`Ukasyah
Assalamualaikum, tidak lama lagi je ummi ayah akan bertemu dengan mujahid kecil kedua kami…Mungkin dalam seminggu dua je lagi…Dalam saat-saat penantian ini, hati ini sering terkenang pada mujahid sulung kami, `Ukasyah…Alhamdulillah, Allah izin sebelum puasa hari itu, ummi ayah dapat selesaikan urusan batu nisan dan kubur `Ukasyah…Sedih bila terkenangkan `Ukasyah…Namun, kegembiraan harus mengatasi kesedihan yang melanda kerana janji buat `Ukasyah sudah pasti…Syurga balasan buat anak sulung ummi dan ayah…Mungkin ramai yang berkata bahawa masa akan mengubati kesedihan ini, tambahan pula dengan kehadiran bakal adik `Ukasyah…Namun, ummi ayah tidak merasakan begitu…Cuma Allah tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami menghadapi ujian ini…Setiap anak punya keistimewaannya yang tersendiri…Ummi ayah, tidak pernah lupakan `Ukasyah…Malah, dengan kehadiran mujahid kedua ini , menguatkan lagi perasaan rindu ummi ayah pada `Ukasyah…
Ramadhan & Contraction
Ramadhan kali ini benar-benar menguji kekuatan ummi…Doa ummi agar ummi dapat terus bertahan sehingga saat ummi bersalin…Contraction yang datang semakin kuat, terutamanya bila menjelang pukul 12 tengah hari…Dan ianya akan semakin kuat…Kemuncaknya, adalah semalam bila contraction datang selama dua jam tanpa henti…Ummi terus memerhatikan jam dan merekodkan masa…Contraction yang datang, twice in 10 minutes and 10 seconds for each contraction…Masih berkira-kira untuk ke hospital…Sakitnya, masyaAllah…Tiada tanda atau `show`…Ayah pula pulang lewat dari kerja…Alhamdulillah, opah, aki dan pak long ada di rumah…Bila ayah tiba di rumah, ianya semakin reda…Ummi pun tidak tahu, bila baby akan lahir…Mungkin hujung bulan ini juga…Mungkin juga baby hendak mengikuti jejak langkah abang `Ukasyah, jadi `baby merdeka`…Lahir pada 31 Ogos…Semoga Allah permudahkan proses kelahiran nanti…
Beg Hospital Ummi, Ayah & Baby
Hujung minggu ini, ummi ayah akan pergi hospital untuk check-up yang semakin kerap ini…Kami sudah menyiapkan beg hospital buat mujahid kecil kedua ini, tapi beg ummi ayahnya masih belum disiapkan…Ayah kata sekejap je hendak mengemaskan beg kami…Tapi semalam ayah sudah berpesan pada ummi supaya siapkan beg hari ini…Mana lah tahu, masa sudah tiba kan…Kalau kelam kabut, pasti ada barang yang tertinggal…Ayah suruh siap bawa breastpump medela lagi…Katanya, elok kita bersiap sedia je dengan sebarang kemungkinan…Ummi ini, memang malas nak bawa banyak barang…Dulu, abang `Ukasyah susah hendak `latch on` sebab frenulum lidahnya bersambung, atau perkataan mudahnya, lidah itu pendek sedikit sebab bahagian bawahnya bercantum…Serupa macam lidah ayah…hihi..Kurma, madu dan air zam-zam juga telah ummi disediakan…Ummi pesan pada khaulah je…InsyaAllah, kalau semua barang dah siap, ummi update dekat blog ye senarai barang-barang yang ummi bawa ke hospital nanti…
Mus`ab
Keluarga kami sangat gembira menyambut kepulangan adik perempuan ummi, Ummu Mus`ab dan keluarganya…Gembira melihat telatah Mus`ab yang memanggil ummi dengan gelaran `Mumu`…Sepatutnya ummu…hehe..Comel sangat bunyinya…Ummi rasa macam Mus`ab panggil lembu susu pula… Mentang-mentang lah ummu susukan dia dulu…Mus`ab memang sangat manja dengan ummi, sampai selalu teringat ummi ini ibunya…Selalu sahaja melentokkan kepalanya di dada ummi…Yang paling ummi pelik, Mus`ab selalu datang kat perut ummi dan meletakkan telinganya di perut ummi…Agaknya Mus`ab dengar jantung baby yang kuat kot…Rindu Mus`ab yang pulang ke Bagan Serai untuk bertemu Mak Tok nya….
Tarikh-tarikh Penting
Event kami sekeluarga pada tahun ini sudah dirancang…Banyak memori penting dalam hidup bakal terjadi di tahun ini…
Akhir Ogos & Awal September-Menanti kelahiran mujahid kecil kedua
Hari ke-7 kelahirannya-Aqiqah mujahid kecil kedua, bercukur dan pemberian nama
31 Ogos-Hari Lahir abang `Ukasyah
9 September-Hari Lahir Aki
10 September-Hari Raya Puasa
14 September-Hari Lahir Jannah (anak susuan ummi juga)
25-26 September-Ambil jubah konvo untuk ummi ayah di UIA Gombak
3 Oktober-Hari Konvokesyen Ummi
4 Oktober-Hari Konvokesyen Ayah
2-10 Oktober-Pulang jubah konvo
29-31 Oktober-Holiday@Cameron Highlands (bersama opah, aki, paklong, paksu, khaulah, ammu, mus`ab dan tidak lupa juga, percutian pertama selepas ummi habis pantang dan bersama mujahid kecil kedua…tidak sabar ummi)…
BESHNYA XSABAR NK TGK ADIK UKASYAH PLAK..:)
ReplyDeletetak lama lg, boleh la jumpa mujahid kecil yer.. insyaAllah, ain doakan semuanya berjalan dengan lancar yer.. amin...
ReplyDelete