Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 31, 2010

`Ukasyah, Mujahid Sulung Kami


Assalamualaikum,

Ummi seperti kehilangan kata-kata untuk dicoretkan pada hari ini…Sungguh, hati terasa sangat hiba bila menjelangnya tarikh 31 Ogos ini…Sesungguhnya, pada hari inilah jua ummi melahirkan mujahid sulung kami, `Ukasyah…Genap sudah setahun telah berlalu…Namun, ketentuan Allah tidak dapat ummi lawan…Allah pinjamkan `Ukasyah kepada ummi ayah untuk 3 bulan setengah sahaja…Ummi redha di atas ketentuan ini….Kerna `Ukasyah lebih bahagia di sana…

Ramai yang mengatakan pada ummi bahwa masa akan mengubati kesedihan ini…Tapi, ummi rasa perasaan rindu pada `Ukasyah semakin menebal…Cuma Allah beri ummi ayah lebih kekuatan untuk menghadapinya…Sedihnya ummi tidak terkata….Tetapi ummi yakin bahwa Allah telah mengaturkan sesuatu yang baik buat kita semua…`Ukasyah milik Allah….`Ukasyah telah merdeka dari dunia yang fana ini…

Ummi dan ayah tidak pernah melupakan `Ukasyah…Ummi ayah saaaaaaaaayang sangat pada `Ukasyah…

Al-fatihah…

August 29, 2010

Belum Masanya Lagi…


Assalamualaikum,
Ummi ayah baru balik dari check-up baby ni…Allah izin, bacaan AFI sudah naik kepada 9, di mana boleh dikatakan masih selamat…Jadi, hari ini tidak jadi hendak induce untuk melahirkan mujahid kecil kedua ini…Masih belum tiba masanya lagi untuk ummi ayah  bertemu dengan buah hati kami ini…InsyaAllah, inilah keputusan yang terbaik buat mujahid kecil kedua…Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang mendoakan ummi dan baby ye…

August 28, 2010

Semoga Dipermudahkan Proses Kelahiran Ini...


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru saja lepas mengemas bilik, vacuum bilik, membasuh baju dan mempersiapkan beg untuk ke hospital pada esok hari…Semuanya ayah yang tolong buatkan sebab ummi dah tak larat…Esok, ummi kena jumpa Dr Khairiah sekali lagi untuk check-up yang bakal menentukan sama ada mujahid kecil kedua akan lahir atau tidak pada esok hari…Bacaan AFI (Amniotic Fluid Index) ummi pada minggu lepas sudah berada di tahap `borderline`, iaitu 8…Bacaan normal adalah 8-18…Berkemungkinan besar memang kena `induce` juga ummi sebab bila semakin matang ni, lagilah akan berkurangan atau constant AFI itu…InsyaAllah, andai diizinkan Allah, lahirlah mujahid kecil kedua pada esok hari atau lusa…

Ummi agak berdebar-debar juga untuk melaluinya sekali lagi, tetapi ummi tidak berhenti memohon pada Allah agar permudahkan proses kelahiran dan beri ummi kekuatan…Tidak sabar juga untuk bertemu dengan buah hati yang kedua ini…InsyaAllah, ayah akan memegang amanah untuk update segala perkara berkaitan perkembangan proses kelahiran mujahid kecil kedua kami di blog dan FB ummi ayah…Ummi memohon maaf andai ummi pernah menguris hati sesiapa ye….Mohon doakan yang terbaik buat kami….

August 23, 2010

29, 30 atau 31 Ogos???

