddah je…Inikan pula bila abang tiada di sisi….Siapa yang akan memahami Mawaddah seperti abang memahami diriku ini..Ye, pastinya suami itu yang paling memahami keperluan kita….Betul tak??? Walaupun abang pergi tidak lama, tapi kehadirannya sangat diperlukan oleh isteri yang berkeadaan seperti diriku ini…

Alhamdulillah, Allah adalah sebaik-baik perancang…Kebetulan ada AGM dan iftar untuk Kuliyyah of Nursing… Mawaddah baru tahu tau…Ini bermakna, Mawaddah tak perlu pulang ke rumah dan just stay here dengan kawan-kawan….Lega sangat dan terus SMS abang memberitahu perkhabaran ini supaya abang tidak risau akan Mawaddah dan little mujahid…Little Mujahid tunggu ayah pulang tau kalau nak lahir pun…

Terima kasih abang kerana menyayangi sayang dan little mujahid...

No comments:

Post a Comment