Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 23, 2010

29, 30 atau 31 Ogos???

Ummi, Aunty Shaheera, Aunty Naddy  dan Aunty Ummi (ye, namanya ummi)

Gambar sewaktu perjumpaan bersama geng-geng sewaktu di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar..Kredit to Pian



Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat dan rahmat yang tidak terhingga  buat kami sekeluarga…Semalam aktiviti ummi ayah sangat banyak sampai ummi pancit dibuatnya…Walaubagaimanapun, ummi sangat gembira kerna dapat meluangkan masa bersama orang-orang yang ummi ayah sayangi…Seawal pukul 9 pagi, ummi ayah pergi check-up mujahid kecil kedua di hospital barakah…Balik dari hospital, ummi ayah bersama seluruh ahli keluarga pergi membeli-belah di Jusco Cheras Mahkota yang baru saja dibuka…Waktu petang sehingga malam, kami luangkan masa bersama geng ummi dan ayah sewaktu kami bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah…Teringin sekali membuat entri tentang perjumpaan yang begitu bermakna ini…InsyaAllah, andai ada lagi kelapangan, akan ummi coretkan lagi di sini…Masih menunggu gembar-gambar sewaktu perjumpaan dari Pian, sahabat ayah…
Sebelum pergi check-up di hospital semalam, ummi sangat berdebar…Beg  ummi, ayah dan mujahid kecil kedua telah disiapkan, tetapi sengaja tidak dibawa ke hospital…Ummi katakan pada ayah, ummi rasa belum masanya lagi walaupun ummi sudah sakit sangat dengan Braxton Hicks contraction yang datang dengan kerap ini…Ummi tidak tahu mengapa ummi terlalu letih kali ini, sedangkan sewaktu 3 hari sebelum bersalinkan  `Ukasyah , ummi masih hadir ke kelas…Mungkin kerana ini kandungan yang kedua dan mujahid kecil ini juga sangat aktif di dalam perut ummi…Bergoyang ke kiri kanan…Kalau kena penumbuknya, memang teramat sakit sekali…Senak ummi jika ditendang…Kini, ummi tidak larat lagi untuk memasak…Apatahlagi, membuat kerja rumah…
Lari dari tajuk pula ummi ye…Sebenarnya, sewaktu check-up semalam ada perbincangan sedikit dengan doktor pakar ummi, Dr Khairiah…Amniotic fluid semakin berkurangan dan sudah borderline…Ummi sangat risau…Alhamdulillah, baby sangat aktif dan dan berat sudah mencecah 2 kg lebih…Kiranya, kalau baby lahir pun, sudah melepasi tahap selamat…Lagipun ummi yakin sangat dengan sahabat baik Opah ini kerana beliau yang akan menyambut kelahiran mujahid kecil kedua…Dr Khairiah jualah yang menyambut kelahiran `Ukasyah dan juga Mus`ab…InsyaAllah, apa-apa keputusan ummi serahkan saja padanya sebab beliau pakar perunding O&G…Ummi ini bukan sesiapapun kan…Dr. Khairiah menetapkan temujanji pada hari Ahad ini sebab ummi memang sudah mula kena check-up setiap minggu mulai sekarang…Ahad ini bakal menentukan segalanya…Sekiranya amniotic fluid semakin kurang, maka Dr. Khairiah kata, pilihan yang terbaik adalah `induce labor`…Ummi juga sudah mula sakit dengan kerap…
Ummi ayah sudah berbincang dengan keluarga dan semua setuju jika itu yang terbaik…Balqis, adik ummi, juga pernah ada pengalaman dengan `induce labor` ni…Ummi tengok, mudah saja beliau bersalin…Progress juga sangat cepat walaupun anak sulung…Tapi ummi dan ayah tidak buat keputusan lagi untuk serah diri di hospital pada tarikh yang mana satu ( 29, 30 atau 31 Ogos)  sebab ayah perlu mohon cuti dahulu dan bila baby sudah lahir, baru ayah dapat `paternity leave` selama seminggu…Appointment pada hari Ahad ini, tetapi pada hari tersebut, family ummi semua hendak pergi makan satay Kajang…Mestilah ummi nak ikut…Mana boleh tinggalkan ummi…InsyaAllah, nanti kami akan berbincang lagi untuk tarikh yang lebih sesuai ye…Ke baby nak lahir 31 Ogos seperti abang `Ukasyah???  Nanti senang atuk dan nenek hendak datang ziarah baby kan…hihi…
Mohon doa kalian agar Allah beri dorongan yang terbaik buat kami di dalam membuat keputusan…Doakan jua agar ummi selamat melahirkan mujahid kecil yang kedua ini ye…Ummi tidak sabar untuk berjumpa dengannya…Ayah juga begitu….InsyaAllah, lebih kurang seminggu sahaja lagi…
p/s: Pregnancy ticker di sidebar blog ini tidak betul sebenarnya…

11 comments:

  1. Semoga Umi melahirkan mujadid kecil dgn mudah..:)

    ReplyDelete
  2. Wah...dekat dah rumah akak dengan Satay Kajang

    Semoga Mujahid Kecil akan selamat melihat dunia ini. Tarikh tak penting yg penting semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. kak mawaddah, kalau setiap kali cek, yg nurse ukur perut untuk tengok tinggi rahim tu, kalau sama dengan umur baby, blh assume tak air ketuban cukup? risau la plak.. dah lama dah tak scan ni.. last scan 34 minggu.. hari rabu ni gi beserah, tu pun tatau la doc scan ke x.. bese la, klinik kerajaan kan..

