Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

November 2, 2009

`Ukasyah in his New Graco Silhouette Swing & Nursing Cover


Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya ummi dan ayah tidak mencatatkan sesuatu di blog `ukasyah ni ye...Mungkin kerana kesibukan ummi ayah menyelesaikan urusan rumahtangga yang tertangguh kerana sebulan ummi posting di Temerloh...Kini berakhir sudah...Bulan ini, walaupun dalam kesibukan, tetapi sempat juga ummi shopping secara online di internet...Kali ini mencatat sejarah kerana bulan ini paling banyak ummi beli barang `ukasyah...Barang-barang yang kami beli pada bulan ini adalah Graco Silhouette Swing, Nursing Cover, 12 breastmilk storage bottles and 50 breastmilk storage bags. Semakin membesar anak ummi ini...Banyak benda yang diperlukan...Ummi menguruskan pembelian barangan di internet, deal dengan owner online store, buat research dulu sebelum booking dan buat payment...Oleh kerana ummi di temerloh, ayah di kuantan pula menguruskan payment barang2...Payment notification pun ayah uruskan sekali
….


NURSING COVER...

Pada permulaannya, ummi ayah merasakan yang nursing cover ni tidak penting untuk dimiliki sebab ummi pakai tudung labuh, jadi memang tak nampak bila menyusukan `ukasyah…Tetapi, anak ummi ayah ini, tidak suka ditutup dengan tudung bila hendak menyusu. Tangannya yang comel lagi gebu itu, sudah pandai menyelak tudung dan baju ummi…Hendak atau tidak, terpaksalah mencari tempat-tempat tersorok untuk menyusukan `ukasyah…Ayah pula, asyik dok komen kat ummi yang orang nampaklah…Ummi pun tak tau dah nak buat apa dengan si comel ni… Bila ummi surf blog lain, ummi terjumpa tentang nursing cover ni…Ummi agak tertarik kerana harganya murah dan kainnya sangat cantik…Ummi pun tak pernah jumpa kain cotton bercorak begini di pasaran…Harganya, RM30 satu dan ummi beli 2 helai…Satu warna brown & white (ummi paling suka corak ni) dan lagi satu warna baby blue…



Gambar ini diambil di tepi kolam renang Tiara Beach Resort...`Ukasyah ni boleh menyusu di mana-mana sahaja...Alhamdulillah ada nursing cover....Sekarang ini, nursing cover menjadi barang wajib yang dibawa dalam handbag ummi...Nasib baiklah `Ukasyah kecil lagi, kalau tak dah lama ummi terjun sekali dalam kolam tau...








Lihatlah kaki `Ukasyah yang terjulur keluar...


Inilah baby ummi ayah yang seberat 5kg...Lena dalam pelukan ummi di bawah nursing cover tu.



GRACO SILHOUETTE SWING...

Swing ini dibeli berikutan peristiwa `ukasyah di nursery…Lagipun, baby breastfeed seperti `ukasyah memang lansung tidak mahu berenggang dengan ummi…Kalau dengan ayah tersengih dan tergelak, tetapi kalau Nampak ummi je, terus mencebik…Memandangkan ummi tengah final exam, buat pertama kalinya juga ada baby waktu tengah exam, jadi ummi ayah nak cari solution untuk meraikan `ukasyah sewaktu ummi study…Ummi ada tulis dalam entry terdahulu yang bertajuk `Terkejut Ummi` tentang sejarah buai ini…Puas juga ummi ayah surf internet untuk cari swing yang safe untuk `ukasyah, demi mengelakkan `shaken baby syndrome`…Tambahan pula, dalam pencarian maklumat tentang safe swing ini, kami terbaca entry di laman web saiful islam tentang bayi sahabatnya yang meninggal disebabkan syndrome ini…Aduhai, takut sungguh kami…`ukasyah pula dilahirkan secara vacuum, jadi penting sangat bbagi ummi ayah mencari swing yang telah dijamin keselamatannya terhadap bayi…yang telah dilakukan research terhadapnya…