Ummi, Aunty Shaheera, Aunty Naddy  dan Aunty Ummi (ye, namanya ummi)

Gambar sewaktu perjumpaan bersama geng-geng sewaktu di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar..Kredit to Pian



Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat dan rahmat yang tidak terhingga  buat kami sekeluarga…Semalam aktiviti ummi ayah sangat banyak sampai ummi pancit dibuatnya…Walaubagaimanapun, ummi sangat gembira kerna dapat meluangkan masa bersama orang-orang yang ummi ayah sayangi…Seawal pukul 9 pagi, ummi ayah pergi check-up mujahid kecil kedua di hospital barakah…Balik dari hospital, ummi ayah bersama seluruh ahli keluarga pergi membeli-belah di Jusco Cheras Mahkota yang baru saja dibuka…Waktu petang sehingga malam, kami luangkan masa bersama geng ummi dan ayah sewaktu kami bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah…Teringin sekali membuat entri tentang perjumpaan yang begitu bermakna ini…InsyaAllah, andai ada lagi kelapangan, akan ummi coretkan lagi di sini…Masih menunggu gembar-gambar sewaktu perjumpaan dari Pian, sahabat ayah…
Sebelum pergi check-up di hospital semalam, ummi sangat berdebar…Beg  ummi, ayah dan mujahid kecil kedua telah disiapkan, tetapi sengaja tidak dibawa ke hospital…Ummi katakan pada ayah, ummi rasa belum masanya lagi walaupun ummi sudah sakit sangat dengan Braxton Hicks contraction yang datang dengan kerap ini…Ummi tidak tahu mengapa ummi terlalu letih kali ini, sedangkan sewaktu 3 hari sebelum bersalinkan  `Ukasyah , ummi masih hadir ke kelas…Mungkin kerana ini kandungan yang kedua dan mujahid kecil ini juga sangat aktif di dalam perut ummi…Bergoyang ke kiri kanan…Kalau kena penumbuknya, memang teramat sakit sekali…Senak ummi jika ditendang…Kini, ummi tidak larat lagi untuk memasak…Apatahlagi, membuat kerja rumah…
Lari dari tajuk pula ummi ye…Sebenarnya, sewaktu check-up semalam ada perbincangan sedikit dengan doktor pakar ummi, Dr Khairiah…Amniotic fluid semakin berkurangan dan sudah borderline…Ummi sangat risau…Alhamdulillah, baby sangat aktif dan dan berat sudah mencecah 2 kg lebih…Kiranya, kalau baby lahir pun, sudah melepasi tahap selamat…Lagipun ummi yakin sangat dengan sahabat baik Opah ini kerana beliau yang akan menyambut kelahiran mujahid kecil kedua…Dr Khairiah jualah yang menyambut kelahiran `Ukasyah dan juga Mus`ab…InsyaAllah, apa-apa keputusan ummi serahkan saja padanya sebab beliau pakar perunding O&G…Ummi ini bukan sesiapapun kan…Dr. Khairiah menetapkan temujanji pada hari Ahad ini sebab ummi memang sudah mula kena check-up setiap minggu mulai sekarang…Ahad ini bakal menentukan segalanya…Sekiranya amniotic fluid semakin kurang, maka Dr. Khairiah kata, pilihan yang terbaik adalah `induce labor`…Ummi juga sudah mula sakit dengan kerap…
Ummi ayah sudah berbincang dengan keluarga dan semua setuju jika itu yang terbaik…Balqis, adik ummi, juga pernah ada pengalaman dengan `induce labor` ni…Ummi tengok, mudah saja beliau bersalin…Progress juga sangat cepat walaupun anak sulung…Tapi ummi dan ayah tidak buat keputusan lagi untuk serah diri di hospital pada tarikh yang mana satu ( 29, 30 atau 31 Ogos)  sebab ayah perlu mohon cuti dahulu dan bila baby sudah lahir, baru ayah dapat `paternity leave` selama seminggu…Appointment pada hari Ahad ini, tetapi pada hari tersebut, family ummi semua hendak pergi makan satay Kajang…Mestilah ummi nak ikut…Mana boleh tinggalkan ummi…InsyaAllah, nanti kami akan berbincang lagi untuk tarikh yang lebih sesuai ye…Ke baby nak lahir 31 Ogos seperti abang `Ukasyah???  Nanti senang atuk dan nenek hendak datang ziarah baby kan…hihi…
Mohon doa kalian agar Allah beri dorongan yang terbaik buat kami di dalam membuat keputusan…Doakan jua agar ummi selamat melahirkan mujahid kecil yang kedua ini ye…Ummi tidak sabar untuk berjumpa dengannya…Ayah juga begitu….InsyaAllah, lebih kurang seminggu sahaja lagi…
p/s: Pregnancy ticker di sidebar blog ini tidak betul sebenarnya…

