Assalamualaikum…
Ummi merasakan bahawa ticker di blog ini salah…Ini semua gara-gara EDD (Expected Delivery Date), yang keep on changing sebab early scan yang ummi buat dulu di UIA salah, menurut specialist yang ummi follow-up dengannya sekarang…Tidak mengapalah, Allah izin hendak jadi begini…Yelah, umur sebenar mujahid kecil kedua ini memang based on ultrasound je…Maafkan ummi ye sayang, ummi tidak sedar dengan kehadiranmu dalam tummy ummi ni sebab ummi sedang breastfeed abang `Ukasyah waktu itu…Kemungkinan besar, baby ummi ini sudah besar dari umur yang sepatutnya…Berpadanan dengan kesakitan contraction yang semakin kuat dan berat badannya yang semakin bertambah…
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ummi…Tiada hypertension, GDM dan lain-lain masalah ketika mengandungkanmu…Berat ummi yang ditimbang di klinik baru-baru ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 100 gram sahaja…Tetapi baby ummi membesar dengan jayanya…Ummi dan ayah paling bersyukur kerana mujahid kecil ini telah berada dalam posisi cephalic (head-down position) walaupun masih floating dan tidak engage lagi….Sebelum ini, baby ummi berada dalam posisi `frank breech`….Bersyukur tidak terkata…Macam-macam yang telah ummi ayah rancangkan jika baby berterusan begitu…
Sewaktu check-up terbaru ini, ummi berjumpa dengan seseorang yang ummi tidak kenali di klinik, tetapi beliau mengenali ummi melaui blog ini tika beliau surf tentang hospital Barakah…Mungkin berpangkat akak kepada ummi…Beliau baru melahirkan bayi dan datang ke klinik kerana baby telah jaundice pada hari ke-4 kelahirannya…Tidak sempat berbual panjang dengannya…Tetapi ummi terharu dengan perkenalan yang sangat istimewa ini…Harapan ummi agar akak ini dapat meninggalkan jejak di blog ini jika beliau ada membaca entry ini…Ummi sangat menghargainya…
p/s: Ummi dah dapat pengganti lappy lama...Tidak begitu seronok, kerana baru hendak menyesuaikan diri...Bak kata ummi pada ayah, `Cinta pertama kita lagi best walaupun dah lama`...Walaupun yang ini lagi canggih, tapi tetap tak sama...walaubagaimanapun, harus memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana murahkan rezeki kami sekeluarga...
Wah! dah boleh meneruskan blog ni
ReplyDelete