Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 6, 2010

Di manakah Ummi???




Salam sayang buat kedua-dua mujahid kecil ummi ayah…Juga buat ayah tercinta yang bersama-sama berada di jalan ini…Allah pinjamkan kalian untuk membahagiakan ummi…Alhamdulillah, syukur tidak terhingga…

Pernah suatu ketika, ummi, ayah, aki, opah, pak long dan pak cu menghadiri suatu majlis bersama para ulama` palestin…Sungguh bersyukur kerna kami sekeluarga berpeluang bertemu dengan para mujahid yang sangat hebat…Hebatnya mereka dalam segala segi…Kerdil sungguh diri ini…Menginsafi diri…

Pernah seorang teman bertanyakan kepada ummi ayah, “Dulu, little mujahid…Kini, little mujahid junior ….Selepas ini, apa pula? “…Kami hanya menjawab secara berseloroh sahaja memandangkan teman ini memang periang orangnya…Sebenarnya, inilah gelaran yang ummi ayah berikan untuk setiap anak-anak kecil ini agar semangat jihad mekar di dalam jiwa mereka…Agar syahid menjadi cita-cita mereka…Semoga anak-anak ummi ayah terus berjihad di jalan ini…

Mengimbas kembali…Ummi bertuah kerana di tarbiyyah sedari alam rahim lagi…Jalan buat ummi sudah tersedia, ummi hanya membuat pilihan sahaja…Sejujurnya, opah aki memang tidak pernah memberi pilihan buat anak-anaknya tentang jalan yang satu ini …Tetapi, ummi tetap pilih jalan ini…Begitu juga adik-beradik kami…Ayah juga pilih jalan yang sama dengan ummi…Anak-anak ummi lebih bertuah sebenarnya…Kalian punya keluarga besar yang begini…Suasana yang soleh, tersedia buat anak-anak ummi…Juga buat anak-anak susuan ummi…

Berbalik kepada cerita daripada sheikh dari Palestin tadi, beliau sendiri telah menceritakan beberapa kisah ummu syuhada` (ibu kepada mereka yang mati syahid)…Ramai ibu-ibu menitiskan air mata…Membayangkan betapa mereka kagum dengan muslimah sehebat ummu syuhada`…Sungguh, ummi yang paling sedih sekali…Ummi yang paling baru kehilangan `little mujahid`…Tapi mata hanya berkaca…Dada bagai hendak pecah tidak terkata…Kuat sungguh rasa hati ini mendengar kisah-kisah begini…Betapa mereka sangat bercita-cita untuk punya anak yang syahid di jalan Allah…Betapa mereka meredhai kesyahidan para syuhada` tersebut…Hatta, mereka bergembira dengan kesyahidan zuriat mereka…

Dimanakah ummi??? Siapalah ummi jika hendak dibandingkan dengan para ummu syuhada` tersebut…Diri ini sungguh kerdil…Jiwa ini sungguh lemah…Iman ini sungguh nipis…Air mata ini selalu membasahi pipi…

Kini, sungguh redha hati ini (definitely) dengan pemergian `Ukasyah…Bersyukur ummi, Allah pilih ummi untuk diuji…Jikalau ummi tidak sekuat para ummu syuhada`, masakan ummi mampu melahirkan para mujahid…Jikalau ummi tidak punya iman yang teguh, kefahaman yang jelas, hati yang tidak tegar, masakan ummi mampu melahirkan zuriat sesoleh Nizar Rayyan, Syeikh Ahmad Yassin dan seangkatannya dengannya…

Bak kata ulama` palestin tersebut, untuk melahirkan anak-anak yang begini, seharusnya bermula dari rumah…Bermula dari diri ibu bapa itu sendiri…Televisyen, internet serta hiburan yang lain-lain bukan menjadi santapan dan rutin harian…Malah, ajarkan mereka kalimah syahadah seawal mereka mula pandai bercakap…Ajarkan anak-anak menghafaz Al-Quran…Institusi kekeluargaan itu sendiri menentukan halatuju masyarakat, komuniti dan negara…Ianya bermula dari RUMAH…

Ummi bersyukur kerana ummi ada `role model` yang terdekat…Kami adik-beradik sememangnya kurang terdedah dengan media dan hiburan sedari kecil lagi…Kami semua tidak meminati televisyen…Apatahlagi berebut untuk menonton cerita kartun…Memang tiada dalam kamus hidup kami…Tiada dalam jadual hidup kami…Ummi abah sangat mendisiplinkan kami…Kami banyak habiskan masa bersama-sama ummi abah dan adik-beradik…Ingat lagi, ketika masih kecil, ummi abah layan kami seperti orang dewasa…Kami bersembang seperti sudah terlalu dewasa…Ummi abah juga mendengar pendapat kami walaupun kami masih kecil…Ukhuwwah antara kami memang kuat lagi utuh…Setiap dari kami punya peranan tersendiri…Masing-masing dididik dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga…Along seperti bapa…Angah (sayalah orangnya) seperti ibu… Adik-adik belajar patuh, hormat dan taat pada yang lebih tua…Bukan mahu meninggi diri, tetapi sungguh sangat bahagia…Sebahagia mana yang saya rasai, begitulah jua yang saya harapkan buat zuriat-zuriat saya nanti…Begitulah jua, saya dan abang berusaha mewujudkan suasana yang soleh untuk `Ukasyah dulu…Juga untuk anak-anak yang lain…

Ummi ayah tidak pernah risaukan tentang perkara lain setiap kali ummi pregnant….Tetapi, kami selalu risaukan tentang tarbiyyah anak-anak…Inilah paling penting buat kami…Sering mengatur pelbagai strategi…Persediaan sangat rapi tentang bab ini…Sentiasa berdoa pada Allah agar member petunjuk….Harus jangan tersasar…Melahirkan mujahid-mujahid cita-cita kami…Harus ada pendirian yang tersendiri…WAJIB…Anak-anak adalah harta yang berharga…Amanah buat kita…Semoga Allah pelihara baitul muslim yang dibina ini…Amin…Alhamdulillah…

8 comments:

  1. Alhamdullilah....

    Tersentuh hati saya membacanya

    ReplyDelete
  2. salam takziah..

    walaupun saya tidak pernah mengenali anda berdua..
    membaca blog ini membuat saya terasa sayu..
    sedih,sebak sgt rasanya..
    berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..

    i.Allah..Allah ada bersama anda..
    bahagia 'Ukasyah di syurga sana..

    ReplyDelete
  3. Salutari, din Romania !

    ReplyDelete
  4. to rizziela....
    semoga kita mampu mendidik anak2 kita dengan sempurna....

    to tukang kata....
    terima kasih....semoga Allah beri kami kekuatan....insyaAllah.....

    ReplyDelete
  5. takziah buat mawaddah..semoga 'Ukarsyah bahagian di sana... saya amat tertarik membaca blog kamu...saya add dalam list yer....

    ReplyDelete
  6. hiba terasa d hati ana,
    kenangan lalu dijadikan kenangan,
    ingatlah akan janji2 ALLAH,
    teruskan dengan perjuangan DnT,
    semoga ALLAH merahmati kalian d dunia n akhirat,
    amin.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Saya cuma nak tahu apa tindakan kalian terhadap taska arwah hari tu?

    Saya tahu ianya sudah lama berlalu, tapi adakah kalian sudah melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(sekurang2nya)?

    Laporan berkenaan tidak semestinya utk 'membalas dendam' kepada taska tersebut tetapi lbh utk menyiasat keadaan taska dan kelayakan penjaga2 di situ.

    Saya rasa ini tanggung jawab dan hak kita sesama muslim terhadap anak2 lain di bawah jagaan taska tersebut. Saya rasa adalah berdosa kita mendiamkan perkara ini.

    Yang pergi mmg tidak akan kembali tetapi mereka yang masih hidup masih di situ...

    Ummusaif @ http://ummusaif.com/2010/01/a-very-bad-bad-kindie/

    ReplyDelete
  8. Ummusaif,

    InsyaAllah kami telah melaporkan pada JKM dan sedang menantikan tindakan yang sepatutnya...

    Ummusaif doakanlah yang terbaik buat kami dan keselamatan anak-anak yang tidak bersalah...

    Semoga hidup ummusaif diberkati Allah...

    ReplyDelete