Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

November 25, 2009

Tahniah buat Ali & Balqis...


`Baby M`


Adikku Balqis dan Ali bersama `Ukasyah yang semakin tembam...


Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, adik Mawaddah, Balqis telah selamat melahirkan seorang lagi mujahid seberat 2.5 kg di hospital barakah pada pukul 7.24 pm, 23/11/2009...Mudah sungguh proses kelahirannya...Balqis di `induced` pada pukul 11 am kalau tidak silap saya...Memang balqis request pada Dr Khairiah untuk bersalin awal kerana adik ipar Mawaddah, Ali akan pulang semula ke Yaman pada 2/12/2009...

Tengah harinya, Balqis mula mengalami contraction dan dalam pukul 5 pm, bukaan serviks sudah 3cm...Mawaddah menjangkakan bahawa Balqis akan bersalin lewat lagi...Jadi, sempat juga kami ke Jusco Bukit Tinggi...Selepas tu, dalam pukul 6pm Along call mengatakan Balqis sudah 7cm...Balqis berulangkali menanyakan tentang Mawaddah...Apalagi, bergegaslah Mawaddah dan abang memecut ke hospital...Sesampainya di hospital, Mawaddah masuk ke dalam labour room...Balqis sedang sakit yang teramat sangat....Beliau menunjukkan isyarat supaya Mawaddah mencium pipinya...Mawaddah pun mencium pipinya dan menggosok belakang Balqis sewaktu contraction...Sewaktu azan maghrib berkumandang, Mawaddah keluar untuk solat terlebih dahulu...Apabila habis sahaja solat, Abah kata Balqis sudah bersalin...Mawaddah terus ke labour room...Tapi tak masuk dalam pun...Tiada tangisan bayi kedengaran...Suasana agak panic...Muka ummi Mawaddah sangat pucat..Ummi terus membacakan yaasin memohon bantuan Allah...Mawaddah juga rasa seperti hendak meraung je...

Lama juga kami semua tunggu di luar labour room, sehingga Dr. Khairiah keluar dan menceritakan padaku keadaan yang sebenar...Dr. kata baby tachypneic, grunting and yawning...Apgar score pun rendah...Baby memng sleepy sangat...Kesan daripada pethidine yang diberi pada Balqis...Another reason yang Dr. explain adalah kerana cord compression dan fast process of labour...Jadi Dr. bagi feeding melalui Ryle`s Tube...Semalam, sekali lagi Mawaddah berjaya menyusukan `Baby M` kerana Balqis masih kurang susunya...Bestnya, `Baby M` menyusu dengan Mawaddah sehingga kenyang...Pandai sungguh anak ummu...Alhamdulillah, baby Balqis semakin stabil dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari semalam...

Balqis akan berpantang di rumah ummi dan abah....Dan akan pulang ke Yaman pada awal bulan Januari tahun hadapan...Ummi abah akan menghantar beliau pulang ke Yaman...Doakan kesihatan Balqis dan baby ye....

Balqis, kamu sungguh kuat dan tabah sebenarnya...Sungguhpun usiamu baru 20 tahun, namun kamu sangat matang bila telah menjadi ummi kepada `Baby M`...Kami semua tidak sangka kamu boleh melakukannya dengan baik sekali, hatta, lebih baik dari kak ngah tau....Tapi kamu telah berjaya membuktikannya pada kami semua...Buat adik-adik kesayangan kak ngah, semoga Ali dan Balqis serta `Baby M` dirahmati dan dilindungi Allah...Balqis, kamu sungguh bertuah punya suami seperti Ali tau...Sayang kamu semua...

p/s: Ummu sedang rindukan `Baby M` tau...Nantikan ummu pulang ye sayang pada hari ahad ini...

5 comments:

  1. tahniah buat balqis.. subhanallah, mmg comel!
    ni adik susuan `ukasyah kan?

    ReplyDelete
  2. terharu pulak baca cerita ni..
    tahniah kat balqis and ali... em, 'baby m' ni pun nanti bila nak bagitau nama sebenar?

    ReplyDelete
  3. salam..
    Alhamdulillah balqis dh slmt lahirkan...
    sekjp je masa berlalu...
    Moga baby M menjadi anak soleh dan pejuang ummah..

    ReplyDelete
  4. masyaAllah tak sangka..setelah bertahun baru perasan ada komen2 dan ucapan dari rakan blogger kak angah.
    thank you very much semua.
    Alhamdulillah mus'ab dah besar sekarang,sihat dan dah standard one.

    my beloved angah..jazakillah jadi supporter kakde dulu kini dan akan datang. i love u my dear.

    -Balqis a.k.a Ummu Mus'b

    ReplyDelete