August 20, 2010

10 Ramadhan



Hari ini 10 Ramadhan…`Ukasyah dilahirkan pada 10 Ramadhan yang lepas…Kiranya,  genaplah umurmu setahun…Ummi ayah sering merindui `Ukasyah….Begitu juga Aki, namamu sering meniti dibibirnya…Mengalahkan ummi yang mengandungkanmu selama 9 bulan dan menyusukanmu selama 3 bulan setengah…Pastinya kerna kelahiranmu yang sentiasa dinantikan kami semua…Anak sulung, cucu sulung di sebelah ummi ayah dan cicit sulung jua di sebelah ummi…Saat melahirkanmu sangat istimewa…Semua berada di sisi ummi…Opah, aki, pak long, pak su, ammu, khaulah, opah lang, anak-anak dan menantunya juga…
Sesungguhnya, anak sulung ummi telah berada dalam pemeliharaan yang terbaik…InsyaAllah, kita semua pasti bertemu kembali di syurga yang kekal abadi…Dunia adalah persinggahan yang sementara…Ummi ayah sayangkan `Ukasyah…Adik juga sayangkan abang…Doa Ummi, moga Allah terus beri ummi ayah kekuatan, ketabahan, keimanan dan ketaqwaan yang sentiasa meningkat di atas ujian yang Allah berikan kepada ummi ayah….Amin…

I`m a mother of two sons ^__^

August 17, 2010

Tidak Lama Lagi...



Gambar yang diambil di KLIA sewaktu menunggu flight Balqis tiba...Ini gambar terbaru ummi, semakin kurus rasanya..hihi..perasan betul...Pak su tiada dalam gambar kerana dia yang menagkap gambar ini...




`Ukasyah

Assalamualaikum, tidak lama lagi je ummi ayah akan bertemu dengan mujahid kecil kedua kami…Mungkin dalam seminggu dua je lagi…Dalam saat-saat penantian ini, hati ini sering terkenang pada mujahid sulung kami, `Ukasyah…Alhamdulillah, Allah izin sebelum puasa hari itu, ummi ayah dapat selesaikan urusan batu nisan dan kubur `Ukasyah…Sedih bila terkenangkan `Ukasyah…Namun, kegembiraan harus mengatasi kesedihan yang melanda kerana janji buat `Ukasyah sudah pasti…Syurga balasan buat anak sulung ummi dan ayah…Mungkin ramai yang berkata bahawa masa akan mengubati kesedihan ini, tambahan pula dengan kehadiran bakal adik `Ukasyah…Namun, ummi ayah tidak merasakan begitu…Cuma Allah tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami menghadapi ujian ini…Setiap anak punya keistimewaannya yang tersendiri…Ummi ayah, tidak pernah lupakan `Ukasyah…Malah, dengan kehadiran mujahid kedua ini , menguatkan lagi perasaan rindu ummi ayah pada `Ukasyah…