    ReplyDelete
  4. asmidar:
    amin :)

    Rizziela:
    akak duk kat kajang ker?saya duk kat cheras...dekat sgt dgn Jusco Cheras Selatan...Aah kak, tarikh x penting pun...cuma kami ni kena set betul sbb suami saya mula oncall 1 september ni...


    aniemz:
    kalau staff nurse ukur tinggi perut, maknanya dia palpate baby sekali kan...kalo palpate, roughly mmg bleh detect air ketuban cukup atau terlebih...kalau air ketuban kurang, senang nak rasa fetal parts bila palpate abdomen kita...ini yang akak rasa anim...bila baby gerak, kat perut ni terbonjol segala siku, lutut dia....kalo rasa dgn tgn, lagilah...kalo air ketuban terlebih pula, generally, bila palpate, baby tu free-floating je...hehe...utk lebih tepat, mmg kena scan untuk determine Amniotic Fluid Index (AFI)...AFI ni adlh sum of the single deepest pocket of amniotic fluid in each of the 4 quadrants, in cm.hkompleks pula citenya anim...sekadar berkongsi...

    ReplyDelete
  5. memang nurse palpate baby sekali.. kalu dia tak cakap ape2, insya ALLAH harapnya tak der pape la kan.. bimbang jugak ni.. appt dgn Doc kt beserah hari rabu ni.. mintak2 dia scan sekali.. sebab bulan lepas dia tanak scan sbb dh tengok anim wat 3D scan kt UIA, padahal sepatutnya dia kene cek anim detail sbb GDM kan..

    anim tanye akak sbb akak amik nursing kan.. tanak tanye zubir sbb nanti dia jawab simple2 je.. tak der rase bimbg pun.. kui kui kui

    ReplyDelete
  6. Semoga selamat sejahtera hendaknya..nur akmal sgt2 excited nak jadi warga pusat bersalin barakah tu satu hari nanti..hehe..aminn..kirim salam kat Dr. Khairiah Seman tu ye..wassalam...

    ReplyDelete
  7. Aniem:
    hehe...akak sudi membantu anim...hehe...mestilah zubir jwb simple2 sbb dia x nak anim risau...bila tau sume bnda pun rasa cam x best lah anim...cam akak la ni....skit2 dah risau, pastu mula fikir mcm2...huhu...

    Fendy:
    Selamat sejahtera juga ke atas kalian berdua dan mujahid yang berada di dalam rahim ibunya itu...Selamat datang ke Barakah...InsyaAllah, akan sy sampaikan padanya...Moga Allah berikan kesihatan yang baik buat nur akmal....Fendy jaga zaujah elok2 tau...di awal peringkat kandungan ini, emosi wanita kurang stabil...hihi...macam sy setiap kali baru mengandung...

    ReplyDelete
  8. salam mawaddah..ya ukhti..ana doakan semoga anti dan mujahid kecil selamat2 belaka dan snts dlm pemeliharaan Allah..ana pun berdebar2 menanti sahabat kecil umar lahir ni.. =)..apa2 nanti, msg ana ye.kali ni, ana hajat sangat jadi yg terawal ziarah anti..hutang yg dulu tak sempat ziarah.. =)
    syg anti fillah..

    ReplyDelete
  9. salam mawaddah,

    semoga mawaddah selamat melahirkan mujahid kedua ini dengan mudah dan selamat.tak sabar nak tgk muka little junior ini.mcm abg ukasyah kah?hehe..

    ReplyDelete
  10. Salam mawaddah..Kami juga sangat excited! ^_^
    Semoga dipermudahkan ye =) ameen. Nak cakap banyak2, mawaddah ada lagi banyak pengalaman..InsyaALLAH, Damia' bakal ada seorang kawan lagi dalam masa erdekat ni.alhamdulillah =). Take care!

    ReplyDelete
  11. salam..mawaddah..1st time akak nak coretkan komen disini..selama ni akak hanya silent reader sahaja..akak doakan mawaddah dan hafiz dipermudahkan dalam segala urusan..terutama sekali utk dapat mujahid jr ini..Amin..salam perkenalan..kak azura.

    ReplyDelete