Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 31, 2010

`Ukasyah, Mujahid Sulung Kami


Assalamualaikum,

Ummi seperti kehilangan kata-kata untuk dicoretkan pada hari ini…Sungguh, hati terasa sangat hiba bila menjelangnya tarikh 31 Ogos ini…Sesungguhnya, pada hari inilah jua ummi melahirkan mujahid sulung kami, `Ukasyah…Genap sudah setahun telah berlalu…Namun, ketentuan Allah tidak dapat ummi lawan…Allah pinjamkan `Ukasyah kepada ummi ayah untuk 3 bulan setengah sahaja…Ummi redha di atas ketentuan ini….Kerna `Ukasyah lebih bahagia di sana…

Ramai yang mengatakan pada ummi bahwa masa akan mengubati kesedihan ini…Tapi, ummi rasa perasaan rindu pada `Ukasyah semakin menebal…Cuma Allah beri ummi ayah lebih kekuatan untuk menghadapinya…Sedihnya ummi tidak terkata….Tetapi ummi yakin bahwa Allah telah mengaturkan sesuatu yang baik buat kita semua…`Ukasyah milik Allah….`Ukasyah telah merdeka dari dunia yang fana ini…

Ummi dan ayah tidak pernah melupakan `Ukasyah…Ummi ayah saaaaaaaaayang sangat pada `Ukasyah…

Al-fatihah…

12 comments:

  1. Al-Fatihah. Both of you are strong. :)

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah, arwah ukasyah sudah setahun hari ini yer. semoga ummi terus tabah hadapi hidup. pengalaman kita mungkin berbeza, tapi, bila akak membaca blog ummi, akak jadi terus kuat mendidik anak2 akak terutamanya Sofie, satu2 puteri akak yg istimewa.

    ReplyDelete
  3. moga mawaddah & hafiz trus tabah...

    ReplyDelete
  4. semoga kakak ngan abang tabah menghadapi ujian daripada-Nya...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.. beruntung, kalian insan yang terpilih.. Allah menguji hanya kepada mereka yang benar-benar mampu untuk menghadapinya..

    ReplyDelete
  6. salam. mawaddah. ukasyah pun punya rasa yg sebegitu juga pada ummi wa abi dia. jgn sedih mawaddah, mawaddah patut rasa bangga sbb ukasyah dah ada di tempat yg semua org beriman impikan. tempat yang kita semua kejarkan.

    Ukasyah terpelihara dgn baik dan sempurna di sana mawaddah!

    ReplyDelete
  7. salam..

    sama-sama kita tabahkan hati..

    mereka sentiasa ada cuma di alam yang berlainan sahaja..

    ReplyDelete
  8. Firman Allah
    " Sungguh akan dibayar upah (pahala) orang-orang yang sabar itu dengan tiada batas hitungan"
    Az-Zumar : 10

    Sabda Rasulullah saw " Allah berfirman, Tiada pembalasan bagi sesaorang hambaKu yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian ia mengharapkan pahala daripadaku, selain dari pembalasan Syurga."
    Ameeen......

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah...
    Semoga awak lebih tabah..:)

    ReplyDelete
  10. selamat ulangtahun ukasyah....Al fatihah..semoga mawaddah n hafiz terus tabah...semoga nanti kehadiran mujahid ke2 akan mengubat luka dan kerinduan ini

    ReplyDelete
  11. Setahun sudah berlalu, sayu rasa baca entry mawaddah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tabahkan hatimu dik...

    ReplyDelete
  12. salam ulangtahun buat 'ukasyah..
    'Ukasyah bahagia, bertambah bahagianya dia bila ummi dan ayahnya bahagia.
    adik 'Ukasyah dah menjengah dunia?

    ReplyDelete