Ramadhan & Contraction
Ramadhan kali ini benar-benar menguji kekuatan ummi…Doa ummi agar ummi dapat terus bertahan sehingga saat ummi bersalin…Contraction yang datang semakin kuat, terutamanya bila menjelang pukul 12 tengah hari…Dan ianya akan semakin kuat…Kemuncaknya, adalah semalam bila contraction datang selama dua jam tanpa henti…Ummi terus memerhatikan jam dan merekodkan masa…Contraction yang datang, twice in 10 minutes and 10 seconds for each contraction…Masih berkira-kira untuk ke hospital…Sakitnya, masyaAllah…Tiada tanda atau `show`…Ayah pula pulang lewat dari kerja…Alhamdulillah, opah, aki dan pak long ada di rumah…Bila ayah tiba di rumah, ianya semakin reda…Ummi pun tidak tahu, bila baby akan lahir…Mungkin hujung bulan ini juga…Mungkin juga baby hendak mengikuti jejak langkah abang `Ukasyah, jadi `baby merdeka`…Lahir pada 31 Ogos…Semoga Allah permudahkan proses kelahiran nanti…

Beg Hospital Ummi, Ayah & Baby
Hujung minggu ini, ummi ayah akan pergi hospital untuk check-up yang semakin kerap ini…Kami sudah menyiapkan beg hospital buat mujahid kecil kedua ini, tapi beg ummi ayahnya masih belum disiapkan…Ayah kata sekejap je hendak mengemaskan beg kami…Tapi semalam ayah sudah berpesan pada ummi supaya siapkan beg hari ini…Mana lah tahu, masa sudah tiba kan…Kalau kelam kabut, pasti ada barang yang tertinggal…Ayah suruh siap bawa breastpump medela lagi…Katanya, elok kita bersiap sedia je dengan sebarang kemungkinan…Ummi ini, memang malas nak bawa banyak barang…Dulu, abang `Ukasyah susah hendak `latch on` sebab frenulum lidahnya bersambung, atau perkataan mudahnya, lidah itu pendek sedikit sebab bahagian bawahnya bercantum…Serupa macam lidah ayah…hihi..Kurma, madu dan air zam-zam juga telah ummi disediakan…Ummi  pesan pada khaulah je…InsyaAllah, kalau semua barang dah siap, ummi update dekat blog ye senarai barang-barang yang ummi bawa ke hospital nanti…

Mus`ab
Keluarga kami sangat gembira menyambut kepulangan adik perempuan ummi, Ummu Mus`ab dan keluarganya…Gembira melihat telatah Mus`ab yang memanggil ummi dengan gelaran `Mumu`…Sepatutnya ummu…hehe..Comel sangat bunyinya…Ummi rasa macam Mus`ab panggil lembu susu pula… Mentang-mentang lah ummu susukan dia dulu…Mus`ab memang sangat manja dengan ummi, sampai selalu teringat ummi ini ibunya…Selalu sahaja melentokkan kepalanya di dada ummi…Yang paling ummi pelik, Mus`ab selalu datang kat perut ummi dan meletakkan telinganya di perut  ummi…Agaknya Mus`ab dengar jantung baby yang kuat kot…Rindu Mus`ab yang pulang ke Bagan Serai untuk bertemu Mak Tok nya….

Tarikh-tarikh Penting
Event kami sekeluarga pada tahun ini sudah dirancang…Banyak memori penting dalam hidup bakal terjadi di tahun ini…

Akhir Ogos & Awal September-Menanti kelahiran mujahid kecil kedua
Hari ke-7 kelahirannya-Aqiqah mujahid kecil kedua, bercukur dan pemberian nama
31 Ogos-Hari Lahir abang `Ukasyah
9 September-Hari Lahir Aki
10 September-Hari Raya Puasa
14 September-Hari Lahir Jannah (anak susuan ummi juga)
25-26 September-Ambil jubah konvo untuk ummi ayah di UIA Gombak
3 Oktober-Hari Konvokesyen Ummi
4 Oktober-Hari Konvokesyen Ayah
2-10 Oktober-Pulang jubah konvo
29-31 Oktober-Holiday@Cameron Highlands (bersama opah, aki, paklong, paksu, khaulah, ammu, mus`ab dan tidak lupa juga, percutian pertama selepas ummi habis pantang dan bersama mujahid kecil kedua…tidak sabar ummi)…


