Abang, sayang sangat bahagia selama dua tahun perkahwinan kita...Betapa susahnya kita hendak mendirikan baitul muslim bersama, tetapi alhamdulillah, berjaya juga kita mengharunginya bersama...Jazakallah ya zauji...Pengorbanan abang tidak terbalas oleh sayang...Abang support sayang dalam segala-galanya....Akademik, keluarga dan juga tugas dakwah...Kehadiran `Ukasyah sangat membahagiakan kita berdua...Sayang seperti hampir putus nyawa sewaktu melahirkan `Ukasyah, Abang juga menitiskan air mata melihat sayang berjuang sewaktu melahirkan zuriat kita...Teringat sayang sewaktu kita hanya berdua di bilik Hospital Barakah selepas kelahiran `Ukasyah...Kita berdua sangat terharu dan gembira dengan kelahiran permata hati kita sehingga sayang tidak dapat berhenti menangis....Sesungguhnya, bila abang bersama dengan sayang, setiap memori menjadi saat yang paling manis untuk dikenang....I love you with all my heart and soul...Semoga Allah kurniakan kita anak yang soleh dan solehah....Jazakallah again my beloved hubby....
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
salam..selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 2..moga sentiasa beroleh kebahagiaan..
ReplyDeleteSalam..Semoga bahagia berpanjangan hingga ke syurga-Nya...
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteselamat ulangtahun utk kak mawaddah dan zauj (",)
semoga bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat
amin ya rabbal alamin
assalamualaikum..
ReplyDeletesemoga berbahagia selalu.tahniah untuk ulangtahun perkahwinan anda berdua. saya turut gembira dengan kegembiraan yang anda kecapi..mohon juga doa dari anda untuk dipermudahkan jalan saya seperti anda berdua..salam perkenalan.
oh, dah dua tahun dah?.. cepatnya masa berlalu kan... semoga keluarga sahabatku ini sentiasa dirahmatiNya... =)
ReplyDeletemoga terus diberkati, dipenuhi mawaddah dan rahmah.amin =)
ReplyDeleteAslm......abah mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dipelihara Allah dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa berbahagia dan jangan lupa matlamat kehidupan kita yang sebenarnya i.e 'ubudiah lillahi wehdah.... marilah sama-sama kita meneruskan proses membina baitul muslim ini agar kita menjadi sel-sel/sebahagian batu bata dari bunyatul islam....insyaAllah. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 2....I love you all
ReplyDelete