Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 27, 2010

Di sepanjang Perjalanan ini...

Ummi bertunang dengan ayah sewaktu di matrik UIA...


Berkahwin dengan ayah..ummi sarungkan cincin untuk ayah...


Ummi mengandungkan `Ukasyah...Sangat gembira rasanya...


Sewaktu ummi mengandungkan `Ukasyah di usia kandungan 7 bulan


Ummi melahirkan little mujahid sulung di hari kemerdekaan...31 ogos 2009...


Kini, ummi mengandungkan pula adik `Ukasyah, little mujahid junior...Semoga `baby U` juga sesolah abang `Ukasyah ye...


Salam sayang buat abang `Ukasyah dan little mujahid junior kesayangan ummi ayah,

Alhamdulillah ummi sihat…Tapi macam biasalah, bila ummi pregnant, mula ada `penyakit ganjil` datang menyerang…Paling ketara, ummi tidak boleh masak…Orang lain masak dalam rumah ummi juga tidak boleh…Pasal benda ini boleh mood swing dibuatnya…Terus loya hendak muntah…Waktu mengandungkan abang `Ukasyah juga begitu…Hari ini, ummi sekali lagi menghadiri temujanji di Klinik UIA…Alhamdulillah little mujahid junior dan ummi sihat…

Pagi tadi, sewaktu ummi ayah dalam perjalanan ke UIA, ummi telah menimbulkan suasana yang sangat sayu rasanya…Ummi cakap dengan ayah,`Abang, sayang teringat kat `Ukasyah…`Ukasyah dulu bahagia sangat bila dapat tidur bawah selimut dengan ummi….bila sayang tanya `Ukasyah hendak gi nursery, mesti dia pejam mata rapat-rapat`…Ummi bercakap seperti ada nada kekesalan di situ…Tiba-tiba suasana menjadi senyap, sunyi serta hiba…Ummi ayah, menahan air mata bersama…Kelu lidah tidak terkata…Ummi lihat, merah padam muka ayah…Ayah kata ayah sedih…Ummi juga begitu…Rindu sangat padamu `Ukasyah…Menyesal sungguh ummi mengungkapkan kata-kata sebegitu kepada ayah…Akhirnya, ia hanya mengocak jiwa kami berdua…Rasa bersalah sangat ummi pada ayah…Moga Allah kurniakan kami ketabahan dan kesabaran…

Terasa seperti masa sangat cepat berlalu…Ummi rasa seperti baru sahaja mendaftarkan diri di matrikulasi UIA, PJ….Dan kini tinggal 5 bulan lagi sebelum `graduation day`…Masakan tidak berasa begitu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang ummi bergelar `student` ini…Bertunang di waktu matrikulasi lagi, berkahwin sewaktu berada di tahun 2 (21 tahun), mengandung sewaktu di tahun 3 (22 tahun) , bersalin di tahun 4 (23 tahun) , `Ukasyah kembali kepada Allah di tahun 4 (23 tahun) dan ummi mengandungkan little mujahid junior pada semester terakhir ummi berada di UIA…Ummi ayah masih 23 tahun dan tidak lama lagi akan menginjak ke usia 24 tahun pula…Di sepanjang perjalanan ini juga, banyak pengalaman pahit dan manis yang berlaku…Banyak kegagalan, banyak juga mencipta kejayaan….Kejayaan dalam definisi ummi ayah tersendiri…

Bulan April ini, kami akan berpindah ke KL…Membawa segala kenangan kami di Kuantan…Ummi akan ada clinical posting di Temerloh serta di Kelantan dan bakinya di HTAA…Terakhir sekali, ummi akan menduduki `Nursing Board Exam` untuk mendapatkan lesen…Selepas itu, mengucapkan selamat tinggal di Bandar Kuantan ini…Bekemungkinan besar, tidak akan kembali lagi di sini…tidak, tidak dan tidak akan…Tidak mahu lagi mengingati perkara yang hanya akan melukakan hati kami…Segala kenangan manis dan pahit di sini akan ummi ayah simpan sekemasnya di dalam hati dan memori kami berdua…

Selepas itu ummi ayah akan menanti hari konvokesyen kami yang kami sendiri tidak pasti akan tarikhnya lagi…Ummi dengar, kemungkinan `convocation day` kami selepas raya, bulan September nanti…Maksudnya, ummi masih dalam pantang lagi…Walaubagaimanapun, ummi akan cuba berusaha untuk menghadirinya kerana `convocation` kali ini sememangnya saat paling bermakna buat ummi ayah sebagai `married students`…Sangat bermakna juga buat kedua-dua anak kami, `Ukasyah dan juga semestinya `Baby U` …

Ummi ayah sangat sayangkan kalian berdua…Ummi juga sangat sayangkan ayah yang semestinya menjadi tulang belakang kepada kejayaan ummi di sepanjang jalan ini…Ayah yang sangat tabah dan sabar menghadapi mehnah kehidupan serta kerenah ummi…Ayah yang banyak berkorban untuk `Ukasyah dan juga `Baby U`…Ayah yang sentiasa bersama ummi di kala suka dan duka…Ayah yang sentiasa menemani ummi sejak pemergian `Ukasyah…Ummi ayah sangat tagihkan redha Allah…Moga baitul muslim yang dibina ini dilembayungi rahmat Allah…Ummi ayah juga berdoa agar anak-anak ummi ayah menjadi anak-anak yang soleh solehah…Menjadi da`ie…Mengamalkan islam dalam segenap kehidupan ini…Menyambung kerja dakwah yang masih tidak selesai dan tiada penghujungnya….Ummi sayang kalian semua…

9 comments:

  1. semua tu dugaan,,

    ummi seorg yang kuat kadangkala sedih n kenangan datang kembali,,,

    x per ummi ...

    cekalkan hati,,,yang lepas kiter x blh kembalikan lg,,

    sy pun penah kehilangan org yang sy sayang,,,,,
    sy redha law itu da tentuanNya....