August 11, 2010

Selamat Pulang Mus`ab


Asssalamualaikum,

Ummi sedang menantikan kepulangan anak susuan ummi, Mus`ab…Sungguh tidak sabar untuk bertemu dengannya…InsyaAllah, kami sekeluarga akan menjemputnya di KLIA pukul 9.30 malam ini…Masihkah Mus`ab ingat pada ummu lagi???  Ye, gelaran ummi buat Mus`ab adalah Ummu, manakala anak-anak ummi pula memanggil  Balqis (adik perempuan ummi & ibu kepada Mus`ab) sebagai Khaulah…Mus`ab sangat kuat menyusu dengan Ummu…Boleh kata macam terlebih-lebih syaratnya hendak jadikan anak susu Ummu…Masih Ummu ingat lagi tika Ummi kamu masih dalam pantang, beliau kena `mastitis`…Mus`ab pula agak `fussy` dan Balqis macam kekok lagi, ibu muda lah katakan…hihi..Jadi Ummu menyusukan kamu serentak dengan abang `Ukasyah…Memang tidak menang tangan dibuatnya…Yelah, dua-dua sedang kuat menyusu…Mus`ab baru sahaja berusia beberapa hari, manakala abang `Ukasyah pula sudah 3 bulan umurnya…Gembira Ummu melihat Mus`ab membesar dengan sihat, cerdik dan cerdas…Ummi Mus`ab kata Mus`ab sudah pandai merajuk…Tidak sabar untuk bertemu denganmu…Love you Mus`ab…


Gambar Mus`ab dengan Ummu...Waktu ini Mus`ab tidak sampai sebulan lagi...

August 9, 2010

Little Bean: Swing Closed Safety Gate and Extension


Sejak semalam, ummi bertungkus lumus membuat survey tentang safety gate ini…Bukan untuk mujahid kecil kedua ini, tetapi untuk anak susuan merangkap anak saudara ummi, Mus`ab yang akan tiba di Malaysia…Mus`ab tinggal di Yaman dan kini akan pulang bercuti di rumah Opah Aki….Maklumlah, bila sudah pandai merangkak dan bertatih berdiri, kena lah kami membuat persiapan dari segi keselamatan rumah dua tingkat Opah Aki ini kan…Fikir punya fikir dan berbincang dengan ayah dan opah, kami decide WAJIB beli juga benda ini memandangkan mujahid kecil kedua ini juga boleh menggunakannya nanti…
Ummi ada buat survey di Jusco Bukit Tinggi, tapi harganya dua ratus lebih…Belum tambah extension lagi…At last, kami beli di baby online store yang ummi biasa…Tengah ada sales…Ummi memang regular customer di situ dan sangat puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan…Dulu ummi pernah beli medela breastpump, medela citystyle bag, Joy angle EBM storage bag,  washabale breast pad, bumble bee EBM storage bottle di online store ini juga…Namanya Littlewhiz
Semalam, ummi order dan mintak untuk `urgent delivery`…Pagi ini, ummi buat payment melalui Maybank…Order sedang diproses dan akan dihantar pada ummi pukul 11.30 pagi ini…InsyaAllah, esok akan sampai barang yang ummi telah beli itu dan Mus`ab akan tiba pada hari Rabu…Berikut adalah mengenai produk yang ummi beli itu…Mungkin dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin membelinya di masa sekarang ataupun masa hadapan…Ummi beli extension sekali sepanjang 14 cm…Harga extension selepas diskaun adalah RM35.90 dan harga sebenarnya adalah RM39.90…Harga `Swing Closed Safety Gate` selepas diskaun adalah RM169.90 dan harga sebenar adalah RM199.90…Berikut adalah deskripsi produk yang ummi copy dari laman web Littlewhiz.


