Assalamualaikum…
Duhai anakku sayang, mengapa kamu tidak mahu tidur sedari malam semalam…Ummi dan ayah sudah penat sayang…Tatkala ummi mahu memejamkan mata, lil mujahid mula menendang dan menumbuk diaphragm ummi sehingga senak perut ummi dibuatnya…Tambahan pula dengan Braxton Hicks contraction yang cukup untuk membuatkan ummi rasa sakit…SOB lagi dek kerana perut yang buncit dan besar ini..Ummi hampir sekali mahu menitiskan air mata dan hampir hilang sabar dibuatnya… Mana taknya, baru sahaja hendak lena sudah terkejut …Asyik terkejut di tengah malam membuatkan ummi palpitation tau… Mujur ayah tidak membiarkan ummi keseorangan berjaga di tengah malam …Ayah juga memujuk lil mujahid walaupun tahu anak ini sememangnya tidak mahu tidur malam tadi…Ayah punya pujukan berbunyi begini, “Nape ni sayang, tidurlah…sian kat ummi dah penat dan nak tido..”Pujukan ayah hanya mampu meredakan keaktifan anak ummi ni hanya buat sementara sahaja…Ummi tahu pujukan ayah pada lil mujahid, hanyalah untuk meredakan perasaan ummi…hehe..bukan nak pujuk anak sebenarnya, nak pujuk umminya yang lebih..Yelah, umminya ni mudah benar menitiskan air mata..hehe..Sehingga ke subuh lil mujahid masih lagi aktif…Selepas bersalam, menghantar ayah pergi ke kelas, barulah lil mujahid reda dan lebih tenang…Aduhai, anak ummi ayah ini…Sudah tidak sabar lagi agaknya untuk lahir ke dunia ini…Sungguh anak ini menduga kesabaran dan mentarbiyyah kami…Ini baru dugaan sewaktu dalam tummy ummi lagi…Kalau sudah lahir nanti, kita tengok ye camne pula…
Dugaan dan cabaran tidak semestinya pahit untuk kita alami…Tapi sungguh manis untuk dikenang…Walaupun malam tadi ummi dah nak menangis, tapi hari ini boleh gelak-gelak dan tersenyum dengan ayah pabila mengenangkan ragam lil mujahid malam tadi…hehe…
No comments:
Post a Comment