Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 27, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum…

Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan ke atas kami berdua….Tidak sangka ada nikmat berganda yang Allah hendak berikan disebalik dugaan yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini…

Pagi tadi sangat sedih…Pastinya semua pembaca blog ini mengetahuinya melalui entry yang di pos pada pagi tadi…Sesampainya di kelas, Mawaddah tergerak hati untuk singgah di papan kenyataan batch Mawaddah…Oh, jadual mid-sem exam dah keluar rupanya…Malangnya, ia sedikit menganggu perancangan asal Mawaddah dan abang, memandangkan kami menjangkakan bahawa Mawaddah akan habis selesai menduduki mid-sem exam next week…Tapi jelas sungguh menunjukkan bahawa hanya ada satu paper je next week…3 lagi paper selepas tarikh EDD Mawaddah, iaitu 9/9/2009…Terpaksa tukar plan baru…Maksudnya, Mawaddah sudah boleh mula plan dengan Deputy Dean Academic…Hendak negotiate untuk menduduki mid-sem exam juga…Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun…. Mawaddah nak amik exam juga…Hopefully, DDA dapat menunaikan permintaan Mawaddah ini…Walaubagaimanapun, Mawaddah tetap akan mula cuti bersalin pada hari sabtu minggu hadapan….Menunggu sahaja saat melahirkan little mujahid…

Berita gembira yang baru Mawaddah terima adalah clinical posting untuk subjek Oncology yang akan diadakan di HUSM, Kubang Kerian telah ditunda ke next semester…Ini bermakna, Mawaddah akan posting di Hospital Temerloh sahaja selama 4 minggu…Apa yang menggembirakan, hari Isnin hingga Khamis sahaja Mawaddah akan menjaga little mujahid bersama kawan-kawan yang ramai sungguh volunteer untuk membantu…Khamis petang boleh pulang ke Kuantan untuk menghadiri kelas pada pagi Jumaat…Jumaat petang, Mawaddah, abang dan little mujahid akan pulang semula ke Temerloh kerana during weekend pun Mawaddah kena posting kat wad….Abang lah yang akan menjaga little mujahid di hotel…Kalau dapat off-duty, dapatlah meluangkan masa bersama abang dan baby kami…Kalau tak dapat pun, sudah cukup gembira rasanya bila dapat berkumpul bersama….

Alhamdulillah, bibir ini tidak dapat berhenti daripada mengucapkan rasa syukur kepada Allah…sebaik-baik perancang…Pabila Allah beri dugaan kepada kita, rasa nikmat sangat bila dapat bantuan dari-Nya …Jadi, apabila kita ada masalah atau dalam kesusahan, berdoalah kepada Allah…Mengadulah kepada-Nya…dan pesan abang kepada Mawaddah, berserahlah dan bertawakallah pada Allah pabila kita telah berusaha sebaik mungkin…

Dahulu, bila banyak sangat dugaan hendak membina baitu muslim, ada juga keluhan Mawaddah…Waktu tu Mawaddah rasa sudah hebat sangat ujian untuk berkahwin…Tetapi sebenarnya apabila sudah berkahwin, dugaan dan cabaran tetap ada…Tidak akan berhenti…Apatahlagi dalam rangka kita sudah berkeluarga…Masih belajar…Bakal menjadi ummi….Dulu, fikir untuk diri sendiri sahaja…Lepas itu, kehidupan berdua….Dan kini bertiga pula…Percayalah, tanpa dugaan, cabaran dan halangan, kita tidak akan jadi seorang muslim dan mukmin yang kuat…Berterima kasih lah kepada Allah kerana menguji kita…Ujian itulah yang mengentalkan jiwa ini…Menjadikan kita seorang yang tabah dan sabar….

4 comments:

  1. oh..nk bersalin dh ye? smg dipermdhkn ms bersalin nnt.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..insyaAllah segala yg kita lakukan kalau ia baik insyaAllah Allah akan beri ganjaran yang baik pada akak n suami n lil mujahid..em sabar tonggak utama..em nati dah bersalin inform kat kami kawan2x blog akak ek..hehe..bg pic sekali..lil mujahid kuar je suh puasa taw..hehe..=)

    ReplyDelete
  3. mawaddah, fasabrun jameel, rite? ^_^

    em, usaha, then let ALLAH covers everything..just have faith in HIM..

    told ya!...dan sekarang, anda juga merasainya, bukan? Hebat sungguh bila ALLAH buat kerja =)

    ok.dh nak bersalin pun. jaga diri elok2.tenang2 aja ya ^_~ auntie 'atiqah tak sabaq nak tengok muka bb..hee

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sebaik2 perancang hanyalah Allah..dan ujian mmg xkan habis selagi kita hidup di dunia tidak kiralah sudah berkahwin atau tak..sudah ada anak atau tak..masing2 dah Allah tetapkan..ujian selepas memiliki anak buat ana lebih menghargai emak dan ibu..ayah dan abah..mmm

    ReplyDelete