Little Bean: Swing Closed Safety Gate and Extension
  • Swing closed and locks automatically
  • Opens in both ways
  • Easy one hand operation
  • Pressure mounted
  • 90 degree stop mechanism - Door can keep opened at 90 degree if desired.
  • Detachable pedal
  • Optional extension ( 14cm/28cm ) can be used for wider openings
  • Complied with EN 1930:2000 + A1:2005
  • Size : ( 74 - 87 ) x 74 x 5 cm

Little Mujahid Jr @ 34 Minggu


Assalamualaikum…
Ummi merasakan bahawa ticker di blog ini salah…Ini semua gara-gara EDD (Expected Delivery Date), yang keep on changing sebab early scan yang ummi buat dulu di UIA salah, menurut specialist yang ummi follow-up dengannya sekarang…Tidak mengapalah, Allah izin hendak jadi begini…Yelah, umur sebenar mujahid kecil kedua ini memang based on ultrasound je…Maafkan ummi ye sayang, ummi tidak sedar dengan kehadiranmu dalam tummy ummi ni sebab ummi sedang breastfeed abang `Ukasyah waktu itu…Kemungkinan besar, baby ummi ini sudah besar dari umur yang sepatutnya…Berpadanan dengan kesakitan contraction yang semakin kuat dan berat badannya yang semakin bertambah…
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ummi…Tiada hypertension, GDM dan lain-lain masalah ketika mengandungkanmu…Berat ummi yang ditimbang di klinik baru-baru ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 100 gram sahaja…Tetapi baby ummi membesar dengan jayanya…Ummi dan ayah paling bersyukur kerana mujahid kecil ini telah berada dalam posisi cephalic (head-down position) walaupun masih floating dan tidak engage lagi….Sebelum ini, baby ummi berada dalam posisi `frank breech`….Bersyukur tidak terkata…Macam-macam yang telah ummi ayah rancangkan jika baby berterusan begitu…
Sewaktu check-up terbaru ini, ummi berjumpa dengan seseorang yang ummi tidak kenali di klinik, tetapi beliau mengenali ummi melaui blog ini tika beliau surf tentang hospital Barakah…Mungkin berpangkat akak kepada ummi…Beliau baru melahirkan bayi dan datang ke klinik kerana baby telah jaundice pada hari ke-4 kelahirannya…Tidak sempat berbual panjang dengannya…Tetapi ummi terharu dengan perkenalan yang sangat istimewa ini…Harapan ummi agar akak ini dapat meninggalkan jejak di blog ini jika beliau ada membaca entry ini…Ummi sangat menghargainya…

p/s:  Ummi dah dapat pengganti lappy lama...Tidak begitu seronok, kerana baru hendak menyesuaikan diri...Bak kata ummi pada ayah, `Cinta pertama kita lagi best walaupun dah lama`...Walaupun yang ini lagi canggih, tapi tetap tak sama...walaubagaimanapun, harus memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana murahkan rezeki kami sekeluarga...

August 3, 2010

Berita Terkini



Salam sayang buat semua…Maaf, Ummi ayah tidak dapat nak update blog anak-anak ini dengan kerap kerana laptop kesayangan kami telah rosak…Berkemungkinan besar dapat penggantinya minggu hadapan…Sedih sangat sebenarnya, tapi Allah izin laptop tu dah nak rosak saat-saat menanti kelahiran mujahid kecil kedua kami…Banyak benda yang ingin ummi kongsikan di blog ini sebenarnya…Tapi nantilah ye, bila dah ada laptop sendiri, baru best sikit nak update blog…Alhamdulillah, masih diberi kekuatan olehNya walaupun tenaga semakin menghilang membawa perut memboyot ini…Dalam kepenatan ini, masih sempat `transformed` lebih dari 10 pasang baju yang ada kepada `nursing clothes` yang lebih mesra alam untuk BF mujahid kecil kedua nanti…Sarung bantal dan tilam yang baru untuknya juga telah siap dijahit…Semuanya berwarna biru…Setakat ini dulu perkhabaran dari kami…Semoga dapat terus menulis lagi sebelum tiba saat bersalin nanti…