Beberapa kajian telah ummi ayah lakukan di internet…Macam study tentang swing pula kami ini…Sebelum melakukan kajian, kami sudah minta pandangan opah dahulu…Sudah ada greenlight, baru kami mulakan pencarian…Dua swings yang menarik perhatian kami iaitu Fisher Price: Baby Papasan Craddle Swing dan Graco Silhouette Swing…Masalahnya kedua-dua swings ini tidak dijual di Malaysia…At last kami jumpa jua Graco Silhouette Swing ini…Harganya amatlah mengejutkan ummi ayah…Lebih mahal dari harga menyewa rumah kami ni…RM500…Tetapi demi anak, ummi ayah belikan juga…Jutaan terima ksih diucapkan kepada para sponsors yang memberikan pendapat, sokongan, tolong survey di midvalley walaupun tak jumpa dan juga bantuan kewangan….Terima kasih tidak terhingga buat atuk, nenek, opah, aki dan semua ahli keluarga…

Pertama kali meletakkan `ukasyah di dalam swing, beliau tidak boleh tidur, tetapi gelak dan senyum-senyum pula…Akhirnya, semalam, berjaya juga `ukasyah lena di dalam swing itu…Kalau `ukasyah tak mahu duduk di dalam swing, alamatnya, rugilah RM 500 tu kan…Bukannya murah…Alhamdulillah, doakanlah agar `ukasyah dapat manfaatkan Graco Silhouette Swing kesayangannya tu…Sewaktu ummi menulis entry ini, beliau sedang lena dibuai oleh swing automatiknya itu…hehe…sungguh comel…



`Ukasyah suka bertentang mata dengan zebra tu...pelik betul kami...Lihatlah mitten yang dipakainya sebelah sahaja kerana sebelum duduk dalam swing tu, aki bagi tutorial menghisap jari pada `ukasyah...


Ini lah mentor `Ukasyah...Sentiasa setia menawarkan diri untuk menjaga `Ukasyah...Aki ni multipurpose...Merangkap ustaz, mentor, cikgu, motivator pada cucu nye ini...hehe...


Tegoklah tu tergelak-gelak dengan zebra kesukaannye ...


Kalau `Ukasyah hendak tidur, biasanya kami cabut toys yang kat atas tu...Kalau tidak, dia tak lena tido...Dok pandang haiwan-haiwan yang berwarna-warni...


Bahagianya anak ummi ayah ini duduk dalam swing...Terima kasih sayang kerana bekerjasama dengan ummi ayah tatkala ummi ayah sedang menghadapi final exam kali ini...Kamu memang anak yang soleh kan....







Feature

  • Removable head support
  • Extra padded seat pad for ultimate comfort
  • 3-position recline seat
  • Mobile with 3 soft toys for visual stimulation
  • removable play tray toys
  • 6 speed swing and soothing vibration
  • Electronics with music, with timer for automatic shut-down
  • 5-point harness
  • Machine washable seat pad
  • Weight : 7.3kg
  • Dimensions;-

Size open: L83 x W67 x H100cm

Size folded: L45 x W67 x 110cm

Recommended Use:

* For children 5.5 to 30 pounds

Care and Maintenance:

* Machine wash cloth seat pad in cold water on delicate cycle. Line dry.
* Clean swing with household soap and warm water



6 comments:

  1. assalamualaikum `ukasyah.. mana gambar opah,pak long, khaulah, ammu n pak cu??? harap2 ada gak ye sayang..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. ooo ada orang jeles dgn aki rupanya....nnt kami upload gambar sume org ye...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mawaddah..
    maaf,ana nak tumpang tanya, kat ane anti beli nursing cover tu yea..ana hajat nk cr juga..

    ReplyDelete
  4. salam k mawaddah, akak beli di mana ya nursing cover tu? nabilah uia.

    ReplyDelete
  5. Maaf, saya tak jual swing tu sbb anak ke-2 saya pn masih gunakan swing tu dan hajat utk gunakan utk anak2 yg seterusnya...

    ReplyDelete