    ReplyDelete
  2. salam akak.. a'ah, anim gi taman bandar.. kenapa akak tak tegur anim? anim ralit bagi ikan makan.. memang tak pandang kiri kanan pun.. bagi roti yg dh expired kat ikan2 tu.. aduhai akak ku sayang ni.. dah lame tau nak jumpe akak.. harap sangat dapat berjumpe sebelum akak tinggalkan bandar kuantan ni..

    anim sebenarnya terbaca facebook kak tiqah yg nak gi taman bandar, itu yg ajak zubir jugak dgn harapan dpt jumpe kak tiqah.. tak tau plak akak pun gi same.. huhu.. nanti lain kali kalu jumpe anim n anim tak perasan, akak tegur ye.. anim kenal la muke akak tu.. kan dah tengok dalam blog..

    sorry ye kak mawaddah.. anim memang betul2 tak perasan akak n abg hafiz ade jugak kt situ.. kalu terperasan akak ada, da lame anim jerit "kak mawaddah..." hihi

    ReplyDelete
  3. hihi.. memang pun ramai lelaki kat situ.. asalnya nak gi duduk kat yg satu lagi, tapi situ tak der besi utk sandar.. zubir takut bini dia jatuh tasik.. ngeh3..

    oke kak, kite wat reunion sekali ek.. akak dah nak habis blaja kat kuantan ni, kak tiqah ade setahun lagi.. kalu bulih nak jumpe jugak walau sekali..

    anim pun same kak, tak leh nak masak la.. loya bau masakan.. nanti dah sihat sikit, anim masak tak pe.. jemput akak, kak tiqah, kak nadiah sekali datang umah.. [cakap macam masak sedap je..] hihi.. tak pun, kite picnic kat TC ke.. huhu..

    akak, ni no anim ek.. 012-3874004..nanti akak mesej no akak tau bile2 free.. tapi kalu akak mesej malam ni, anim tak der kredit tau.. gitau awal2 takut akak tertunggu2 mesej anim..

    ReplyDelete
  4. nak buat reunion?...nak join...plis3...

    ReplyDelete
  5. nak join2!

    p/s: sebenarnya dah lama nak cuba kumpulkan sume 'geng' kita ni, tp malu nak cakap.... (-_-)

    ReplyDelete
  6. sabar ye ummi..alhamdulillah, tak lama lagi menyusul pula adik ukasyah.. ummi jgn sedih2 sepanjang pregnant ni k..not good for your baby. :)

    lin muhamad last's post..#kamu mudah tergoda tak dengan.....

    ReplyDelete
  7. to ummu iffah dan ibu damia`, mawaddah dan anim terfikir nak buat reunion ni...mawaddah dpt sponsor skit dr encik hubby...bolehlah kita aturkan ye before mawaddah grad sem ni...ok tak???

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak Mawaddah & zauj,

    Saya terlintas hati nak visit blog antum ni dr one of your photos yang ade tulisan blog address ni.

    Awalnya pabila melihat gambar2 akk di FB, sy sungguh rase ketinggalan sbb xtau pun akk dah selamat deliver lil mujahid. Tp bila bc blog ni bertambah2 rs bersalah sbb aware situation akk&zauj sekarang...

    Apepun, "Allah tidak menguji hambaNya melainkan menurut kesanggupannya" kan? Antum mmg kuat! Moga Allah tambah kekuatan buat antum.
    Moga Allah mudahkan segala urusan..

    Insya Allah, berhajat untuk ziarah new lil mujahid dan ummi bila pulang ke Malaysia nnt...
    hingga itu, moga antum terus kuat!

    aisyahsukimin
    Brisbane, Au
    ex-smstj 01-05

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbt
    kehadapan hafiz n mawaddah

    dalam kepayahan kita menerima hakikat,itulah yg mendidik kita menjadi hamba Allah yg lebih baik daripada diri kita sekarang

    dalam keperitan kita menelan kenyataan, itulah yg mengajar kita untuk lebih bersyukur

    ku yakin n percaya kalian kuat menghadapi setiap apa yg terjadi, dan insan2 di belakang kalian amt memahami; sama merasai setiap hal yg melingkari kalian

    ku yakin n percaya kalian amt arif ttg perkara2 yg tergaris dalam rukun Islam n rukun iman..

    setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran dari-Nya,
    seperti kita mempercayai bahawa setiap kejadian yg berlaku itu ada hikmah di sebalik ketentuan-Nya

    semoga kalian mengecap kejayaan yg terbaik dlm pengajian. semoga kalian sekeluarga dicurahi kegembiraan dan kebahagiaan..

    hafiz, ku sentiasa terbuka utk mendengarmu
    mawaddah, salah seorg kakakku dlu masih dlm tempoh bpantang sms konvo degre..3 org kakakku tgu masa utk bsalin sms mk konvo masters..mknlah ape yg kamu amt suka, pasti hati kamu akn gembira

    salam dr tganu

    ReplyDelete