Uwais yang ummi kasihi, alhamdulillah ayah dapat posting di Selangor, tapi masih belum tahu lagi penempatan ayah di hospital mana. Tengah hari tadi waktu ayah call ummi, hati ummi yang berdebar-debar tau. Seakan tahu je ayah nak sampaikan berita ni. Ummi pun tak tahu nak gambarkan perasaan waktu tu sebab ummi dengar suara ayah ada sedikit kekecewaan. Kalau ikutkan hati, ayah nak Biro Farmaseutikal Kebangsaan, tapi dapat Hospital area Selangor pula. Mungkin itu yang terbaik untuk ayah. InsyaAllah, 1 Ogos ini ayah akan mendaftar diri. Waktu tu baru tahu dapat hospital area mana. Alhamdulillah, habis sudah tempoh housemanship ayah selama setahun kan.
Debaran masih belum habis lagi ni Uwais. hihi. Kita sama-sama doakan agar ayah dapat Hospital yang terbaik. Terbaik di sisi Allah, insyaAllah. Terbaik untuk Islam. Moga Allah redha.
Buat ayah, tahniah ye. Ummi dan Uwais tumpang gembira..^__^
No comments:
Post a Comment