Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

August 3, 2009

Berada disampingmu Setiap Waktu...



Assalamualaikum…

Mawaddah dapat cuti seminggu daripada Kuliyyah of Nursing gara-gara H1N1…Bunyinya seperti menggembirakan je kan…Kalau ikutkan hati Mawaddah, Mawaddah nak terus stay kat KL (kebetulan balik weekend), tapi kelas abang penuh minggu ni…Mawaddah kesian kalau abang balik Kuantan sorang-sorang…Walaupun Mawaddah sayangkan ummi abah, tapi Mawaddah juga tidak dapat dan tidak mampu untuk berpisah dengan abang…Lagi merana rasanya berpisah dengan zauj…Akhirnya, Mawaddah turut serta balik Kuantan dengan abang…Tempat seorang isteri sememangnya disamping suami…Abang suka Mawaddah tiada kelas minggu ni sebab katanya tidak perlulah keluar rumah seawal jam 7 pagi untuk menghantar Mawaddah…Waktu lunch abang balik rumah, makan lunch dengan Mawaddah…Abang nampak gembira sebab bila pulang dari kelas, isterinya sudah menanti di hadapan pintu…ada orang sambut…salam tangan abang…itulah kegembiraan seorang zauj bila zaujahnya berada disisinya…Kegembiraan seorang suami adalah kebahagiaan buat seorang isteri…Sebagai seorang isteri, sudah menjadi tanggungjawab untuk membahagiakan hati suami…membuatkan suami tenang bila kita bersamanya…Nikmat sebenarnya menjadi seorang isteri dan dapat membahagiakan hati seorang suami…kalau tak percaya, kita kena lalui fasa ini dahulu…Mawaddah yakin, kalian juga akan rasa dan lalui pengalaman seperti ini…Percayalah…

3 comments: