Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 17, 2010

Berita Terkini...


Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya tidak meninggalkan jejak di blog anak-anak ummi ini…Banyak sebenarnya yang hendak ummi coretkan di sini, tetapi masih menanti pendapat dan cadangan dari ayah…Ada yang bertanyakan ummi tentang tindakan ummi terhadap nursery…Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sangat prihatin terhadap kami…Ummi ayah mungkin tidak pernah menyatakan di blog ini tentang pendirian kami terhadap kes yang berlaku pada Ukasyah…Jadi sebenarnya ramai yang tertanya-tanya adakah kami berdiam diri atau telah berbuat sesuatu….Kebanyakannya menyangkakan bahwa kami tidak mengambil apa-apa tindakan…Bukan salah kalian, tapi kami yang tidak mahu bercerita di blog ini…

Apa yang boleh ummi katakan, sememangnya ummi dan ayah sendiri akan ambil tindakan pada pihak nursery…Dalam bentuk apa??? Ummi tidak akan menyaman mahupun menuntut apa-apa ganti rugi dari pihak mereka...Ummi akan ambil tindakan yang akan memberi pengajaran pada taska…Pengajaran supaya kecuaian ini tidak berlaku kepada anak-anak yang lain…Ummi memang tidak mahu ibu bapa lain merasai kepahitan dan keperitan kehilangan permata hati tercinta…Itu memang pasti…Pastinya juga bukan kerana ummi ingin membalas dendam pada mereka, mahupun menuntut kembali hak Ukasyah…Ummi redha Ukasyah pergi…Seperti yang ummi katakan pada pengasuh tersebut, caranya itu yang membuatkan ummi gusar tentang keselamatan anak-anak yang lain…Setakat yang ummi boleh ceritakan, aduan telah di buat kepada JKM…Di sini ummi mengharapkan agar kalian semua mendoakan yang terbaik…InsyaAllah, ummi ayah tidak akan biarkan bayi-bayi di taska tersebut mahupun di taska lain berada dalam keadaan bahaya…

Teringat ummi pada memori yang lalu di mana ummi selalu sedih dan menangis bila hantar Ukasyah ke taska…Ayah selalu katakan pada ummi bahawa, di mana pun Ukasyah, sebenarnya Ukasyah sentiasa dalam pemeliharaan Allah… Hatta apabila beliau bersama kita…Anak ini adalah hak Allah yang dipinjamkan kepada kita….Pabila kita harus memulangkannya kembali, kita harus redha, tabah dan sabar……Jadi, seharusnya kita melakukan yang terbaik buat anak-anak…Setelah berusaha dan berikhtiar, haruslah kita bertawakal pada Allah…Sesungguhnya apabila kita diuji, kita akan lebih berlapang dada ….

4 comments:

  1. akhi wa ukhti,
    betapa murninya hati antum berdua...
    satu kekuatan yg luar biasa berada dlm diri antum.
    semoga ALLAH merahmati kalian berdua dan kuatkan kalian menempuh onak dan duri...
    teruskan perjuangan dlm DnT...
    Salam perjuangan...

    ReplyDelete
  2. salam buat mawaddah sekeluarga...

    bagus jugak tindakan saudari buat macam tu...sebagai ibu pun rasany tindakan itulah yang terbaik perlu dilakukan...bukan untuk membalas dendam,tapi sekiranya perbuatan yang lalai terus dibiarkan tidak mustahil ianya akan berulang lagi..

    ReplyDelete
  3. salam ukhti,

    ternyata tindakan ukhti itu adalah yg terbaik, insyaAllah.

    salam dari ummimusa

    ReplyDelete
  4. syuib arrommi,
    insyaAllah semoga Allah capakkan kekuatan iman yang akhi doakan untuk kami..semoga segala amalan dan perbuatan kita diberkahi Allah yang Esa..
    selamat berjuang bersama...

    jumanisa,
    salam jua buat nisa sekeluarga..insyaallah saudari doakanlah yang terbaik buat kami sekeluarga...

    salam ummimusa,
    insyaAllah...amin...

    ReplyDelete